Tahan Sakit Berjam-Jam, Kontraksi Kerap & Bukaan Lambat. Ibu Buat Persediaan Ini

Share

Risau sakit lama sewaktu bersalin? Sampaikan ada yang lebih 24 jam tahan sakit tapi bukaan jalan belum terbuka. Memang sangat seksa.

Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya akibat kontraksi akan jadi serik. Tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang sukar dibandingkan.

Berikut antara beberapa cara nak cepatkan bukaan rahim untuk mudah bersalin.

Banyakkan berjalan

Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.

Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal-awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labour room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu

Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.

Minta maaf dengan ibu bapa dan suami

Yang ni part paling syahdu. Dekat-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua

orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.

Baring mengiring sebelah kiri

Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.

Banyakkan bersujud

Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.

Kredit: ragamanak via Fazariah Nordin

Published by
Wan Amy