Sejak zaman bujang, pelakon cantik Emma Maembong sudah memasang harta untuk mempunyai anak ramai. Bahkan pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini pernah membuat kenyataan sudah mencuba untuk hamil anak kedua selepas tamat tempoh berpantang.
Rezeki sudah tertulis, hasrat Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar, untuk menimang cahaya mata kedua kini tertunai. Baru petang tadi Emma mengumumkan tentang kehamilannya di akaun Instagram.
Baca Juga:
“Baby B Nak Mommy Sha Je, Tak Nak Lepas.” Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga, Comelnya!
Panggil Daddy, Siap Tunjuk TV. Fatima Menangis Tengok Babak Fattah Amin Kena Pukul
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
Di dalam video itu Emma membuat kejutan kepada Shazli, konon-kononnya mahu membuat reviu tentang produk kosmetik. Sebaik memulakan rakaman video, suaminya terkejut apabila melihat kit ujian kehamilan tersebut.
Jom tengok video ini;
Tidak dapat berkata-kata, akhirnya Shazli bertanya kepada Emma tentang kesahihan berita gembira itu. Ternyata mereka berdua sangat bahagia dengan kehamilan kedua ini dan saling berpelukan kerana bakal menimang seorang lagi cahaya mata.
Tidak dapat menahan rasa gembiranya, Shazli melahirkan rasa syukur ke atas kebesaran Allah SWT apabila Emma hamil sekali lagi. Bukan itu saja, bahkan Emma turut berkongsi reaksi ahli keluarga serta teman rapatnya apabila dimaklumkan tentang dirinya yang kini sedang berbadan dua.
Sekadar recap, Emma Maembong telah melahirkan anak pertamanya secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam sekitar bulan November 2020. Bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2kg itu kemudiannya diberikan nama Shariq Gabriel.
Semoga Emma melalui fasa kehamilan ini dengan selamat dan segala urusannya dipermudahkan. Harap-harap kali ni baby girl pula, boleh geng dengan Emma. Tahniah sekali lagi buat Emma dan keluarga!
Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/