Kehamilan

” Syukur Allah Beri Rezeki Sekali Lagi”, Hamil 7 Bulan, Azrinaz Mazhar Hakim Mohon Doa Dipermudahkan!

Share

Tahniah diucapkan buat selebriti, Azrinaz Mazhar Hakim yang mengumumkan kehamilan keempatnya semalam.

Melalui instagramnya, Azrinaz menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya dengan turut berkongsi beberapa keping gambarnya ketika sesi fotografi diadakan.

Katanya lagi, perkongsian ini bukanlah trowback sambil mengesahkan kehamilannya yang kini sudah berusia tujuh bulan.

” Ini bukan throwback. Apa yang anda sedang lihat sedang berlaku sekarang.

” Merah jambu atau biru, apapun ini adalah anak saya nombor empat,” begitu kongsi Azrinaz.

Malah kata bekas personaliti televisyen ini lagi, dia kini sudah pun memasuki minggu ke 30 kandungannya.

Dengan turut berkongsi beberapa keping gambarnya memakai sepersalinan dress putih untuk sesi fotografinya, Azrinaz tampil cukup berseri-seri, aura ibu hamil.

” Saya sekarang hamil tujuh bulan atau lebih tepat lagi, 30 minggu.

” Alhamdulillah syukur. Allah mengurniakan saya dan suami sekali lagi peluang untuk kami memiliki zuriat pada usia begini, ” tulisnya lagi yang terharu dengan rezeki yang dilimpahkan Allah.

Malah ibu kepada Areesya Malaykha ini juga tidak menyangka rezeki untuk hamil lagi dalam masa terdekat memandangkan usia Malaykha kini baru berusia dua tahun.

” Saya tak sangka akan hamil lagi dalam jarak terdekat ini selepas
#AreesyaMalaykha. Tapi kenapa perlu menunggu jika saya boleh lakukan sekarang,” selorohnya di instagram.

Malah ibu yang sentiasa tampil elegan dan cantik ini juga turut memohon doa dari semua agar dipermudahkan kelahirannya kelak.

” Buat semua keluarga dan rakan-rakan, doakan saya dan baby dipermudahkan kelahiran kelak,” katanya lagi.

Semoga Azrinaz dipermudahkan kehamilan malah proses kelahiran juga berjalan dengan lancar kelak. Tahniah!

Terdahulu, Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Artikel berkaitan: Dengar Tangiasan Terus Hilang Sakit, Azrinaz Kongsi Video Detik Istimewa Lahirkan Anak Ke-3

11 Tahun Rehat, Azrinaz Bersalin Mudah Tak Koyak!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @azrinazmazharhakim

Published by
SRM