Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Haji meskipun sedang hamil anak kelima.
Jelas Shahida, ini kali kedua dia berpeluang melakukan ibadah Haji selepas kali terakhir pada tahun 2016.
“Alhamdulillah…. Tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di bumi Makkah… Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di dalam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.
“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.
“Alhamdulillah, tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni…. Doakan saya dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur,” tulisnya.
Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
Menurutnya lagi, dia amat berterima kasih kepada suaminya yang memberi restu kepadanya untuk menunaikan ibadah tersebut.
”Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil…. Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak.
“Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil…. Tapi saya yakin Insya-Allah anak-anak saya dalam perlindungan Yang Maha Esa…
“Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung,” katanya lagi.
Shahida berangkat ke tanah suci pagi semalam bersama ibu mentuanya, Rozita Ibrahim.
Sumber: Ig Datin Shahida & Gempak