
Ketika bayi berumur 8 bulan, otak mereka punyai 1,000 trillion connections. 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun.Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak-kanak. Seterusnya alam dewasa. Kecuali mereka yang menjaga otak.
ARTIKEL MENARIK [Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet, Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu]
Perbuatan berikut akan cepatkan kematian connections ini. Antaranya:
1. Main gajet berjam-jam lamanya.
2. Ketagihan pada games
3. Terdedah kepada toksin seperti asap rokok, gam, bau cat, bau marker pen, bau minyak petrol
LAGI ARTIKEL MENARIK [Nak Otak Anak Makin Bijak & Hebat, Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni Memang Membantu]
4. Makanan bergula (dari sumber gula putih), berperisa (dari sumber bahan kimia), berwarna (dari sumber bahan kimia), pengawet (bukan semulajadi),
5. Tidur tidak cukup masanya dan tidak berkualiti.
Ada banyak lagi faktor. Jaga yang lima ini dulu. Supaya anak-anak besar sempurna.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
https://www.youtube.com/watch?v=WRLTw45HQRw
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kamu Ni Degil, Tak Dengar Kata”. Tolonglah Jaga Kata-Kata Ini. Kerap Diulang Kesannya Lagi Buruk

Pengalaman menjadi seorang ibu bapa bukanlah mudah untuk mendidik dan juga menjaga anak. Kadang-kala anak-anak tak dengar kata kerana ingin mencuba apa saja yang dilihat di kawasan persekitaran sehingga membuatkan ibu bapa hilang sabar.
Lazimnya, ibu bapa akan membuat memek muka yang menakutkan pada anak. Tahukah anda ia menjejaskan perkembangan emosi dan mental kanak-kanak. Sebab itu ibu bapa tak digalakkan marah dan menghukum dengan kerap.
Terlalu kerap ulang perkataan anak degil, tak dengar cakap juga antara doa yang boleh buatkan anak itu semakin segil. Jadi hati-hati ya.
Cara Untuk Kurangkan Rasa Marah Anda Pada Anak:
- Berfikir Dahulu Sebelum Memarahi Anak
Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi.
Memberi nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.
- Mendidik Anak Dengan Cara Yang Betul
Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi.
Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya.
Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.
- Memberikan Tumpuan Kepada Anak
Berikan tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajar mereka agar boleh lakukan.
Si anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.
- Elak Dari Mengeluarkan Kata-Kata Negatif
Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran budaya negatif pada masa hadapan.
Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara.
Banyakkan membaca ayat Al-Quran, ini kerana ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.
Jika ibu bapa pandai mendidik jati diri anak dengan baik, nescaya anak juga akan menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan. Dengan itu, usahlah mengajar anak dengan cara yang marah kerana akan memberi kesan yang buruk pada mereka di masa hadapan.
Sumber: wom.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan ‘Penat’ Nak Jawab Soalan Anak! Kena Faham Inilah Masa Otak Anak Sedang Belajar

Jangan penat nak jawab soalan anak. Ibu ayah kena faham masa inilah otak anak sedang belajar sesuatu yang baru.
Anak yang lahir dibekalkan dengan sifat ingin tahu secara semula jadi. Sifat ini yang mendorong mereka untuk meneroka dan belajar tentang apa-apa saja yang ada di sekeliling mereka.
Apabila mereka sudah pandai bercakap dan berkomunikasi, anak-anak akan menjadi manusia yang banyak bertanya. Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak bertanya 288 soalan sehari. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada usia kanak-kanak dan jantina. Kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun adalah yang paling banyak sekali bertanya iaitu 390 soalan sehari.
Dalam keadaan kita yang sibuk dan kepenatan sudah tentu kita rasa rimas dengan soalan-soalan tersebut lebih-lebih lagi soalan yang sama berulang kali. Jika tidak dijawab, mereka tidak akan berhenti bertanya. Sedangkan apabila sudah dijawab pun, kadang-kadang mereka akan berulang tanya soalan yang sama. Jika diherdik, kita tahu bahawa itu tidak bagus kerana boleh membunuh sifat ingin tahu mereka.
Sesungguhnya anak-anak yang banyak bertanya menunjukkan mereka berkembang dengan sihat. Itu menunjukkan mereka berminat untuk mengetahui tentang persekitaran dan dunia di sekeliling mereka dan adalah penting untuk kita tidak menyekat rasa ingin tahu tersebut.
Cuma kadang-kadang anak bertanya bertalu-talu semata-mata untuk tagih perhatian daripada ibu bapa. Soalan yang sama ditanya, jawapan telah diberi berkali-kali tapi mereka masih tidak berpuas hati. Untuk situasi begini, ada dua cara layanan yang boleh kita berikan.
- Guna peluang ini untuk melatih mereka mencari jawapan sendiri. Ibu bapa perlu menyediakan sumber rujukan mengikut tahap umur anak. Untuk anak-anak yang boleh membaca, sediakan ensaiklopedia untuk mereka. Ajar kepada mereka cara merujuk ensaiklopedia tersebut. Anak-anak juga boleh diajar guna google search tapi ibu bapa harus berwaspada apabila membiarkan anak-anak melayari internet. Ambil langkah berjaga-jaga supaya mereka tidak salah guna.
- Jika kita mendapati bahawa anak-anak bertanya sekadar inginkan perhatian, maka kita boleh menjawab pertanyaan itu dengan pertanyaan. Contohnya anak bertanya kenapa dia tidak boleh makan gula-gula sedangkan kita sudah memberitahu sebabnya sebelum itu tapi dia asyik bertanya soalan yang sama berkali-kali. Ini akan merangsang anak-anak berfikir dan secara tak langsung akan membuatkan mereka berhenti bertanya.
“Mama, kenapa Along tak boleh makan gula-gula?”
“Along fikir kenapa mama tak benarkan along makan gula-gula?”
Selagi mampu, layanlah pertanyaan anak dengan baik. Jika kita betul-betul tidak berkemampuan untuk menjawab samada kerana kita keletihan, sibuk atau kita tidak mempunyai jawapan kepada soalan mereka, terangkan kepada mereka dengan jelas.
Beritahu mereka bahawa kita akan menjawab soalan mereka apabila kita bertenaga semula atau apabila selesai kerja atau apabila kita sudah ada jawapan untuk soalan mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah. 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah. Ibu ayah jangan judge anak & panik, mesti tahu punca anak menangis.
Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ibu ayah. Tidak dinafikan dalam bangunan sekolah nanti akan kedengaran tangisan dari kanak-kanak di sana sini dan pelbagai aksi pujuk memujuk akan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Puan Marina Mohd Nor, Pengetua Tadika Ilmiah Bonda, Subang Bestari ini diharapkan dapat membantu anda memahami sebab kanak-kanak menangis pada hari pertama sekolah.
ANAK-ANAK MENANGIS TIDAK SEMESTINYA MEREKA TIDAK SUKA
Saya, Teacher Marina selaku pengetua Ilmiah Bonda ingin kongsikan antara faktor yang menyebabkan anak-anak menangis di hari pertama persekolahan.
4 PUNCA KANAK-KANAK MENANGIS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH
#1. BELUM MENGENALI ORANG SEKELILING
Ada ramai kawan-kawan yang tidak dikenali. Ini memberi kejutan besar kepada anak-anak. Kerana dia sedang dikelilingi oleh guru-guru dan kawan-kawan yang dia tidak pernah jumpa dan tidak kenal. Tiba-tiba anak-anak akan rasa terlalu asing dan takut.
#2. MENANGIS UNTUK MENGHILANGKAN RASA TAKUT
Ada kawan-kawan yang menangis. Apabila melihat atau berada di situasi yang penuh dengan suara tangisan, sedikit sebanyak perasaan mereka jadi berbaur. Jadi kanak-kanak itu akan meniru aksi menangis kawan-kawan lain untuk hilangkan rasa takut mereka.
#3. IBU AYAH HANYA HANTAR DI PAGAR SEKOLAH
Ibu bapa hantar di pagar sekolah sahaja tidak seperti semasa pendaftran, ibu dan ayah serta adik beradik lain masuk ke tadika dan menemani mereka bersama mereka di sekolah.
#4. MENGANTUK & LAPAR
Rasa mengantuk dan rasa lapar juga adakala faktor yang menganggu emosi kanak-kanak.
IBU AYAH JANGAN PANIK, LAKUKAN 3 PERKARA INI
Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, Puan Marina menyarankan supaya melakukan 3 perkara ini. Hal ini akan membantu meringankan tugas guru untuk memujuk anak-anak kecil ini.
Jadi jika berlaku situasi anak menangis di hari pertama persekolahan nanti, ibu, ayah, atok, nenek, uncle, mak cik jangan panik.
Ini antara cara ibu ayah boleh bantu ringankan kerja guru di sekolah;
#1. BERI LUANG MASA ANAK UNTUK BONDING DENGAN GURU
Guru-guru sudah bersedia dan terlatih untuk mengawal situasi ini, segera serahkan anak-anak kepada guru bertugas. Dan berikan mereka ruang masa untuk mengenali, bercakap dan berduaan dgn guru mereka.
#2. SEDIAKAN PAKAIAN EKSTRA & TUALA
Ada juga situasi, anak-anak akan menangis hingga muntah dan basah baju. Ibu bapa boleh mudahkan kerja guru dengan menyediakan baju salin dan tuala dalam beg mereka.
#3. ELAKKAN BERBUAL LAMA DENGAN GURU DI PAGAR SEKOLAH
Anak-anak sudah bersedia hendak ke sekolah, tetapi mereka perlukan masa. Beri masa guru-guru dan anak-anak menyesuaikan diri. Ibu bapa elakkan berbual dengan guru terlalu lama di pagar sekolah pada hari tersebut.
Kita semua mahu yang terbaik, kita perlu ingat bahawa di tadika guru bukan sahaja mengajar, mereka membantu kanak-kanak mengawal emosi, ajar anak-anak membuat keputusan, pastikan keselamatan anak-anak kita.
Jadi, mudahkan proses anak-anak kita belajar bersama guru-guru. Pengalaman yang dilalui oleh anak-anak adalah proses.
Doakan Allah permudahkan urusan menuntut ilmu anak-anak kita dan urusan guru-guru anak-anak kita.
Pesanan kasih mesra dari saya. Share bersama ibu bapa lain, semoga bermanfaat.
Sumber: Tadika Ilmiah Bonda, Subang Bestari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI