Ana yang digilap bakatnya dalam program realiti Pilih Kasih itu berkahwin dengan Ashraf, iaitu anak pengarah, Datuk Jurey Latiff pada 31 Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Kieda Crepe hamil dan bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Usahawan terkenal itu berkongsi berita penuh emosi ini di TikTok, membuatkan ramai pengikut dan peminat tersentuh hati. Perjalanan kehamilan kali ini dianggap sangat bermakna, hadir selepas pelbagai ujian hidup yang pernah dilalui beliau dan suaminya, Hilmi Zaki.
Menerusi video yang dimuat naik, Kieda nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra mengimbas kembali momen penuh perasaan ketika membuat kejutan mengenai kehamilan kepada suami. Hilmi serta beberapa staf syarikat mereka dilihat sebak dan menitiskan air mata kegembiraan sebaik menerima berita itu. Reaksi spontan itu jelas menunjukkan betapa rezeki ini amat dinantikan mereka sekeluarga.
“Allah hadirkan zuriat saat aku reda semuanya.”
Lebih mengharukan, Kieda berkongsi bahawa kandungan kali ini hadir pada satu tarikh yang cukup bermakna dalam hidupnya. Sebuah simbol kasih sayang dan ujian yang diganti dengan rezeki indah.
“25 Julai 2025, arwah abah genap dua tahun tinggalkan saya dan Allah hadirkan zuriat saat aku reda untuk semuanya.”
Ungkapan itu membuatkan ramai warganet sebak, malah ada yang turut berkongsi rasa kehilangan dan kekuatan yang mereka lalui. Bagi peminat yang mengikuti perjalanan hidup Kieda, mereka tahu betapa dalamnya makna pengumuman itu.
Dalam pada itu, Kieda memaklumkan bahawa usia kandungannya kini sudah memasuki trimester ketiga. Ketika video tersebut dimuat naik, beliau sedang dalam perjalanan ke Jeddah bersama suami dan ibu bapa untuk menunaikan umrah. Ramai menyifatkan rezeki umrah ketika hamil sebagai hadiah yang amat berharga buat keluarga kecil ini.
Perjalanan Kieda terus menginspirasikan ramai kerana walaupun sarat hamil, beliau tetap bersemangat mengerjakan ibadah. Ramai peminat memuji kekuatan mental dan fizikal Kieda, menggambarkan beliau sebagai contoh wanita yang tabah dan sentiasa positif.
Sebelum Kieda Crepe hamil kali ini, perjalanan beliau menuju rezeki zuriat bukanlah sesuatu yang mudah. Sekitar Ogos tahun lalu, Kieda pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari. Sebelum itu, beliau juga pernah memberi bayangan bakal menimang bayi kembar selepas hampir lima tahun menunggu.
Namun semua pengalaman itu tidak mematahkan semangatnya. Beliau akhirnya menerima kehamilan ini pada waktu yang tenang, ketika dirinya benar-benar reda dan berserah sepenuhnya kepada ketentuan Allah.
Ruangan komen di TikTok dan Instagram Kieda dipenuhi dengan doa, ucapan tahniah dan kata-kata semangat. Ramai mendoakan agar kandungan Kieda dipermudahkan, bayi membesar dengan sihat dan proses kelahiran berjalan lancar.
Ada juga yang mengakui turut menangis melihat reaksi Hilmi dan momen penuh syukur itu. Ia seolah-olah menggambarkan kebahagiaan yang dikongsi bersama, walaupun hanya melalui skrin.
Di Majalah Pa&Ma, kami mendoakan agar perjalanan trimester ketiga ini dipenuhi dengan kesihatan, ketenangan dan keberkatan buat Kieda Crepe. Semoga urusan umrah serta kelahiran yang bakal tiba tidak lama lagi dipermudahkan Allah.
Kisah Kieda Crepe hamil kali ini mengingatkan kita bahawa setiap zuriat adalah amanah dan hadiah terindah. Selepas kehilangan, Allah sering menghadirkan sesuatu yang jauh lebih bermakna tepat pada waktunya. Buat Kieda, ia bukan sekadar berita gembira, tetapi simbol ketenangan, kekuatan dan harapan baru.
Selamat menanti cahaya mata ketiga, Kieda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka tidak berapa lama lagi, pasangan selebriti, Safawi Rashid dan Syifa Melvin mengumumkan bakal timang anak lelaki.
Pengumuman jantina bayi itu dikongsikan pasangan itu menerusi sebuah majlis bacaan doa selamat yang diadakan mereka.
Menerusi Instagramnya, Syifa memuat naik gambar kenangan bersama suami ketika majlis berlangsung.
“Bismillahi Mashaallah , Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan lancar dan meriah.
“Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik. Ibu Can’t wait to see you love❤️,” tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan, Syifa yang semakin berseri dengan baju putih memecahkan belon bersama suami.
Sebaik belon berwarna biru berterbangan ke udara, sanak saudara dan rakan-rakan yang hadir bersorak keriangan menyambut kelahiran bakal bayi lelaki yang bakal lahir tidak lama lagi.
Paling lucu pastinya adik beradik Melvin, Syatilla, Syida dan yang lain-lain yang berbusana merah jambu. Mungkin meneka bayi di dalam kandungan Syifa adalah bayi perempuan.
Aksi lucu Syida dan Syatilla yang melompat keriangan hingga jatuh juga mengundang tawa ramai. Macam-macam ragam.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Syifa dan Safawi mendoakan yang terbaik hingga detik melahirkan kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Syukur atas pemberian Allah, Abby Abadi menggambarkan dirinya sedang hamil. Jika benar, maka kehadiran bayi yang bakal lahir akan menjadi anak kandung Abby & suami.
Abby menerusi kemaskini Instagram memuatnaik foto bersama doktor di sebuah klinik. Memuji perkhidmatan yang diberikan, Abby yang dilahirkan pada 1 Disember 1977 turut memaklumkan suaminya membawanya ke klinik untuk melakukan ujian imbasan (scan).
“Alhamdullillah terima kasih doktor-doktor muda yang cantik menawan ni layan pesakit dengan sangat baik sekali.
“Suami @jaiezzany bawak saya pergi scan tadi.
Abby yang berkahwin dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015 turut mengucapkan kesyukuran kepada Allah namun tidak memberitahu lanjut tentang perkara itu. Ibu kepada lima cahaya mata ini juga mengaku segan untuk bercerita kerana masih ‘awal’.
Selain itu, Abby juga turut menyatakan yang dia akan ke klinik berkenaan setiap bulan mulai bulan ini.
Rakan artis dan para follower Abby Abadi terus menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah. Masing-masing seperti faham klu yang diberikan di mana Abby mungkin berbadan dua.
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.