“Syukur Cinta Hati Ibu & Daddy Lahir 22.2.22.” Ernie, Syamel Dapat Baby Girl

Share

Penyanyi lagu Boneka, Ernie Zakri akhirnya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 10.14 pagi (22.2.22). Berita gembira ini dikongsikan oleh Syamel di instagramnya dan memohon doa agar kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Berkongsi kegembiraan itu, Syamel memanjatkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak sulungnya dipermudahkan dan berjalan lancar. Kebetulan pula bayi lahir pada tarikh yang mudah ingat.

Syukur Alhamdulillah, Cinta hati Ibu & Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.

Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.

Biarpun belum berkongsi wajah puteri sulung, rata-rata peminat pasangan ini dah teruja melihat tangan anak Syamel dan Ernie. Masing-masing mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kehadiran si comel ini menyerikan lagi rumah tangga mereka.

Sebelum ini, Ernie memberitahu nama untuk bayi sulung dah ada dan akan menamakan pada hari ketujuh kelahiran mengikut sunnah Nabi.

ARTIKEL MENARIK [“22-2-2022, Malaikat Hidupku”Tarikh Cantik, Aurel Hermansyah & Atta Halilintar Sambut Kelahiran Bayi!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Tambah Geng Daddy! Cantik Tarikh 22.2.22, Kaka Azraff Bersalin Bayi Lelaki Ke-2]

Dia juga turut mengharapkan nama yang akan diberi nanti menjadi nama yang baik buat cahaya mata mereka.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel selamat diijab kabulkan pada 26 Mac 2021, di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Kredit: IG Syamel & Ernie Zakri

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy