Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Lagi-lagi ibu bapa, isteri atau anak sendiri. Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia, tiada siapa yang mampu halang. Ia datang dengan sendiri. Tapi, jangan lupa ianya perlu kan had dalam keadaan yang optimum.
Tetapi kita harus ingat mati itu adalah lumrah manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah hukum dunia yang Allah telah tetapkan. Nak tak nak kita tetap kena reda dan terima dengan hati terbuka. Percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya walaupun kita rasa berat sangat ujian ini.
Seperti perkongsian seorang suami di Facebook yang menggunakan profil nama Muhammad Harraz, dia berkongsi kesedihan setelah kehilangan isteri tercinta ketika berjuang melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Difahamkan, arwah isterinya telah dijemput ilahi pada hari yang penuh barakah iaitu hari Jumaat.
Perginya isteriku di bulan yang baik. Syahid dan syurga buat mu sayang baba akan selalu mendoakan mama. Baba akan ingat selalu pesan mama. Baba rinduu mama, baba tak kuat maaa. Baba akan jaga anak baba dengan mama yang terbaik semoga anakku jadi anak yang soleh seperti mama yang solehah baba tak kuat.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, apabila lelaki ini sempat menitipkan janji buat arwah isterinya untuk menjaga dan membesarkan putera sulung mereka dengan sebaik mungkin walaupun terpaksa membesarkan anak tanpa seorang isteri di sisi.
Ya Allah ampuni dosa-dosa isteriku. Rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Jual baju kanak-kanak secara live di Facebook
Dalam pada itu, si suami sebelum ini turut menjalankan perniagaan menjual baju kanak-kanak yang dijual dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Facebook live pada waktu malam.
Ramai yang terkesan dengan pemergian isteri tercintanya kerana bagi yang pernah mengikuti sesi live jualan tersebut, arwah isterinya juga pernah sama-sama membantu suaminya.
Sebagai bapa tunggal yang kini bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelakinya, semua memberikan kata-kata semangat dan turut sama menyokong serta membeli pakaian yang dijual.
Moga apabila si anak membesar nanti, dia akan rasa bangga dengan pengorbanan ibu melahirkannya walaupun tak pernah rasa setitik susu dan pelukan dari ibu tercinta.
Kredit: Muhammad Harraz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI