Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Haji meskipun sedang hamil anak kelima.

Jelas Shahida, ini kali kedua dia berpeluang melakukan ibadah Haji selepas kali terakhir pada tahun 2016.Syukur Allah Makbulkan. Rezeki Datin Shahida Buat Haji Bersama Anak Dalam KandunganShahida turut memohon agar semua mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Alhamdulillah…. Tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di bumi Makkah… Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di dalam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.

View this post on Instagram

" لبيك اللهم لبيك .. لبيك لا شريك لك لبيك .. إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah . Alhamdulillah ….tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di Bumi Mekah…..tidak keseorangan bersama anak saya yg masih di alam rahim❤️.yg temankan saya sepanjang berada di sana . Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yg saya dapat hingga membuatkan saya berkobar2 tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji …Alhamdulillah tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni….doakan saya dan bayi dlm kandungan diberi kesihatan yg baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur…terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tgh hamil….terima kasih sudi bg peluang pada saya dan jagakan anak2…jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak2 terutama yusoff yg masih kecil….Tapi saya yakin Insya Allah anak2 saya dlm perlindungan yg Maha Esa…kepada semua sahabat samada yg mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yg membuatkan anda tersinggung.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.

“Alhamdulillah, tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni…. Doakan saya dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur,” tulisnya.

Ads

Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.

Menurutnya lagi, dia amat berterima kasih kepada suaminya yang memberi restu kepadanya untuk menunaikan ibadah tersebut.

Ads

Syukur Allah Makbulkan. Rezeki Datin Shahida Buat Haji Bersama Anak Dalam KandunganTambah Shahida, perkara yang paling berat adalah untuk meninggalkan anak-anak, terutamanya Yusoff yang baru berusia setahun.

”Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil…. Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak.

“Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil…. Tapi saya yakin Insya-Allah anak-anak saya dalam perlindungan Yang Maha Esa…

Ads

“Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung,” katanya lagi.

Syukur Allah Makbulkan. Rezeki Datin Shahida Buat Haji Bersama Anak Dalam KandunganRata-rata pengikutnya turut mendoakan urusan Shahida dipermudahkan dan selamat.

Shahida berangkat ke tanah suci pagi semalam bersama ibu mentuanya, Rozita Ibrahim.

Sumber: Ig Datin Shahida & Gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI