Tahniah! 3 Pemenang Utama Peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma Telah Dipilih

Share

Sempena peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma yang diadakan pada Ogos lalu yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya membuat simpanan awal buat anak, nampaknya orang ramai mula peka mengenai hal ini.

Ini berikutan hampir 100 penyertaan diterima oleh pihak SSPN dan Pa&Ma sepanjang peraduan ini dibuka kepada umum dengan memberi peluang kepada ibu bapa merakam aksi anak menolong buat kerja rumah serta reaksi mereka setelah menerima upah.

Dalam peraduan ini juga, ibu bapa perlu merakam gelagat anak apabila disuruh menabung dan di postkan di Instagram masing-masing sebelum penilaian di buat oleh juri. Dengan menggunakan #DoItBaruBerduit sememangnya momen ini memberi kegembiraan buat anak.

Setelah penjurian dilakukan, sebanyak 13 video yang dihantar telah terpilih untuk memenangi hadiah akaun SSPN iaitu tiga hadiah utama dan 10 hadiah saguhati.

Bagi meraikan pemenang peraduan Simpan Challenge, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Ibu Pejabat PTPTN di Kuala Lumpur.

Hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut adalah Cik Mastura Mohd Khalid, (Ketua Pegawai Operasi PTPTN), Puan Wan Erni Liza Md Izatzi, (Managing Editor Family & Parenting) dan Puan Emy Haznida Hazairul Sham (Editor Pa&Ma).

Dalam ucapan ringkas Cik Mastura, beliau mengharapkan kolaborasi antara pihak SSPN bersama Pa&Ma ini dapat terus memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai pentingnya membuat simpanan dari awal demi masa depan anak.

Hanya RM1 sehari, sebulan RM30 sedikit sebanyak ia dapat membantu ibu bapa dari pelbagai latar belakang untuk memikirkan yang terbaik buat anak. Seandainya anak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, semestinya simpanan ini sangat berguna.

Sementara itu, untuk tempat pertama peraduan Simpan Challenge telah dimenangi oleh Puan Chew Saw Tean dari Pulau Pinang namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan telah diwakilkan kepada En Suhaizal Yusof. Manakala untuk pemenang tempat kedua, dimenangi oleh Encik Mohd Zulkhairi Abdullah dari Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Emilia Salim dari Johor Bahru.

Hadiah untuk tempat pertama adalah akaun SSPN bernilai RM500, tempat kedua akaun SSPN bernilai RM300 dan tempat ketiga akaun SSPN bernilai RM200. Bagi 10 hadiah saguhati akaun SSPN bernilai RM100.

Wakil pemenang tempat pertama

Sedikit ringkasan mengenai peraduan Simpan Challenge ini, sebenarnya ia bermula melalui Zoom Class E Workshop Financial Parenting yang dianjurkan oleh SSPN dan panel jemputannya ialah Dr Azuraida Shahadan dengan mengupas topik Tip Urus & Simpan Duit Anak Sampai Jadi Berganda.

Wakil pemenang tempat kedua

Selain Dr Azuraida, selebriti jemputan, Dato Dr Fazley Yaakob juga turut memberi sokongan apabila merakam video anaknya yang diminta membuat kerja sebelum diberi upah dan videonya itu menjadi rujukan untuk peserta menghantar video anak masing-masing.

Pemenang tempat ketiga

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy