Hiburan

“Syukur Kepada Allah.” Kamal Adli Dah Jadi Ayah, Beri Nama Uqaira Pada Anak Sulung!

Share

Kalau semalam kita mendengar perkhabaran Intan Ladyana telah melahirkan anak keduanya, hari ini Uqasha Senrose pula memaklumkan dirinya sudah selamat bersalin bayi perempuan. Tahniah Uqasha dan suami!

Baca Juga:

“Kejap Lagi Kita Pergi Tengok Adik.” Intan Ladyana Selamat Bersalin, Harris Ajak Evie Jumpa Baby Baru!

Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

MK K-Clique Tak Nafikan, Iyakan Spekulasi Kehamilan Isteri, Mahu Jaga Privasi

Uqasha turut meluahkan rasa syukur kerana proses bersalin berjalan lancar dan anaknya itu seberat 2.72kg telah dilahirkan pada subuh tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Memuatnaik foto di laman media sosialnya, Uqasha juga telah berkongsi nama bayinya iaitu Uqaira.

Apabila melihat foto tersebut, Uqasha tampak dalam keadaan yang baik sambil tersenyum di atas katil hospital. Suaminya, Kamal Adli juga telah memuatnaik dua keping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen berterima kasih kepada isterinya serta meluahkan rasa cinta kepada Uqasha dan Uqaira.

Paling tersentuh, doa seorang ayah buat anak perempuannya di mana Kamal mengharapkan puterinya itu menjadi anak yang hebat dan solehah.

Kamal turut menggelarkan dirinya sebagai Ayah dan Uqasha kepada anak mereka.

Pasangan Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dan mereka pernah keguguran sebanyak dua kali. Uqasha gugur kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan perkahwinan. Kemudian dia turut mendedahkan keguguran kali kedua sekitar bulan November 2022.

Tahniah sekali lagi, selamat berpantang Uqasha!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
Emy H