Pengacara versatil, Jihan Muse memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua. Usia kandungannya sudah lebih enam bulan dan dijangka bersalin pada September depan.
Meluahkan rasa syukur, Jihan, 38, akui dia juga kini lebih menghargai kehidupan selepas disahkan positif Covid-19 hujung Januari lalu.
Jihan berkata demikian ketika sidang media Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
“Allah nak uji ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangir selama 10 hari.
“Saya dapat tahu positif virus berkenaan sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ia ditangguhkan,” katanya.
Tidak mengalami simptom teruk
Jihan bagaimanapun syukur dan lega apabila dia tidak mengalami situasi sukar sepanjang berada di hospital.
“Saya bersyukur sebab ketika fasa tersebut, simptom tidaklah teruk. Mungkin kerana sudah lengkap vaksin. Cuma saya ada alami batuk. Syukur juga, demam pun tidaklah teruk,” katanya.
Tak kisah soal jantina bayi
Ditanya reaksi suaminya yang juga pelakon, Ungku Hariz, Jihan akui mereka tidak pernah putus doa untuk memiliki cahaya mata kedua.
“Saya gembira, begitu juga dengan suami. Sebab memang sudah lama berhasrat untuk ada rezeki zuriat lagi sebenarnya. Anak sulung pun dah masuk empat tahun.
“Saya dapat tahu hamil pun pada minggu-minggu akhir Gegar Vaaganza 8 (GV 8). Soal jantina saya tak kisah, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan baik sudah memadai,” katanya lagi.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musaa berkahwin dengan Ungku Hariz pada 2016.
Kredit: Media Hiburan
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/