
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid yang selamat menimang cahaya mata ketiga mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.
Menerusi Instagram, keduanya meluahkan rasa syukur kerana dipermudahkan untuk kelahiran kali ini.
Berkongsi rasa gembiranya, Mawar turut meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan rezeki sekali lagi untuk bersalin secara normal, sama seperti dua kelahiran cahaya matanya yang terdahulu.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta.
“Thank you semua atas doa-doanya,” kata Mawar di Instagramnya.
Melalui entri yang sama juga baik Mawar mahupun Raf turut memuat naik dua keping gambar bersama puteri kedua mereka ketika berada dihospital. Raf juga turut memangku bayi comel mereka.
Paling menarik, buah hati tersayang itu juga sudah diberikan nama yang cukup indah dan cantik, sama seperti abang dan kakaknya.
“Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang, ” kata Mawar lagi berkongsi.
Satu nama yang cukup indah dan unik buat puteri yang ditunggu-tunggu kelahirannya. Raf dan Mawar sebelum ini menamakan dua cahaya mata mereka dengan nama cukup cantik, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut setia keduanya turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri kedua mereka.
Semoga Baby Riyanna akan terus memberi sinar bahagia yang berpanjangan buat keluarga ini.
Terdahulu, Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Kini Raden Seri Riyanna Sayang menjadi pelengkap bahagia mereka bersama.
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayah Merokok Anak Jadi Mangsa. Dalam Sebulan Batuk On Off, Kerap Ambil Neb

Jangan anggap bayi atau anak anda selamat apabila anda merokok diluar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan sebagainya walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.
Yang membimbangkan, kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih merbahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
Berikut perkongsian dari Dr Hana melalui pengalamannya sendiri berdepan situasi ayah perokok hingga beri kesan pada anak.
#KISAH_1
Seorang ayah bawa anak ke klinik untuk injection #pneumococcal.
Kata ayah, anaknya tak habis-habis asyik keluar masuk ward saja, ni pun baru je discharge dari hospital sebab kena ambil gas (nebs) secara berkala dan perlu dipantau.
Anaknya dah lebih 2 tahun, jadi perlu 1 suntikan pneumococcal saja.
Bukan murah pneumococcal vaccine ni, ratus-ratus harganya.
Besar harapan si ayah, lepas injection pneumococcal ni moga anaknya kurang skit masuk ward dan jarang skit kena attack penat/lelah.
Bila ditanya, rupa-rupanya ayah merokok?
Dan anaknya terpaksa hisap asap rokok tu hari-hari.
#KISAH_2
Seorang ayah bawa baby 5 bulan ke klinik.
Petang dan malam hari sebelumnya dah ambik nebs 2x di klinik, so pagi ni Dr suruh datang untuk pantau simptom si baby.
Bila dengar peparu baby, ada campuran creps & ronchi. Diagnosis pneumonia with bronchospasm.
Baby kecik ni, mak ayah kena peka tanda-tanda anak sesak nafas, sebab baby tak boleh bagitau.
Di hospital, Dr akan ambik darah dan X-ray, pantau paras oksigen baby, bagi gas bronchodilator dan cover baby dengan antibiotik jika perlu.
Laju si ayah tanya “ada effect tak Dr, kalau anak saya ambik antibiotik?”
Baby kan kecik lagi, tak bahaya ke ambik antibiotik?
Risau si ayah.
Dari nicotine stain pada bibirnya, i can tell that this father is a heavy smoker! So i tak tanya ayah merokok ke?
Instead saya terus direct nasihat je.
Antibiotik kalau perlu memang penting untuk ambik.
Yang bahaya, kalau anak hidu asap rokok di sekeliling.
Smoking ni boleh menerukkan keadaan peparu si anak kecil. Yang sihat pun boleh terkesan, apatah lagi anak kecil yang memang sedang ada jangkitan.
Ayah angguk faham.
Baby comelnya khusyuk pandang muka ayah, macam mengharap ayah akan berubah.
Ayah pun cakap dengan baby “takda, Dr pesan kat baba tadi, suruh baba benti merokok nak adik cepat sihat”
Sejuk hati Dr dengar.
Respek sangat ayah yang berhenti smoking demi keluarga tersayang!
#KISAH_3
Sorang lagi ayah mithali.
Bawak anak datang kecemasan.
Umur 1 tahun, batuk dah sebulan on off.
Dah banyak klinik & hospital ayah pegi bawa si anak, doctor hopping.
Dah berapa banyak antibiotik dan ubat anaknya makan.
Masih juga batuk krong krong krong gaya-gaya nak semput?
Tapi malam je batuk teruk.
Siangnya aktif main macam biasa.
Demam pun takda.
Dr: ayah merokok tak?
Ayah: ehhh saya tak penah merokok dalam rumah Dr!
Dr: masuk rumah lepas merokok pegang anak tak?
Ayah: ada
???
Untuk pengetahuan, smoker ni ada 3 jenis:
1. #ACTIVE_SMOKER: perokok
2. #SECOND_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus oleh perokok (dan terpaksa disedut oleh orang sekelilingnya tanpa rela)
3. #THIRD_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus akan melekat pada macam-macam permukaan objek.
Contoh: pada pakaian, rambut, kulit, kain langsir, sofa, baju, kusyen kereta, karpet, dan lain-lain tempat.
Walaupun si perokok tak merokok secara “live”, tapi particle asap yang melekat kat sekeliling ni boleh tahan bertahun-tahun.
Bila sedut, racun asap tu tetap beri kesan negatif.
Jadi untuk ayahanda mithali semua:
1. CUBALAH BERHENTI MEROKOK
Ini option yang terbaik.
Pelan-pelan cuba quit smoking.
Get the help and support you need.
Di KK ada klinik berhenti merokok, they will be glad to help.
Selain difatwakan haram, bayangkan setiap particle asap rokok yang disedut oleh orang lain, si perokok terpaksa tanggung dosa sekali.
Kalaulah asap rokok tu hanya membahayakan nyawa sendiri je, mungkin ramai tak kisah.
Tapi sebab ia boleh bunuh nyawa insan lain yang tak berdosa termasuk anak-anak kecil kami, sebab tu kami betul-betul merayu supaya perokok cuba berhenti.
2. CARI TEMPAT YANG ASAP ROKOK TU TAKKAN TERLEPAS MASUK KE PARU-PARU ORANG LAIN
Kalau nak merokok juga, kena cari tempat yang jauh dariborang lain.
Susah nak cari tempat awam yang takda orang kan, dan gas ni pulak sifatnya memenuhi ruang.
Ada ke tempat isolated untuk perokok tanpa kehadiran non-smoker??
3. KALAU NAK MEROKOK JUGAK
Kalau suami sayangkan isteri dan anak, benti merokok pilihan utama.
Tapi sementara nak quit, atleast jangan merokok dalam rumah.
Lepas hisap rokok kat luar, pastikan mandi dulu, gosok gigi, kumur mulut pakai antiseptic mouthwash untuk elakkan bau busuk rokok kat mulut, shampoo rambut & sabun badan kasi wangi, dan salin dulu baju seluar semua.
Barulah boleh pegang anak/isteri tanpa sikitpun bau asap rokok.
Sebab zarah asap rokok akan melekat pada mulut, gigi, baju, seluar dan lain-lain.
Saya respek 3 ayah mithali ni.
Risaukan anak sampai banyak yang ayah ikhtiarkan nak cari penawar kesembuhan.
Cuma mungkin ayah tak perasan.
Bukan masalah tak vaccine pneumococcal.
Bukan masalah tak ambik antibiotik.
Bukan masalah ubat tak berkesan.
Bukan masalah klinik tak bagus.
Tapi.
Sakitnya si anak mungkin berpunca dari ayah sendiri?
Dari asap rokok ayah saban hari.
Dan mungkin, anak kesayangan akan bertambah sihat jika ayah cuba berhenti merokok?
Kesian kan, baby baru lahir pun dah boleh jadi passive dan third hand smoker?
Moga ada antara perokok yang Allah bukak hati untuk slowly berhenti?
Tak benci perokok,
Cuma benci perbuatan merokok?
Ramai ke second/third hand smoker kat sini?
Sumber: Dr Hana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Payudara Membengkak Gara-Gara Tak Sempat Pam, Doktor Sarankan Cara Mudah Ni Untuk Elak Kesan Jangka Panjang!

