“Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat”. Kereta Berpusing & Remuk Ketika Kemalangan

Share

Sejak kerajaan mengeluarkan kenyataan bakal mewajibkan penggunaan car seat dalam kenderaan, ada ibu bapa bersetuju dan tak kurang juga yang merungut atas beberapa faktor.

Memang ajal maut dah ditetapkan tetapi penggunaan car seat ini boleh di anggap langkah mencegah ketika kemalangan berlaku pada anak kecil dengan mengelakkan kecederaan teruk.

Menerusi perkongsian di Facebook Afiqa Fiqa, dia telah menceritakan detik cemas yang berlaku padanya sekeluarga apabila kenderaan yang dinaiki bersama suami dan anak terlibat dalam satu kemalangan.

Anak selamat dan tiada kecederaan 

Menurutnya, kemalangan yang berlaku 7 Disember lalu telah menyebabkan kereta mereka berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan tayar tercabut dan bahagian depan kereta  remuk setelah terbabas.

“Alhamdulillah saya hanya mengalami koyakan di bibir, manakala suaminya sakit dada dan bengkak akibat tekanan kuat pada airbag.

“Apa yang membuatkan saya mengucap panjang ketika dalam kemalangan itu anak kami yang berusia 9 bulan memang duduk dalam car seatnya di bahagian belakang dan langsung tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sewaktu kereta berpusing saya sempat berpusing lihat anak dalam carseat memang dia duduk dengan baik, tak bergerak, cuma kepalanya macam terpusing-pusing kehairanan.

“Masa kereta berhenti anak menangis dalam 5-10 saat sebab terkejut. Sebaik tiba di hospital dia elok je ketawa, main dan minum susu macam biasa. Alhamdulillah ya Allah yang penting anak selamat,” katanya.

Keadaan anak sejurus selepas kemalangan berlaku

Ikhtiar untuk selamatkan nyawa anak

Tambahnya lagi, ibu bapa usahakanlah car seat untuk anak. Saya tak dapat bayangkan kalau saya pangku anak dan duduk di bahagian depan bersamanya, Nauzubillahminzalik.

Kongsi Afiqa lagi, walaupun masih ramai ibu bapa yang berkira-kira untuk menggunakan car seat tapi dia tetap syukur sejak anaknya lahir dah dibiasakan untuk duduk di car seat dan ini juga menjadi asbab dia dan suami masih mampu mengelakkan kejadian tak diingini.

“Perkongsian ini bukan untuk promosikan apa-apa jenis car seat pun tetapi sebagai kesedaran bersama ibu bapa untuk keselamatan anak-anak yang belum faham apa-apa lagi,” jelasnya.

Sumber: Afiqa Fiqa

 

 

 

 

Published by
Wan Amy