Inilah yang dinamakan rezeki. Biarpun sudah berusia 52 tahun, namun penyanyi dan pelakon hebat, Datuk Awie bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata keenamnya tidak berapa lama lagi.
Menerusi laporan yang dipetik dari Mstar Online, Datuk Awie bakal menimang cahaya mata keenamnya itu pada Januari tahun depan.
Katanya lagi, memandangkan usianya yang kini sudah pun 52 tahun, dia kini sudah mula menitik beratkan soal kesihatan diri demi membesarkan anak kecilnya yang bakal lahir sedikit masa lagi.
“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang sayang anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingnya.
“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia. Nanti orang tanya anak kau ke? Malu nanti,” selorohnya.
Kata Awie lagi, apa yang dilakukannya kini adalah dengan menjaga pemakanan agar memastikan tubuhnya kekal sihat dan bertenaga sentiasa.
Malah kata Awie lagi, biarpun kehidupannya kembali mencabar untuk menimang cahaya mata pada usia sebegini, namun dia sentiasa berfikiran positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran bagi dirinya.
” Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil. Paling penting jaga pemakanan. Nanti kalau kita dah sakit susahkan isteri pula. Jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup,” katanya lagi.
Pada November lalu, Awie berkongsi sebuah video ketika membawa suri hatinya untuk menjalani pemeriksaan bulanan di Hospital Ampang Puteri. Semoga selamat menimang cahaya matanya.
Terdahulu, Awie mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka bersama.
Baca: Asha Masih Jaundice Tapi Dah Turun Sikit, Faye Kongsi Wajah Anak, Nama Asha Azmi Jadi Pilihan
Cantiknya Nama Dia, Pilih Shariq Gabriel, Peminat Puji Nama Anak Emma Maembong
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: MStar Online & @awieofficial