Tiada yang lebih menggembirakan oleh setiap pasangan yang berkahwin apabila penantian untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan.
Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa isteri tercinta bakal melahirkan anak sulung mereka tidak lama lagi.
Menzahirkan rasa syukur, Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyiddin, 37 turut menyifatkan khabar tersebut sebagai satu perkhabaran bermakna apatah lagi keduanya sudah lama menantikan untuk mempunyai anak sendiri setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna. Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna.
“Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah
Untuk wanita yang berusia melebihi 35 tahun ke atas, untuk hamil mungkin ramai yang merasakan agak sukar. Maklumlah ditambah pula dengan rasa letih yang mungkin lebih dari wanita yang lebih muda. Sebenarnya jika anda sudah sedikit berumur dan merancang untuk hamil, ia boeh dilakukan. Usahalah dengan cara yang betul dan banyakkan berdoa.
Berkongsi tip untuk hamil pada lewat usia, Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman Facebooknya memberitahu yang ia tidak mustahil. Ibu perlulah mencuba sedaya upaya dan mengikut tip yang diberikan ini, mana tahu mudah ‘lekat’ kan?
MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS
Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedekah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahil.
Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah :
1. KETAHUI WAKTU SUBUR
Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita itu benar-benar subur pada waktu tertentu dalam kitaran haid mereka.
Oleh itu jika mahu cepat hamil, harus mengetahui HARI SUBUR supaya lebih banyak usaha yang dapat diberikan sebagai persediaan sebelum melakukan hubungan seksual pada waktu itu.
2. JANGAN MENUNGGU UNTUK HAMIL
Berkahwin pada usia 35 tahun ke atas adalah perkahwinan yang harus segera mendapatkan zuriat. Jika mahu menangguhkan dulu untuk beberapa tahun kerana belum bersedia, ia adalah satu pertaruhan yang besar.
Ini kerana semakin seorang wanita itu berusia, semakin sukar peluang untuk hamil dengan mudah. Ini bukan bermakna tidak boleh hamil, tetapi usaha yang dilakukan haruskan berlipat kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia lebih muda.
Dalam satu laporan statistik mengatakan bahawa kebarangkalian untuk seorang wanita berusia antara 35-39 tahun untuk hamil dalam masa setahun perkahwinan ialah satu dalam tiga wanita. Ini pun jika wanita itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan sistem reproduktif.
3. LAKUKAN PEMERIKSAAN
Tidak dapat dinafikan bahawa semakin kita bertambah usia, semakin kita mengalami masalah kesihatan. Kekuatan kita melakukan suatu kerja semakin beransur kurang berbanding dengan kekuatan kita semasa muda. Kebolehan untuk hamil segera pun begitu.
Oleh itu jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kerana apabila seorang wanita telah memasuki umur 35 tahun ke atas perbezaan dirinya dengan orang lain yang sama umur dengannya agak jauh berbeza.
Kebolehan untuk segera hamil ini bergantung kepada beberapa perkara, antaranya :
1. Pemakanan
2. Genetik
3. Berat badan
4. Masalah kesihatan yang kronik seperti diabetes mellitus, hypertension
5. Keseimbangan hormon
6. Masalah kesihatan reproduktif seperti endometriosis, ovarian cy, dan fibroid
Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tubuh bersedia untuk hamil. Selain itu, ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, cara hidup yang lebih yang sihat, kurangkan pendedahan terhadap toksin dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai tubuh yang unik, dan mempunyai kebolehan untuk hamil berbeza dengan wanita yang lain. Jadi jangan berputus asa, dan terus berusaha untuk hamil.
Saya mencadangkan seorang wanita yang berusia lebih 35, agar segera mendapatkan pemeriksaan ujian kesuburan apabila mereka tidak berjaya untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan atau lebih.
Bagi wanita yang berusaha untuk hamil walaupun sudah lewat usia, anda masih boleh mencuba. Dapatkan nasihat dari doktor supaya dapat mengharungi fasa kehamilan tanpa gagal. Semoga usaha anda diberkati dan berjaya hamil tanpa masalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Haish kalau puasa risau baby tak cukup makan, nanti kecik pulak..Tapi…mak ai nak ganti satu bulan puasa lepas bersalin, dah la masa tu menyusu jugak..”
Bagi orang yang tak ada apa-apa masalah tak risau sangat bab puasa ni, cuma untuk ibu mengandung berapa banyak sebenarnya kalori yang perlu diambil dan makanan jenis apa sesuai untuk kekalkan tenaga.
Perkongsian dari Dietitian Fizah Sobri ini sangat membantu ibu mengandung untuk berpuasa.
1. Adakah selamat untuk berpuasa ketika mengandung?
Apa-apa tanya doktor. Saya tak tahu mommies ni keadaan macam mana, kandungan macam mana, ada penyakit ke tak atau sebagainya. Lebih baik tanya dari tak tanya…
2. Apakah simptom yang tunjuk saya perlu berbuka puasa?
Ibu ibu juga perlu tanya doktor untuk simptom-simptom. Setiap pregnancy berbeza…
3. Apa yang saya perlu ambil untuk pastikan pertumbuhan baby saya tak terjejas?
Ibu mengandung perlukan anggaran 1800-2000 kalori sehari. Semua ni dibahagikan ketika waktu puasa.
Nampak banyak? Tak lah..cer tengok dekat gambar…tu hidangan atas pinggan. Belum lagi yang ditambah dekat tepi macam dessert la,kuih la
Tu pun menu yang biasa belum lagi yang ambil fast food,yang tambah air manis khas ada waktu Ramadan. Itu amik sikit je pun dah boleh capai.
Tip masa berbuka
Ambil pinggan kosong, letak sayur, letak lauk baru letak nasi.
Ambil kurma dan 1 lagi buah/kuih letak tepi
Tuang air letak tepi
Siaaapppppp…
Rupa 200 kalori pulak camni sahaja
👇👇👇👇👇👇👇
Boleh pilih Pakej A
1 biji buah dan 1 cawan susu Pakej B
2 – 3 biji kuih dan air kosong Pakej C
Overnight oat yang ada 2 sudu besar oat, 1-2 biji kurma dicarik dan 1/2 cawan susu.
Siap ada pakej lagi saya bagi haa..Sebenarnya nak dapatkan kalori tu senang sangat tapi ramai tak makan sihat tu jadi masalah utama.
4. Perlu ke saya ambil supplement waktu berpuasa?
Ikut keadaan dan nasihat doktor. Folic acid masih perlu diambil samada puasa atau pun tidak. Zat besi masih perlu diambil bagi mereka yang low Hb. Kalsium /vit d/magnesium supplement nak ambil tak nak ambil tak apa, tapi jika anda langsung tiada sumber susu dalam pengambilan seharian elok ambil.
Apa yang saya nyatakan di atas adalah untuk ibu mengandung YANG TIADA kencing manis ketika mengandung (GDM) atau penyakit lain berkaitan dengan kehamilan (PIH,preeclampsia etc).
Jika berpenyakit sila dapatkan konsultasi dari dietitian dan doktor anda sama ada anda boleh ke tak berpuasa.
Tahukah anda bahawa dapur di rumah ada boleh menjadi ‘farmasi’ segera sekiranya anda sekeluarga mengalami penyakit ringan tertentu. Sama jugalah halnya dengan ibu hamil. Memandangkan bahan-bahan ini adalah semula jadi, maka ia lebih baik berbanding ubat-ubatan lain.
Apabila ada lima bahan ini di dapur rumah setiap masa, jadi anda dengan mudah membuat langkah pencegahan atau rawatan awal jika berlaku serangn penyakit. Malah, memandangkan ia turut dikenali sebagai superfood, maka bolehlah anda mengamalkannya secara rutin demi memastikan diri dan kandungan kuat
Bawang putih
Daripada sudut kesihatan, bawang putih terkenal sebagai bahan yang dapat menguatkan sistem imun tubuh. Jika anda mengalami masalah batuk dan selesema, inilah bahan yang patut digunakan. Ia sangat berkesan!
Antara lain ia turut membantu anda menyihatkan tulang, menstabilkan gula dalam darah kerana ia dapat meningkatkan kadar insulin dalam darah sekaligus mengelakkan penyakit diabetes.
Halia
Sangat efektif melegakan masalah loya ketika fasa morning sickness yang kemungkinan anda alami semasa hamil.
Malah, ia membantu melegakan masalah sakit otot dan sengal badan. Selain itu, ia dapat menolong mengurangkan kandungan gula dalam darah dan masalah angin dalam badan.
Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ini sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Ia juga membantu melegakan masalah sembelit dan pada masa yang sama menyingkirkan toksik daripada dalam tubuh. Amalkan minum air lemon suam setiap kali selepas makan tengahari atau malam.
Jika anda demam semasa hamil, lemon dapat membantu merawatnya. Hal ini kerana lemon berfungsi menurunkan suhu badan yang tinggi dengan menggalakkan perpeluhan.
Madu
Ia turut bertindak sebagai makanan pemberi tenaga. Amalan pengambilan madu setiap pagi dapat membantu memberikan tenaga yang berpanjangan. Jadi, dapatlah anda melaksanakan tanggung jawab harian dengan efisyen.
Madu juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Amalan memakannya setiap hari dapat menguatkan tubuh dan mengelakkan diri anda daripada mudah dijangkiti penyakit.
Antara lain, madu juga bersifat laksatif dan ini dapat membantu dalam proses penghadaman dengan lancar sekiranya anda mengalami sembelit semasa hamil.
Untuk anda yang mengalami masalah sukar tidur terutamanya di akhir trimester kehamilan, amalkan pengambilan madu yang dicampurkan dalam segelas susu setiap kali sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih lena kerana kandungan asid amino, vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya bertindak sebagai penenang semula jadi.
Cuka epal
Cuka epal juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit yang anda alami. Campurkan sesudu kecil madu bersama sesudu kecil cuka epal ke dalam segelas air kosong. Minum setiap kali sebelum waktu makan.
Amalan meminum cuka epal sehari-hari juga dapat membantu anda menigkatkan kecergasan tubuh kerana kandungan asid amino, pottassium dan enzim yang terkandung di dalamnya sangat berkesan dalam menghilangkan rasa keletihan badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!