Pelakon Nora Danish yang disahkan positif Covid-19 semalam meluahkan rasa syukurnya pada Allah kerana suami dan dua anaknya disahkan negatif daripada jangkitan virus itu.
Melalui satu entrinya di Instagram, Nora memaklumkan perkhabaran itu selepas suami dan anak-anak melakukan ujian calitan atau swab test sekitar jam 12 tengah hari semalam.
Kata Nora, dia bersyukur kerana Allah melindungi anak-anaknya. Lebih-lebih lagi hanya tinggal empat hari sahaja lagi bagi kita umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
“Alhamdullilah, syukur ya Allah kerana melindungi anak anak ku, dan suami ku Ya Rahman Ya Rahim.
“Keputusan Covid-19 suami saya, Mohamed Nedim & anak anak saya Putra Rayqal & Mohamed Neqayl adalah negative,” kongsi Nora.
Dalam kapsyennya, Nora turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya saat berdepan ujian ini.
“Terima kasih pada mereka yang mendoakan,” kongsi Nora menerusi Instagramnya.
Semalam, berkongsi sekeping gambar, Nora memaklumkan dia disahkan positif virus itu biarpun tiada sebarang simptom pada dirinya.
“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positive Covid-19 harini 9 Mei 2021.
Ads
“Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C. Keputusan pagi tadi mendapati Nora positive walaupun langsung tak ade sebarang symptoms,” kongsinya.
Kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia kini menjalani kuarantin di rumahnya.
“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tghri tadi dan doakan untuk kami semua ye.
“Pagi ini sepatutnya Nora ada appointment untuk divaksin di UKM, Bangi. Tapi dinasihatkan kuarantin dulu. Insha’Allah pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.
Ads
“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4hb – 8hb Mei, pls do your swab test ya. Stay safe dan jaga SOP. Maafkan saya,” tulisnya.
Rata-rata rakan-rakan selebriti dan peminat menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Nora saat berdepan situasi sebegini. Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala sedikit masa lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @noradanish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malang tidak berbau. Tanpa kita jangkakan berlaku perkara yang tidak diingini seperti terkena patukan ular ketika di rumah.
Jika anak atau sesiapa sahaja di sekeliling kita yang terkena patukan ular jangan cemas, cuba lakukan langkah ini dan ada pesanan penting dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan buat semua.
Ikuti perkongsian beliau.
“Ini ularnya, doktor!” Lelaki itu sua seekor ular sepanjang 4 kaki. Bertempiaran beberapa orang petugas perempuan Jabatan Kecemasan melarikan diri dari lelaki itu. Ada yang terpekik, ada yang melatah. Kecoh di buatnya.
“Dah mati dah ular ni,” ujar lelaki berkenaan. Terpamer senyuman dibibirnya. Mungkin geli hati melihat gelagat petugas-petugas yang ketakutan itu.
Itu ular, biarpun dah mati, reptilia tidak berkaki tu tetap menakutkan. Bagi sesetengah orang, melihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk mendatangkan ngeri, apatah lagi jika ada fizikalnya di depan mata.
Saya ambil ular yang berada dalam plastik lutsinar itu dari tangan lelaki berkenaan. Sejujurnya, ada perasaan gentar dalam hati saya ketika ular itu bertukar tangan. Bimbang ia hidup semula. Namun bila sedar kepala ular berkenaan telah hancur ditetak, perasaan tu menlenyap.
“Anak saya macam mana, doktor?” Lelaki ini sebenarnya adalah bapa kepada seorang pesakit yang berada di zon merah. Anaknya yang berusia 3 tahun telah dipatuk ular ketika sedang tidur di lantai rumah dengan ibunya pada waktu malam.
Mereka hanya sedar apabila anaknya tiba-tiba terjaga dan menangis tak henti-henti. Tak boleh dipujuk. Mereka kemudiannya mendapati ada bekas patukan ular di tangan anaknya setelah memeriksa rapi. Paniklah jadinya.
Si ayah cuba beberapa kali menyedut keluar bisa dengan mulut. Tiada apa yang keluar. Setelah itu dia bingkas bangun dari katil dan pergi ambil tali untuk mengikat tali di lengan anaknya, sedikit di atas daripada bekas patukan. Kuat dia ikat.
Setelah itu dia terus memeriksa sekitar rumah untuk mencari keberadaan ular tu. Jumpa ular di dapur. Si ayah cuba tangkap ular itu, namun ia bukan kerja mudah memandangkan ular itu melawan dan asyik menyelinap ke sebalik kabinet dan barangan lain. Akhirnya di ayah berjaya membunuh ular itu, dan mereka segera ke hospital.
Sampai hospital daerah, doktor di sana terus merujuk kanak-kanak tu kepada hospital berpakar. Setelah buat apa yang perlu, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berpakar menggunakan ambulans. Perjalanan ambil masa 2-3 jam.
Sementara itu doktor di hospital berpakar pula sibuk menghubungi Dr K (nama dirahsiakan). Di Malaysia ni, beliau pakar perunding yang mahir mengenal pasti ular dan cara pengurusan patukan ular. Nak pilih beri rawatan yang berkesan, kena tahu ular apa yang patuk mangsa.
Ularnya ada, tapi jenis ular tu sukar dikenal pasti kerana telah hancur kepalanya ditetak. Lumat. Antara cara kenal pasti ular adalah melalui bentuk kepala dan warna kulitnya. Kalau kepala dah tak ada bentuk, pengecaman jadi sukar.
“Kami tengah kenal pasti ular patuk anak encik, dan tengah cuba dapatkan antivenomnya jika perlu.” jawab saya.
Tak semua patukan ular perlukan antivenom, kerana tak semua ular berbisa. Malah kebanyakan ular tak berbisa. Antivenom hanya diperlukan untuk rawat ular berbisa, dan ia mestilah berdasarkan spesis ular yang mematuk. Contohnya: ular tedung, antivenom lain dari pada ular laut.
“Apa masalahnya? Kan saya dah bawa ularnya!” tegas si ayah. Kelat rasa mulut nak beritahu kenapa kami alami sedikit kesukaran nak kenal pasti jenis ular tu. Silap cakap nanti, mesti dia rasa seperti kami ni meletakkan kesalahan pada dia. Aduh!
Berita baiknya, akhirnya kami dapat kenal pasti ularnya. Berita buruknya, ia ular berbisa dan perlukan antivenom dan urusan mendapatkannya agak lambat.
Kenapa lambat? Banyak faktor, tak mahu saya tuding jari pada mana-mana pihak. Namun, ada perkara yang kita boleh belajar dari insiden ini.
Jika ada sesiapa dipatuk ular, tak usah beriya-iya nak bunuh ular untuk ditunjukkan pada doktor. Ambil gambar. Lebih mudah dan cepat. Ambil lah beberapa keping gambar berlainan sudut (jika boleh).
Tak perlu sedut bisa dengan mulut, tak perlu ikat dengan ketat anggota yang dipatuk. Hanya perlu ambil gambar ular, perlu bertenang, kurangkan pergerakan anggota yang dipatuk, dan segera ke hospital.
Jika nak bawa juga ular, biarlah orang lain yang uruskan untuk tangkap ular tu. Yang utama bawa mangsa ke hospital dahulu, ular boleh bawa datang kemudian. Pengecaman akan dibuat melalui gambar dahulu.
Kisah kali ini, tak berakhir dengan kisah gembira. Ada kemudaratan kekal pada mangsa. Kanak-kanak tu alami masalah saraf dan otak. Terlantar sahaja, tak sedarkan diri. Jari di tangan yang patuk ada yang alami nekrosis (tisu mati).
Mohon kalian doakan kesejahteraan pihak yang terlibat.
Apa sahaja yang ada di depan mata, bayi akan masukkan terus ke mulutnya. Bahaya! Ia dibimbangi boleh terdedah kepada pelbagai risiko lain termasuklah tercekik dan sebagainya.
Tempoh kanak-kanak sering memasukkan objek ke dalam mulut mereka dipanggil fasa lisan. Ketika fasa ini, pantauan ibubapa perlu diberikan lebih, 100 peratus. Ini bagi mengelakkan bayi memasukkan benda atau makanan tidak sepatututnya selain mengundang bahaya.
Jadi apa mak ayah nak buat? Tip ini antara saranan untuk mak ayah.
1. Peka dengan objek atau makanan berbahaya
Objek-objek kecil seperti mainan halus, benda bersaiz kecil seperti butang, bateri dan sebagainya pastikan dijauhkan dari bayi. Makanan seperti anggur, popcorn atau apa juga barangan bersaiz kecil perlu disimpan dan dijauhkan dari mereka. Semua ini boleh mendorong bayi tercekik kerana saiznya yang bulat dan boleh menyekat saluran pernafasan.
2. Elakkan makanan yang berpotensi menyebabkan keracunan
Makanan bersaiz bebola dan kecil antara yang paling dibimbangi oleh mak ayah. Saiznya yang kecil dan licin seperti anggur, popcorn dan bebola perlu dipotong terlebih dahulu. Inilah yang paling merisaukan kerana boleh menyebabkan kemalangan tanpa dijangka. Ketika anak makan, pastikan ibu berada bersama-sama anak dan pantau hingga anak menyudahkan makanannya.
3. Elakkan kawasan berbahaya
Kawasan berbahaya di dalam rumah sebaiknya elakkan anak untuk masuk. Misalnya seperti ruang dapur, dibimbangi anak mencapai apa jua barang, makanan atau atau apa jua yang berada di kawasan dapur ini. Semuanya berbahaya untuk mereka. Pasangkan pagar bagi mengelakkan anak memasuki ruang ini.
3. Tisu basah yang selamat untuk bayi
Semasa dalam proses penerokaan ini, bayi mungkin makan dengan tidak kemas, comot dan memegang banyak objek, kemudian memasukkan tangannya ke dalam mulutnya. Oleh itu, mama perlukan tisu basah yang dijamin selamat untuk mencuci dan membersihkan kotoran serta boleh mengelakkan bakteria.
Sisa dan kotoran yang diambil anak kecil kita ini pastinya sudah pun terdedah dengan kotoran di atas lantai. Jadi elakkan dan sentiasa peka.
4. Jauhkan bahan-bahan beracun dan panas
Terdapat banyak bahan di dalam rumah yang boleh memudaratkan bayi, seperti semburan serangga, sabun mandi, syampu, pengilat kuku dan cecair pembersih. Jika tertelan atau terkena kulit, bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan, melecur atau keracunan. Selain itu, simpan objek-objek panas dalam jangkauan si kecil anda. Contohnya, periuk panas, semangkuk sup panas dan secawan kopi panas.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Anak-anak kita sudah terlalu sinonim dengan mandi manda di taman tema, kolam atau pantai. Pantang sahaja ada cuti panjang di hujung minggu, pasti aktiviti mandi manda jadi pilihan. Keseronokkan lain macam bagi mereka. Tak kisah aktiviti apa, asalkan permainan air. Begitulah perihal anak-anak kecil kita.
Melihat mereka gembira memanglah melegakan tetapi sebenarnya aktiviti mandi manda tidaklah perlu terlalu kerap. Alasannya mengapa?
Dengarkan perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih , doktor telinga, hidung dan tekak mengenai hal ini. Ada lima perkara mama papa kena tahu. Lepas ni kenalah cari alasan untuk mengelakkan ke tempat-tempat macam ni. Bukan tak boleh, janganlah selalu.
BAHAYA BIARKAN ANAK MANDI KOLAM
Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.
Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui. Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.
1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.
2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?
3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.
4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.
5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.
Rujuk gambar : pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...