Kesibukan bekerja ada waktunya membuatkan kita terlepas waktu untuk mengepam. Sudahnya payudara membengkak teruk dan dibiarkan lama tanpa sedar pembengkakan ini bertukar menjadi nanah yang menyakitkan ibu.
Jangan sesekali membiarkan masalah ini terjadi. Dr Aimi Jaafar berkongsi tip jika ibu menyusu berdepan dengan masalah sakit pada payudara. Jangan biarkan jadi nanah!
Seorang ibu bekerja, tekad menyusukan anaknya. Dalam kesibukan bekerja, ada masa terlepas mengepam, payudara sebelah kanan mula membengkak.
Biasanya surut setelah dipam dan kasi bayi menyusu terus dari payudara. Tapi kali ni tak surut pula. Mula merah, dan sakit.
Ibu ke klinik terdekat, namun doktor lelaki di dalam bilik tidak mahu berjumpa. Pembantu klinik hanya berikan ubat demam dan tahan sakit.
“Doktor cakap tak payah jumpa. Puan bengkak susu kan? Ambil ubat ni”.
Ibu tersebut ambil ubat yang diberikan. Namun bengkak semakin membesar, sehingga ada bahagian yang gelembung seperti ada air di dalam. Sakit pun bertambah, nyut nyut nyut.
Waktu ibu ini berjumpa saya, sudah ada nanah dalam payudara. “Doktor buat lah apa apa, saya dah sakit sangat ni”.
Saya buat needle aspiration, di bahagian areola yang lembut, bengkak dan sakit. Tanda nanah berkumpul di situ. Dapat dalam 10cc nanah yang sangat pekat.
Selepas keluarkan nanah tu, ibu rasa lega. Sakit sangat berkurang. Saya pesan pada ibu untuk terus keluarkan nanah sekiranya ada lagi nanti. Di samping tu saya berikan antibiotik, ubat surut bengkak, tahan sakit dan supplement untuk lancarkan pengaliran susu.
Alhamdulillah keadaan ibu bertambah baik tanpa perlukan operation lebih besar untuk keluarkan nanah. Pengajaran dari kisah ibu ini.
1. Ibu. Kalau dah mula ada lump atau ketulan di payudara, jangan tunggu. Terus lakukan tuam, dan urutan. Jumpa kaunselor laktasi kalau tak pasti nak buat apa. Bila dah mula merah. Terus jumpa doktor.
2. Doktor. Sekiranya anda tak arif dalam penyusuan pun, sekurang kurang nya, lihat lah keadaan pesakit dan berikan rawatan sewajarnya. Kalau Dr lelaki tak selesa untuk periksa ibu, boleh la cadang ke doktor perempuan lain. Jangan biarkan keadaan ibu melarat. Dalam kes mastitis, terus berikan antibiotik.
Bukanlah saya ni suka sangat antibiotik, tapi pemberian antibiotik yang awal akan dapat mengelakkan terjadinya breast abscess. Cloxacillin pun dah cukup kalau first cycle.
Kalau dah ada abscess, tak ada cara lain selain kena keluarkan nanah. Aspiration boleh untuk first attempt. Tapi kalau recurrent atau worsening, most likely kena buat i&d juga.
Saya tak suka nak condemn teman sejawat, tapi dalam kes ni memang saya kecewa. Dan terpanggil untuk berkongsi bila baca kisah Dr Tengku Nur Atiqah.
Dan one thing yang saya belajar sejak berkecimpung dalam dunia penyusuan badan, tak perlu advise ibu untuk pump and dump susu kalau ambil antibiotik.
Educate ibu untuk pump atau berikan susu sebelum makan ubat. Next session penyusuan estimate dalam 2 jam selepas makan ubat. Boleh juga suggest ibu untuk ambil prebiotic dan probiotic untuk topup balik good bacteria.
Doktor dengan ilmu penyusuan tak ramai. Jadi kami memerlukan doktor in general untuk bantu ibu ibu yang gigih berjuang dalam menyusukan anak anak mereka ini.
We need each other. Let’s support one another.
Artikel berkaitan: Payudara Bengkak Susu Boleh Ke Rawat Guna Kubis, Ini Jawapan Dari Doktor, Mama Kena Tahu
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Panas Walaupun Dah 15 Minit Dibiarkan Tetap Boleh Menyebabkan Anak Melecur Teruk Jika Tertumpah

Isi Kandungan
TogglePada tahun 2018, seramai 900 orang kanak-kanak di bawah usia 2 tahun telah ditimpa kecederaan kebakaran (burn injury) di dalam rumah. Semuanya disebabkan oleh kelalaian ibu bapa meletakkan minuman panas di sudut penjuru meja. Eh, ramainya sampai 900 orang, betul ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Teriakan kesakitan dek terkena air panas
Kadangkala sifat ingin tahu boleh memudaratkan, terutamanya kepada si anak kecil yang suka mencapai benda di sekeliling mereka. Bayangkan anda sudah siap membancuh Milo panas dan anda meletakkannya di penjuru meja. Anda kemudiannya, berlari-lari anak untuk mengambil jemuran kerana hari sudah hujan. Tiba-tiba anda terdengar teriakan kecil dari ruang tamu. Anak anda menangis dalam keadaan basah dan kemerahan, terkena minuman panas.
Menurut pakar, minuman panas yang telah dibancuh 15 minit yang lalu pun masih boleh menyebabkan kulit kanak-kanak melecur. Kecederaan ini boleh mengakibatkan komplikasi yang serius selain daripada ia akan meninggalkan kesan parut buat seumur hidup. Kecederaan kebakaran boleh mengancam nyawa individu, malangnya ia merupakan jenis kemalangan yang sering berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Data yang telah dikeluarkan oleh NHS telah menunjukkan 50% daripada jumlah keseluruhan kes kecederaan kebakaran (35,000) di England dan Wales untuk tempoh 5 tahun dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 16 tahun adalah diakibatkan oleh makanan dan minuman panas. Statistik ini telah mendorong The Royal College of Surgeons dan British Burn Association untuk mendesak ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan makanan atau minuman panas di atas meja. Lebih tepat lagi adalah untuk meletakkan makanan atau minuman panas jauh daripada pandangan kanak-kanak.
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Masa adalah merupakan faktor penting dalam merawat mereka yang ditimpa kecederaan kebakaran. Ramai ibu bapa yang tahu akan kepentingan menggunakan air sejuk sejurus selepas kejadian dalam memberikan rawatan awal untuk mereka yang terkena air panas. Namun, jika kemalangan tersebut meninggalkan parut yang besar, ia mungkin tidak akan membesar selari dengan usia kanak-kanak tersebut. Ini kebiasaannya diatasi dengan beberapa jenis terapi dan pembedahan namun perlu diingatkan, ia merupakan cabaran yang besar perlu ditempuhi oleh anak anda dari sudut pandangan psikologi untuk jangka masa yang panjang.
Bayangkan jika parut tersebut berada pada kawasan muka. Ia boleh menyebabkan anak anda disisih oleh rakan sebaya kerana perbezaan pada rupa luaran seterusnya merendahkan keyakinan diri mereka untuk menjalinkan hubungan sosial yang sihat. Sebab itulah penting bagi ibu bapa untuk memahami kepentingan bagi mencegah perkara tersebut daripada berlaku terlebih dahulu.
Pada tahun 2018, jumlah kanak-kanak di bawah 2 tahun yang telah dirawat oleh unit kebakaran hospital di England dan Wales mencecah 1,576 individu. 900 daripadanya mengalami kecederaan kebakaran disebabkan oleh tertumpahnya minuman teh dan kopi yang panas. Namun apa yang perlu kita tahu adalah statistik ini berkemungkinan lebih kecil jumlahnya berbanding dengan jumlah sebenar mereka yang dirawat disebabkan oleh insiden yang sama. Ini kerana statistik ini tidak mengambil kira kecederaan kecil yang dirawat di unit kecemasan hospital.
Konklusi
Jadikan satu kebiasaan buat anda untuk meletakkan minuman atau makanan panas jauh daripada penjuru meja. Letakkan anak-anak anda yang aktif bergerak ke sana ke mari di dalam katil atau kerusi bayi sebelum anda meninggalkan mereka untuk mengerjakan sesuatu. Kelalaian anda boleh menyebabkan kesengsaraan psikologi buat anak anda untuk tempoh masa yang lama.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI