Ibu mana yang tidak berbangga dengan anaknya. Lagi-lagi bila mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya. Terasa semua yang diajar sejak kecil menjadi. Satu kebanggaan buat semua ibu.
Pelakon Sari Yanti turut meluahkan rasa syukur dan teramat berbangga bila mana anak sulungnya, Barr Al Aliy menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajarannya malah turut menerima anugerah hari ini.
Betapa cepatnya masa berlalu, rupanya anak sulung Sari Yanti yang kini berusia 12 tahun itu juga bakal melangkah ke alam sekolah menengah pula tahun ini.
“Kejap je dah nak tingkatan 1.
Ads
“Dia dapat anugerah hari ni. Anugerah kecemerlangan akademik,” luahnya terharu.
Sari Yanti yang mempunyai lima orang cahaya mata ini juga turut mengucapkan tahniah buat anaknya di atas pencapaian cemerlang itu. Satu kebanggaan buat mereka sekeluarga.
Luah ibu cantik manis ini lagi, dia juga teramat bersyukur dengan pencapaian anaknya itu.
Ads
“Tahniah anak mama. Syukur Alhamdulillah 🤲 Rabbi Habli minassholihin,” kongsinya.
Terdahulu, Sari Yanti mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulunya.
Ads
Sementara Sari Yanti dan Jep yang mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 turut mempunyai tiga orang cahaya mata, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Bagi ibu yang selalu memasak, selain keperluan barangan dapur salah satu barang tambahan yang wajib ada adalah kain pengelap. Memang tak kisah pun kain pengelap jenis apa, tapi ia dikira tak sah jika tak ada.
Kadang tu sesetengah ibu menggunakan baju atau seluar anak-anak yang dah tak muat untuk lap sisa kotoran dapur. Ye lah nak pakai dah tak boleh, nak buang sayang lagi jadi buatlah lap dulu. Apa pun caranya, yang penting dapur sentiasa bersih dan nak sediakan makanan pun rasa tenang je.
Untuk kali ini, perkongsian Zaraa Hashim mungkin boleh buat ibu-ibu rasa gembira. Mana taknya, nak beli kain lap magik yang harganya agak mahal tu rasa tak mampu, tapi yang ni mampu milik dan tetap berbaloi.
Bukan nak iklan tapi yang elok kita sama-samalah kongsikan manfaatnya.
BARANG RM2 TAPI SUPERB!
Cik Jara ni sangat malas bila nak lap dapur lepas masak sebab Cik Jara kalau lap guna kain biasa mesti nak kena ada Cif atau sabun untuk hilangkan kesan minyak. Kain norwex dah beli tapi alah sayangnya nak guna sebab kain kayangan kan.
Then Cik Jara came across this one cloth. Sebenarnya tertarik dengan kain ni sebab terang-terang dia tulis “Anti Oil Cleaning Cloth”. Jadi nak cubalah kan betul ke tidak.
Bila dah cuba tu, WOW! Cik Jara dengan umi Cik Jara sama-sama duk wow kat dapur. Hahaha. Serius tak payah guna air atau sabun.
Gosok je kain tu kat dapur yang berminyak lepas masak. Terus hilang minyak tuuuu! Bila calit-calit dengan jari pun tak terasa berminyak langsung!
Di kedai ECO ada jugak kain ni. Tapi yang mana jauh atau tak boleh nak pergi kedai ECO, kat shopee pun ada jual. Harga pun tak jauh beza. Dalam 2 ringgit sen sen dapat la 2pcs.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Lepas main tidak kemas. Bersepahnya rumah, penatlah hari-hari ibu je nak kena buat semua ni!” Ini antara rungutan yang biasa diluahkan oleh ibu yang ada anak kecil dan tengah aktif bermain.
Dalam tempoh usia anak bawah 5 tahun ke bawah, normal rumah akan bersepah. Cuma bila dalam keadaan ini, ibu bapa yang ‘sakit mata’. Di tambah pula dengan barang mainan anak yang pelbagai jenis.
Disebabkan itu, ada yang mengambil pendekatan menyediakan bilik khas untuk anak bermain. Namun bagi rumah yang ruangnya agak terhad, anda tetap boleh lakukan iaitu menyediakan rak bakul mainan untuk anak kemas mainannya selepas bermain.
Sekurang-kurangnya tiadalah mainan bersepah di merata-rata tempat. Ajar anak lepas main perlu letakkan semula di tempat simpan mainan. Lama-lama anak akan ingat dan faham arahan tu.
Bagi memudahkan ibu mendapat idea untuk menyediakan rak bakul mainan ini, perkongsian Puan Aniesa mungkin dapat menyelesaikannya.
DIY Rak Bakul Mainan (Serbaguna) 3 Tingkat
Bahan-bahannya:
Cara membuatnya:
Pastikan sebelum membuat rangka rak itu, pastikan dulu saiz bakul itu. Sama ada besar atau lebar.
Apabila dah pasti ukurannya, baru mulakan untuk membuat cantuman batang paip PVC, PVC TEE dan PVC elbow.
Proses cantuman ini tidak memerlukan gam atau skru kerana apabila dicantumkan ia akan ketat dan kukuh.
Nak jimat ruang, bolehlah buat 3 tingkat. Senang untuk nak susun mainan anak.
**Dapatkan tawaran harga istimewa untuk barangan anak hanya di sini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang masih kecil, jangkitan mudah berlaku. Cium & didukung orang yang individu lain boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit.
Antibodi bayi tidak sekuat orang dewasa. Ketahanan tubuhnya sedang dibina dan ini mendedahkan kepada pelbagai infeksi. Apatah lagi dalam kemeriahan hari raya nanti, ramai yang mungkin akan berkunjung.
Perkongsian daripada seorang ibu, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi, UiTM Private Specialist Centre ini boleh anda jadikan panduan. Dia sendiri yang pernah melahirkan tiga cahaya mata pada usia pramatang memberikan 7 tips menghadapi musim perayaan bersama bayi baru dilahirkan / bayi pramatang.
Sebelum kedatangan hari raya tak lama lagi.
Bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, pasti perasaan teruja nak bergambar raya dengan si kecil, ada pertambahan ahli keluarga baru, bercampur baur dengan perasaan berdebar kan?
Apatah lagi sekarang semakin banyak kes penyakit berjangkit seperti demam campak, diphtheria, dan sebagainya akibat ramai orang tidak memvaksinkan anak-anak kerana terpengaruh dengan golongan anti vaksin.
Bayi yang belum mendapat imunisasi yang lengkap, terutamanya bayi pramatang, amat terdedah kepada jangkitan kuman, dan jika jatuh sakit, amat mudah mendapat komplikasi seperti radang paru-paru, jangkitan selaput otak iaitu meningitis, malah keadaan mata mereka boleh menjadi teruk iaitu retinopathy of prematurity semakin merosot.
Saya ingin kongsikan sedikit tips bagi ibu ayah yang ada bayi baru lahir, dan juga orang ramai menjelang hari raya ini.
#1. ELAK BAWA BAYI KE TEMPAT ORANG BERKUMPUL
Jika ada bayi baru lahir, terutamanya kurang dari 2 bulan, imunisasi bayi anda belum lengkap lagi.
Sebaiknya tidak perlu ke tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kita tidak tahu siapa yang sudah divaksin, siapa yang tidak divaksin, siapa yang sedang sakit dan sebagainya
Faham, raya setahun sekali. Tetapi bayi anda juga kecil sekali seumur hidup sahaja. In shaa Allah tahun depan kita boleh raya sepuas hati ya?
#2. ELAKKAN BAYI DIDUKUNG TETAMU
Jika tetamu datang ke rumah, sebaiknya mereka tidak perlu mendukung bayi kecil anda. Pakaian dari luar belum tentu bersih. Mungkin sudah terkena asap kenderaan dan sebagainya.
Sebaiknya biar si ibu sahaja yang mendukung bayi. Anggap sahaja bayi itu permata berharga di dalam kaca display ya.
#3. SEDIAKAN PENCUCI TANGAN (HAND SANITIZER)
Ibu ayah boleh sediakan hand sanitiser untuk para tetamu, letakkan di sebelah katil bayi.
Untuk lebih comel, letakkan tanda “Sila cuci tangan anda jika anda sayang saya ” dengan satu smiley face.
Kita tak tahu tangan pengunjung sudah menyentuh dan bersalaman berapa ramai orang lain, sebelum mereka mahu menyentuh pipi comel bayi kita yang masih merah ini, kan?
#4. TETAMU SAKIT JAUHKAN DIRI DARI BAYI
Para tetamu juga, mesti mengambil tanggungjawab jika ada batuk, selsema sama ada diri sendiri mahu pun anak-anak, jauhkan diri dari bayi kecil pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter. Paling baik, jangan masuk langsung ke dalam bilik yang ada bayi kecil.
Iyalah takut terbatuk di wajah bayi itu, terkena jangkitan, kasihan bayi itu.
Batuk biasa pada kita, jika terkena pada bayi pramatang, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius hingga perlu alat bantuan pernafasan di ICU!
#5. ELAKKAN CARI CIUM BAYI
Para tetamu, elakkanlah mencium bayi baru lahir pada wajah mereka, terutamanya jika anda ada batuk dan selsema. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Jika geram sangat dengan kecomelan bayi itu, boleh saja pegang sedikit di tangan atau badan bayi, dan doakan bayi itu mengikut sunnah Rasulullah SAW:
“Dan aku meminta perlindungan untuknya kepada-Mu dan juga untuk anak keturunannya dari syaitan yang terkutuk”
Hadith Riwayat Al-Bukhari (3/110 –As-Sindi) dan Muslim (15/128 Nawawi)
Lebih selamat, pahala pun dapat, kan 🙂 Doa ini adalah dari Surah Ali Imran ayat 36.
#6. CEGAH LEBIH BAIK DARI RAWAT
Pastikan anak-anak kita divaksinkan mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang secukupnya dari jangkitan kuman yang merbahaya seperti batuk kokol, demam campak, rubella dan sebagainya.
Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
#7. JANGAN TAKUT UNTUK MELINDUNGI BAYI
Para ibu yang tersayang, usah bimbang digelar paranoid kerana mahu melindungi bayi kita, ya.
Mungkin ibu bimbang ada suara yang berkata “macam dia seorang yang ada bayi!”, tapi memanglah kita seorang sahaja yang ada bayi kita kan!
In shaa Allah kita hanya mahu yang terbaik untuk bayi kita.
Teruskan penyusuan susu ibu untuk memberikan imuniti pasif kepada permata hati kita, di samping mengambil langkah-langkah penjagaan di atas demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita in shaa Allah.
Walaupun di musim perayaan, jika anak-anak ada sebarang simptom tidak sihat seperti demam yang berpanjangan, sesak nafas, batuk yang berlarutan dan sebagainya, segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan.
Semoga Allah melindungi keluarga kita sentiasa in shaa Allah, amin.