Ditemui selamat setelah hilang sabtu lalu! Ahli keluarga meluahkan rasa syukur. Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu telah ditemui dalam keadaan selamat semalam. Pelajar tersebut, Fatin Darynn Erisha Azmirudin, berjaya ditemukan oleh ahli keluarganya dengan bantuan kenalan mereka.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin, pelajar tersebut ditemukan sekitar jam 2 petang dan segera diserahkan kepada pihak polis oleh keluarganya untuk tindakan lanjut.
“Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang prihatin dan memberikan maklumat berhubung kejadian ini. Kes ini dianggap selesai, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memahami punca sebenar kejadian,” jelas beliau ketika dihubungi media.
Ads
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi tepat di mana pelajar tersebut ditemui kerana perkara tersebut masih dalam siasatan.
Ads
Kehilangan Fatin telah dilaporkan pada Sabtu lalu apabila dia dipercayai menghilangkan diri dari asrama sekolah. Laporan mengenai kehilangan pelajar tersebut diterima oleh pihak polis pada pukul 7.20 malam, semalam.
Ads
Insiden ini telah menarik perhatian orang ramai yang bimbang akan keselamatannya, namun pelajar tersebut kini telah dijumpai dalam keadaan selamat.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gambar tular, lelaki mengaku tidur atas kubur ibunya, “Ya Itu Memang Saya.” Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki tidur di atas kubur. Berikutan itu seorang penghantar makanan, Abdul Azim Hasmandi, 28, mengaku itu dirinya.
Gambar Tular, Lelaki Mengaku Tidur Atas Kubur Ibunya,”Ya Itu Memang Saya”
Sebelum ini tular sekeping gambar di TikTok memaparkan lelaki itu sedang berehat dan baring bersebelahan pusara ibu tercinta. “Tidur di kubur arwah mak, ya itu memang saya,” akui Abdul Azim.
Pemuda itu berkata, dia tidak tahu-menahu tentang hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok melainkan kawan-kawan sekerja memberitahunya.
Menurut anak kedua dari empat adik-beradik itu, pemergian ibunda tersayang, Norlia Mahmood, 62, sekitar Jun lalu masih meninggalkan kesan mendalam sehingga hari ini, membuatkannya sentiasa ingin menziarahi kubur demi melepaskan rindu.
“Arwah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada pagi Jumaat sebab nak elak seorang pejalan kaki ketika pulang membeli barang basah untuk meniaga nasi lemak di Bandar Baru Bangi.
“Sebenarnya, ia salah satu cara untuk saya merasa dekat dengan umi selain sedekah Al-Fatihah dan baca Yasin sebab saya memang rapat dengan arwah. Kadang-kadang teringatlah pada dia.
“Banyak perkara tak dapat buat semasa dia hidup, jadi ini inisiatif saya sendiri seperti luang masa di kubur, bersihkan pusara, borak dan teman arwah. Sekurang-kurangnya rasa dekat walaupun berbeza alam,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna TikTok, Su Ahmad menampakkan Abdul Azim tidur bersebelahan kubur ibunya hingga mengundang reaksi sayu warga maya.
Hantaran tersebut turut mendapat lebih 292,200 tanda suka, 13,000 perkongsian dan lebih empat juta tontonan setakat ini.
Ditanya mengenai penerimaan dan tanggapan dilemparkan terhadapnya, Abdul Azim berpandangan, adik-beradik yang lain terkejut apabila mengetahui dia sering berehat di kubur ibunya.
Bagaimanapun, jelasnya, dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi sejak hari pertama arwah terbaring kaku di pinggir jalan sewaktu kemalangan, namun tidak dinafikan rindu yang paling berat adalah apabila kehilangan ibu.
“Adik-beradik dan ahli keluarga saya yang lain pun tak tahu saya selalu baring di kubur. Ada yang terkejut, ada juga yang marah. Tetapi, saya tak hirau kerana cara kita bersedih atau hadapi kehilangan berbeza-beza.
“Jadi, macam-macam cara untuk ‘tapis’ kesedihan itu. Kalau buat perkara lain, saya tak mampu. Nak tak nak kena reda sebab ini cara saya hilangkan kesedihan.
“Saya dah tak dapat bercakap, lihat depan mata atau dengar gelak tawa umi selepas ini,” ujarnya lagi.
Intan Salleh kongsi usia kandungan anak ke empat sudah masuk 30 minggu, ramai teka baby girl. Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi penampilan terkininya yang sedang hamil anak ke empat.
Intan Salleh Kongsi Usia Kandungan Anak Ke Empat Sudah Masuk 30 Minggu, Ramai Teka Baby Girl
Kehidupan sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata tentunya bukan sesuatu yang mudah. Bagaimanapun walaupun sedang sarat namun Intan tetap kelihatan berstamina.
Wajahnya juga semakin berseri-seri sejak hamil anak ke empat. Mungkinkah kehamilan kali ini anak perempuan? Sama-sama kita nantikan. Kerap berkongsi momen-momen bersama anak-anaknya, Intan kelihatan cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Intan berkongsi penampilan terkininya.
“Bismillah, 30 minggu”- tulis Intan di ruangan kapsyen.
Perkongsian Intan dilaman Instagramnya mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Mona Allen kongsi gambar keluarga, comel Petra pegang adiknya, Persia. Mona Allen selamat bersalin anak keduanya pada 4 Jun yang lalu.
Mona Allen Kongsi Gambar Keluarga, Comel Betul Petra Pegang Adiknya, Persia
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Mona atau nama sebenarnya Muna Hafiraneza, 39, pelakon drama Mr Donut Karamel ini berkongsi gambar keluarganya.
Hantaran Mona dilaman Instagramnya mendapat banyak respon di kalangan warga maya. Ramai yang ‘geram’ tengok gelagat Petra memeluk adiknya, Persia.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Manakala anak kedua mereka juga lelaki yang diberi nama Persia Pekin, dilahirkan pada 4 Jun lalu.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...