Ibu ayah mana yang tidak berbangga bila anak sudah mula lancar dan pandai baca Quran. Satu kebahagiaan buat ibu ayah. Pelakon, Fasya Sandha turut sama meluahkan rasa syukurnya bila mana anak keduanya, Putri Raysha Jemyma kini sudah mula menyambung bacaan al-Quran.
Menerusi Instagramnya, Fasha meluahkan rasa bangganya dengan pencapaian anaknya itu biarpun sedikit terlewat.
“Syukur Alhamdulillah, Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran pada usia lapan tahun.
“Syukur, walau sedikit terlambat naik Quran disebabkan pandemik terlalu lama, kami tetap berbangga dengan kejayaan semua anak-anak.
“Slowly but surely insyaallah,” tulisnya berkongsi.
Isteri kepada Aidil Aziz ini juga turut merakamkan ucapan terima kasih buat ustaz dan ustazah yang memimpin anaknya sehingga berjaya menyambung ke bacaan al-Quran.
“Terima kasih Ustaz Ustazah kerana membimbing anak-anak kami. Syukur Alhamdulillah. Simpan sini untuk kenangan.
“Anakku sayang, semoga mendapat barokah dari Allah SWT,” tulis Fasya menerusi kapsyenya.
Menerusi entri yang sama juga, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut memuat naik beberapa momen bersama ketika majlis itu.
Turut sama dalam majlis itu adalah suami Fasha, Aidil Aziz dan bekas suaminya, Rizal Ashram.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!