Tahan, beku jenazah bayi menyalahi hukum syarak, perbuatan penganiayaan. Pada dasarnya syari’at kita, menganjurkan menyegerakan pengurusan jenazah, memandikan, mengkafani, menyembahyangkan dan menguburkannya.
Tahan, Beku Jenazah Bayi Menyalahi Hukum Syarak, Perbuatan Penganiayaan
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa ‘menahan’ jenazah bayi selama dua minggu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak.
DR Mohd Hapiz Mahaiyadin. FOTO Ihsan UITM.
Menurut pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin (memetik laporan Harian Metro) menyimpan jenazah di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu adalah tidak wajar kerana ia menyebabkan kelewatan pengebumian jenazah yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.
“Tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.
“Dalam hal ini, ia menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, terdapat beberapa perkara berkaitan hukum syarak yang perlu dipertegaskan berhubung perbuatan menahan jenazah bayi berkenaan.
Jenazah bayi lelaki tidak cukup sifat selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di Klang. FOTO Facebook Mr Wan Cai Official.
Menurutnya, jika bayi yang dilahirkan sudah berusia enam bulan dan ke atas, maka jenazahnya wajib dilakukan seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan dikebumikan.
“Jenazah bayi berkenaan sudah melebihi usia enam bulan, jadi wajib disegerakan melainkan terdapat keuzuran seperti menunggu kedatangan wali (bapa, ibu atau penjaga yang sah) dalam jarak masa singkat yang mana dipercayai badan jenayah masih elok dan tidak berlaku perubahan (membusuk dan seumpamanya),” katanya.
Bagaimanapun katanya, ia boleh ditangguhkan jika terdapat keperluan (maslahah) yang kritikal seperti wujudnya keraguan tentang punca kematian atau tujuan bedah siasat dalam kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya.
Sementara itu, berhubung dakwaan menghina fizikal bayi itu katanya, seorang Muslim perlu berakhlak Islam dengan menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.
Ads
“Tindakan menghina seseorang dalam semua keadaan adalah suatu yang menyalahi akhlak Islam.
“Kita seharusnya menjauhi daripada memaki, mencela, dan berkata tidak elok pada orang lain atau mengenai diri mereka,” katanya.
Ramai yang kagum dengan semangat dan ketabahan pelakon cantik, Rita Rudainiyang melalui kehidupannya sebagai ibu tunggal. Bukan saja menitikberatkan pendidikan agama, Rita juga mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Sumber foto: Instagram Rita Rudaini
Terbaru, dia melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin atay Ryan memperoleh keputusan cemerlang dan menerima anugerah di sekolahnya, salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Negeri Sembilan.
Tangkap layar dari video Rayyan membuat ucapan hari lahir buat Rita
Kata Rita, kejayaan Ryan yang berusia 14 tahun itu menjadi hadiah ulang tahun kelahiran yang terindah buat dirinya.
“Tahun lepas birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Ryan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi. Syukur alhamdulillah.”
Sempat menitipkan pesanan, Rita hanya mahu anak-anaknya membuktikan mereka mampu berjaya tanpa mempedulikan cemuhan atau kejian orang lain.
“Jadi terbaik untuk diri sendiri, bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai… rezeki Ramadan.”
Antara komen yang ada;
Pelakon berusia 47 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan momen Rayyan menerima anugerah serta ucapan istimewa hari lahir buat ibu tercinta.
Keluar rumah pukul 5.30 pagi, pengetua sambut pelajar datang sekolah. “Sebelum kamu berjaya, saya dah peluk kamu dulu’ itulah ungkapan penuh makna daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, Dr Ahmad Kamal Ariffin.
Keluar Rumah Pukul 5.30 Pagi, Pengetua Sambut Pelajar Datang Sekolah
Pendidik berusia 50 tahun ini menjadi tular di media sosial kerana rutin hariannya yang unik, di mana beliau menyambut pelajar di pintu pagar sekolah setiap pagi dengan penuh keikhlasan dan sentuhan jiwa.
Setiap pagi, bukan untuk memeriksa pakaian atau menegur pelajar yang datang lambat, tetapi beliau hadir dengan senyuman, pelukan dan kata-kata semangat sebagai motivasi buat mereka.
Video rakaman beliau berdiri di pintu pagar sejak awal pagi bukan sekadar menunjukkan kasih seorang guru, tetapi menggambarkan perjuangan seorang pendidik yang berkorban untuk membentuk generasi berakhlak mulia.
@drahmadkamal5577 ( ADMIN ) DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN BELIAU BERPENGALAMAN SEBAGAI; 1. GURU SEKOLAH DI SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM ( 1999 – 2006) 2. WARDEN ASRAMA SMK SEKSYEN 18, SHSH ALAM ( 1999 – 2003 ) 3. JURULATIH UTAMA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ( BAHAGIAN SEKOLAH, KPM – 2002 – 2006) 4. PENOLONG PENGARAH DISIPLIN MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2006- 2007( 5. PENOLONG PENGARAH KAUNSELING MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2008-2010) 6. KETUA UNIT HEM ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2011) 7. KETUA UNIT AKADEMIK ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2012) 8. PENYELIDIK PERINGKAT KEDOKTORAN ( UNI MALAYA, 2013 – 2015) 9. KETUA PENOLONG PENGARAH ( PUSAT DIPLOMASI BAHASA DAN BUDAYA, IDFR, KEMENTERIAN LUAR NEGARA ( 2016 – 2018) 10. KETUA JABATAN, JABATAN PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KPM ( 2019 – 16 SEPTEMBER 2024) 11. PENGETUA, SMK TAMAN YARL, KUALA LUMPUR ( 17 SEPTEMBER 2024 HINGGA KINI ) TAHNIAH TUAN PENGETUA. #MOTIVASI#pengetua#PENDIDIK#cikgutiktok#gurutiktok#fyp#gurutiktok#fypage#fypp#tiktokviral#tiktok#MALAYSIA#pmx#fadhlinasidek#BEST#FYP#tiktok#viral#TIKTOK#top#fypage#yes#teachersoftiktok#fypppppppppppppp#fypppp#fypppppppppppppp#top#fadhlinasidek#go#Test♬ original sound – Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin
“Sejak terima surat lantikan daripada Ketua Pengarah Pendidikan pada 17 September 2024 untuk menjadi pengetua, saya tak pernah berhenti berusaha.
“Inilah pertama kali saya pegang jawatan pengetua. Saya ditempatkan di sekolah yang menduduki ranking kedua terburuk dari segi prestasi di Kuala Lumpur. Keputusan peperiksaan sangat mengecewakan dan pelbagai masalah lain, termasuk kemudahan yang kurang memuaskan. Ramai kata sekolah ini agak ‘daif’ di bandar,” katanya kepada Harian Metro.
Dengan pengalaman 20 tahun dalam Kementerian Pendidikan, pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Murid dan Hal Ehwal Murid serta Kaunseling, Dr Ahmad Kamal berusaha membawa perubahan berdasarkan pengalaman luasnya.
“Saya cuba buat transformasi. Dasar Sekolah Penyayang memang ada garis panduan untuk meraikan pelajar setiap pagi, jadi saya jadikan itu amalan tetap saya.
“SAYA KELUAR RUMAH SEAWAL 5.30 PAGI DARI PUTRAJAYA DAN AKAN SOLAT SUBUH DI SURAU SEKOLAH. PADA MULANYA, SAYA PERHATIKAN KEBANYAKAN PELAJAR DATANG DARIPADA LATAR BELAKANG MENCABAR, SEKITAR 95 PERATUS DARI KELUARGA B40. MASALAH DISIPLIN BANYAK, KURANG MOTIVASI BELAJAR, ADA ISU KELUARGA SEPERTI PERCERAIAN DAN PERSEKITARAN YANG TERDEDAH KEPADA DADAH. JADI SAYA AMBIL PENDEKATAN MERAIKAN MEREKA SETIAP HARI,” UJARNYA.
Apabila ditanya siapa yang menjadi fokus utama untuk dibentuk terlebih dahulu, guru atau pelajar, beliau menjelaskan pendekatannya adalah serentak.
“Saya tegas dengan guru. Saya tak segan marah kalau perlu sebab mereka orang dewasa. Ada yang datang lambat pun saya nasihat dengan tegas. Tapi dengan pelajar, saya cuba jadi lebih penyayang dan lembut.
“Guru pula nampak disiplin bila pengetua datang paling awal dan balik paling lewat,” katanya.
Selain itu, beliau memperkenalkan solat berjemaah yang melibatkan pelajar, guru, malah pengawal keselamatan, selain mewujudkan sinergi erat antara guru, pelajar dan ibu bapa.
Hasil pendekatan ini, sekolah mencatat peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kehadiran pelajar bertambah baik dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga meningkat dengan ketara.
“Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur baru-baru ini mengiktiraf sekolah dan saya kerana pencapaian meningkat kedua tertinggi di Kuala Lumpur. Saya rasa sangat puas hati.
“Setiap pagi berdiri di pintu pagar untuk menyantuni pelajar selama sejam memang penat, tapi berbaloi. Pelajar pun nampak seronok. Pelajar India, Melayu, Cina semua gembira,” ujarnya.
Menurut Dr Ahmad Kamal, pendekatan menyambut pelajar ini berasaskan dasar Sekolah Penyayang yang beliau sendiri pernah terlibat dalam penggubalannya di Kementerian Pendidikan.
“Dasar Sekolah Penyayang ada empat elemen, salah satunya meraikan pelajar datang ke sekolah. Saya tak ikut jadual giliran seperti guru lain. Saya jadi ‘kapten’ setiap hari berdiri di pintu pagar, ini buat cikgu-cikgu hormat dan cuba ikut cara saya,” jelasnya.
Beliau juga mengubah wajah sekolah dengan menambah kawasan bendera Malaysia dan pelbagai bendera korporat utama di Malaysia.
“Saya mahu pelajar tahu dunia luas dan penuh peluang. Saya tanam semangat berniaga dan motivasi dalam diri mereka. Dana ini datang dari sumbangan masyarakat, wakaf dan bantuan pemimpin,” katanya.
Dengan 95 peratus pelajar berasal dari keluarga B40, sentuhan harian dan pelukan yang diberikan membuat ramai pelajar, terutamanya lelaki, mula berubah dan jadi lebih lembut hati.
“Pelukan saya fokus kepada pelajar lelaki. Lama-kelamaan mereka jadi lebih tenang. Cabaran seorang guru adalah buang ego marah dan tidak sabar. Kita peluk mereka, raikan mereka,” katanya.
Walaupun dulu kerjanya lebih mudah di kementerian dengan hanya enam staf, kini beliau menguruskan lebih 700 pelajar dan lebih 60 guru, termasuk 98 pelajar berkeperluan khas.
“Beban dan cabaran memang banyak, ada pelajar yang pernah ludah guru, masuk kelas sesuka hati. Rasa nak marah dan buang sekolah memang ada, tapi saya sabar. Saya peluk mereka, tunjuk sayang dan buat baik,” katanya.
Beliau menambah, biasanya pelajar hanya dapat pelukan apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan atau akademik, tetapi beliau peluk mereka sebelum kejayaan itu datang sebagai restu dan motivasi.
Walaupun tak sempat bertemu pelajar waktu tamat sesi persekolahan, kadang-kadang ada pelajar yang spontan peluk beliau apabila bertemu di kawasan sekolah.
“Mereka rasa dijaga. Tapi selepas keluar pintu pagar, mereka hadapi pelbagai cabaran lagi. Saya tak putus berdoa untuk mereka,” katanya.
Giliran pulang ke kampung untuk beraya sering menjadi perbincangan serius pasangan berkahwin apabila tibanya Syawal. Ada yang mencapai kata sepakat mengikut giliran dan ada juga yang berbalah setiap kali merancang kampung siapa dahulu yang mahu dikunjungi. Tidak perlu yang tinggal jauh berlainan negeri, ada ketikanya yang satu daerah pun boleh bermasam muka jika bercerita soal ini.
Ketika merancang dan membuat keputusan untuk beraya di kampung siapa terlebih dahulu, perlulah ada toleransi antara keduanya. Niat pulang ke kampung adalah untuk berkumpul satu keluarga dan berjumpa orang tua tersayang. Oleh itu, setiap pasangan perlu memahami antara satu sama lain ketika berbincang pelan berhari raya.
Isteri yang baik akan mengikut suaminya pulang ke kampung tanpa sebarang rungutan. Suami mithali pula akan berbesar hati dapat membawa pasangannya pulang ke kampung halaman si isteri. Ada juga masanya isteri terlalu mementingkan diri, mahu pulang ke kampungnya sahaja tanpa memikirkan perasaan suaminya. Ada pula suami yang tidak mahu cuba memahami keinginan isteri yang mahu beraya bersama keluarganya.
Ketika di kampung mereka, suami atau isteri akan bergembira. Tetapi apabila tiba giliran pasangannya, mulalah buat perangai. Tarik muka masam, bercakap pun seperti tiada mood. Sekaligus membuatkan pasangannya menjadi tidak seronok ketika tiba giliran pulang ke kampung mereka. Rasa tidak seronok kan?
Belum kira lagi jika ada suami atau isteri yang langsung tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga atau berat tulang untuk membantu di rumah mertua. Menjadi satu hal pula pasangannya mahu ‘ cover line‘ kerana mahu menjaga air muka mereka. Bukankah tidak adil jika anda gembira di kampung anda, tetapi apabila tiba giliran pasangan anda beraya di rumah ibu bapa mereka, anda tidak bersungguh-sungguh seperti mereka?
Kesimpulannya, beraya di kampung siapa pun sebenarnya sama seronok. Kita dapat bertemu ibu ayah serta semua beradik. Bukan selalu dapat berjumpa semuanya, ketika berayalah kita dapat meluangkan masa bersama-sama. Kemeriahan berhari raya, jika dikongsi bersama sesama pasangan sudah tentu dapat membentuk sebuah keluarga bahagia penuh tolak ansur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.