Tadika swasta yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan diberi kelulusan untuk memulakan operasi dengan segera tetapi hanya melibatkan lokasi yang tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi laporan The Star, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk membuka semula operasi tadika swasta di negeri atau daerah yang tidak terlibat dengan PKPB serta kawasan yang selamat.

“Kementerian telah memutuskan bahawa tadika swasta di bawah bidang kuasa kami, di negeri dan daerah di mana PKPB telah berakhir atau lokasi yang tidak dikenakan PKPB diizinkan untuk beroperasi semula,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KPM kepada The Star.

IKLAN
Tadika Swasta Di Kawasan Tidak Terlibat PKPB Dibenarkan Beroperasi Semula 
Kredit Gambar: Dzul Iman Sek 8, Shah Alam

Surat yang dikeluarkan pada 26 November dan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (sektor operasi sekolah) Adzman Talib itu bertujuan untuk memberitahu kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dalam pengurusan tadika swasta ini.

Arahan ini akan diberitahu secara jelas di peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, dan Pejabat Pendidikan Daerah.

IKLAN

“Pemberitahuan ini berkuatkuasa bermula dari surat ini dikeluarkan dan hanya tertakluk kepada negeri atau kawasan yang bebas dari PKPB selepas mendapat arahan dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Dalam kenyataan itu juga, pihak kementerian turut mengingatkan bahawa tadika swasta perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Operasi Sekolah Kementerian Dalam Negeri serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan.

IKLAN

Sumber: The Star

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI