Memang comel setiap kali melihat gelagat anak penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti, Siti Aafiyah Khalid.
Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati warga net apabila Tok Ti berkongsi video mengenai si kecilnya itu.
Terbaru di laman Instagram CTDK, ada memuat naik beberapa rakaman video ketika sedang berseloroh dengan menegur Aafiyah kerana membuat pakaian dalam bilik bersepah.
Anakanda kepada pelantun lagu 7 Nasihat ini memang makin bijak dan petah berkata-kata walaupun baru berusia dua tahun.
Artikel menarik: Mak Ayah Kena Pandai Ambil Hati, Anak Sulung Ni Sensitif. Mudah Terasa Diabaikan Kalau Dimarah
Menerusi video berkenaan, Aafiyah pada awalnya cuba untuk mengemas kembali pakaian yang telah dipunggahnya, namun usaha yang dibuat nampaknya tidak berjaya. Takut dimarahi oleh ibunya, Aafiyah kemudian dilihat mula mencebik dan menangis.
Perkongsian yang dibuat oleh Tok Ti mendapat pelbagai respon daripada warga net di Twitter. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat Aafiyah yang comel dan lucu itu.
Sebelum ini, perkongsian Tok Ti pernah mendapat perhatian daripada netizen apabila berkongsi gelagat Aafiyah yang sudah mahir menyebut nama Datuk Seri Siti Nurhaliza secara lancar.
Artikel menarik: Waktu PKP Anak Syok ‘Shopping’. Nak Bayar, Kena Jadi Budak Baik!
Untuk rekod, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 setelah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Sumber: Media Hiburan, Twitter Syafiq Hairiey & Instagram CTDK