Tahi telinga anak keras bila lama tak dibersihkan, ini tip berguna untuk ibu bapa. Tahi telinga atau cerumen adalah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam saluran telinga. Fungsi utama tahi telinga adalah untuk melindungi telinga daripada habuk, kotoran, dan bakteria.
Tahi Telinga Anak Keras Bila Lama Tak Dibersihkan
Walaupun begitu, apabila terlalu banyak tahi telinga terkumpul, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan masalah pendengaran pada anak-anak. Pastikan jangan mengorek telinga dengan peralatan yang boleh mencederakan gegendang telinga.
Ini Tip Berguna Untuk Ibu Bapa
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tahi telinga yang keras dan banyak pada anak.
1. Menggunakan Minyak Titisan Telinga
Minyak titisan telinga boleh membantu melembutkan tahi telinga yang keras. Anda boleh menggunakan minyak zaitun atau minyak bayi yang telah dipanaskan sedikit (tetapi pastikan tidak terlalu panas). Titis beberapa titisan minyak ke dalam telinga anak dan biarkan selama beberapa minit sebelum membersihkannya dengan lembut menggunakan kain bersih.
2. Menggunakan Saline atau Larutan Garam
Larutan garam (saline) boleh membantu melembutkan dan mengeluarkan tahi telinga. Anda boleh mendapatkan saline di farmasi atau membuatnya sendiri dengan mencampurkan garam dengan air suam. Titis beberapa titisan ke dalam telinga anak, biarkan seketika, dan kemudian biarkan tahi telinga keluar dengan sendirinya.
3. Menggunakan Alat Pembersih Telinga
Ads
Terdapat alat-alat pembersih telinga khusus yang dijual di farmasi yang direka untuk mengeluarkan tahi telinga secara selamat. Pastikan untuk memilih alat yang sesuai untuk anak-anak dan ikuti arahan penggunaan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada telinga.
4. Elakkan Penggunaan Cotton Bud
Penggunaan cotton bud atau penyapu kapas dalam saluran telinga boleh menolak tahi telinga lebih dalam dan menyebabkan penyumbatan yang lebih teruk. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan dalam telinga. Jika anda perlu membersihkan telinga anak, bersihkan bahagian luar sahaja dengan kain lembut atau tisu.
5. Menggalakkan Pergerakan Mengunyah
Pergerakan mengunyah boleh membantu mendorong tahi telinga keluar dari saluran telinga. Berikan anak makanan yang memerlukan kunyahan, seperti buah-buahan dan sayuran keras, untuk membantu proses ini secara semula jadi.
Ads
6. Konsultasi Dengan Doktor
Jika anda merasa tahi telinga anak terlalu banyak atau menyebabkan masalah pendengaran, sakit, atau ketidakselesaan, segera berjumpa dengan doktor. Doktor boleh melakukan pemeriksaan telinga dan menggunakan alat khas untuk mengeluarkan tahi telinga dengan selamat.
7. Perawatan Berkala
Lakukan pemeriksaan rutin pada telinga anak untuk memastikan tiada pengumpulan tahi telinga yang berlebihan. Kebersihan telinga yang baik boleh membantu mengurangkan risiko pembentukan tahi telinga yang berlebihan.
Kesimpulan
Ads
Tahi telinga adalah bahagian penting dalam mekanisme perlindungan telinga, tetapi pengumpulan yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan masalah kesihatan. Dengan teknik dan alat yang betul, ibu bapa dapat membantu mengurus dan mengatasi masalah tahi telinga pada anak dengan selamat dan efektif. Jika ragu-ragu atau masalah berlanjutan, konsultasi dengan doktor adalah langkah terbaik.
Anak-anak antara pengalaman yang paling menakutkan buat mereka adalah masa makan ubat atau jumpa doktor. Namun sebagai ibu bapa, kena pandai ambil hati dan sentiasa berikan kata-kata positif supaya anak tak fobia hadapi situasi tersebut.
Tindakan Awal Ashaari dan isterinya Scha AlYahya bawa Lara Alana berjumpa doktor gigi buat pertama kalinya mendapat pujian ramai.
Menurut Scha, setiap kanak-kanak ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dalam hal ini Lara lemah dengan doktor.
“Walaupun Lara ni seorang yang mudah mesra tapi bila jumpa doktor dia agak takut terutama bila nampak ada pelbagai peralatan.
“Jadi bila dah umur 4 tahun ni, kenalah juga biasakan jumpa doktor gigi. Ini penting untuk pupuk rasa yakin dalam diri Lara,” katanya di Instagram.
Bagi memberi keselesaan kepada Lara, Scha dan Awal pilih klinik gigi yang mesra kanak-kanak terutama yang pertama kali datang.
“Pada awalnya Lara ok, tapi bila sampai dan lihat pelbagai peralatan dia dah mula takut dan menangis.
“Ikut kata doktor, ini perkara biasa buat kanak-kanak yang baru pertama kali datang untuk pemeriksaan gigi dan tak biasa lagi sesuaikan diri.
“Lagipun budak-budak tak suka bila orang letakkan benda dalam mulut dan perlu dibaringkan di kerusi khas. Jadi doktor cadangkan biasakan dulu dengan perkenalkan peralatan pergigian pada anak dan lama-kelamaan dah tiada masalah.
“Nak tak nak mummy perlu jadi model untuk Lara perhatikan dulu dan untuk temujanji seterusnya daddy pula. Harap lepas ni Lara dah ok berani,” kongsi Scha.
Kata scha lagi, biasanya Lara akan tengok dulu orang lain buat, baru dia akan ikut. Harap lepas ni dah tak ada masalah baginya untuk jumpa doktor gigi.
Sumber: ig laraalanaa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi seorang wanita bila bergelar ibu tiada istilah dapat betul-betul rehat, tak kisahlah yang bergelar surirumah atau pun bekerja. Tempoh 24 jam tu ibarat sekejap je berlalu.
Mana taknya mula celik mata hingga nak tidur semula masih ada je kerja belum beres.Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai ibu dan isteri harus juga diambil kira.
Mungkin bagi sesetengah ibu, seawal 4 pagi perlu bangun untuk menyiapkan apa yang patut dan selepas selesai keperluan keluarga perlu bergegas ke tempat kerja pula.
Tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat. Ini tanda sebenarnya sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.
Paling utama encik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.
Mudah lupa
Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.
Tak peduli
Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.
Tidur tak lena
Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.
Mudah marah
Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.
Hilang keseimbangan
Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.
Mengeluh wajah kusam
Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.
Tak fokus
Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.
Mudah tertidur
Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.
Sumber: ragamanak
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin kerap pula kes-kes sakit kulit berlaku kepada ibu selepas bersalin. Kebiasaannya ibu akan mula mengalami masalah kegatalan melampau diikuti dengan timbulnya bintik-bintik merah yang gatal di kawasan badan, leher, pelipat-pelipat lengan dan kaki.
Dari sudut perubatan moden ia digelar postpartum hives di mana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon ibu selepas bersalin.
Manakala dari sudut perbidanan Melayu pula ianya digelar meroyan kulit yang disebabkan oleh ketidaklawasan darah kotor selepas bersalin (darah nifas) yang meracun sistem dalaman tubuh ibu.
Untuk ibu-ibu yang sedang mengalami masalah kulit sebegini, apa kata cuba petua bidan-bidan lama ni untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami.
MANDI AIR REBUSAN HERBA KHAS
– Bahan-bahan air rebusan terdiri dari daun mambu, kunyit, inai dan sireh. Rebus dan
bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan sejuk suhu bilik. Satu lagi suam panas.
Yang sejuk dipupur basuh kulit kepala muka dan leher. Yang suam dimandikan dari bahu
sampai kaki.
PUPUR BEDAK BERUBAT
– Blender kunyit hidup bersama-sama daun mambu. Dicampur dengan bedak sejuk. Dan
diratakan seperti bedak sejuk ke seluruh tubuh setiap hari selepas mandi.
PANTANG LARANG
– JANGAN guna lulur
– TAK PERLU berbengkung jika tak selesa
– Makan hanya sayur ulam. Ulam yang boleh dalam pantang ialah ulam raja, pegaga,
tenggek burung, daun selum, pucuk mengkudu dan cekur.
– Untuk ikan pula, pilih SEJENIS sahaja jenis ikan untuk dimakana dalam pantang samada
merah, jenahak atau selar
– Boleh makan DAGING
– ELAKKAN benda berperam seperti kicap dan bahan perasa
– Masak makanan cara rebus dan stim sahaja.
– ELAKKAN masak secara tumis dan bergoreng.
Semoga petua-petua bidan lama ini dapat membantu melegakan kegatalan ibu selepas bersalin.
Selamat berpantang!
Credit:
Datin Sh Anisah Barakbah, penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.