“Syukur, Doakan Untuk Saya & Anak.” Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah Ali Puteh

Share

“Alhamdulillah saya dah rasa lega, doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya, ” kata Siti Norhidayah Mohd Ali balu Allahyarham Abam Bocey selepas menang kes saman fitnah yang difailkan sebelum ini membabitkan adik iparnya, pelawak Ali Puteh.

Hidayah ketika ditemui berkata, dia berasa lega dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Sementara itu, peguam yang mewakili Hidayah dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus berjaya membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.

“Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami. Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Hidayah ditolak dengan kos.

“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.

“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.

“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami, tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami,” katanya.

Kontroversi mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali memfailkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Kredit: Metro

Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar  sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy