Tahniah! Anak Selamat Bersalin Awal Tahun Ni, Fauzi Nawawi Kini Datuk Kepada 3 Orang Cucu

Share

Siapa saja yang tidak mengenali pelakon berbakat besar, Fauzi Nawawi kan? Sama ada memegang watak sebagai seorang bapa atau penjahat dalam sesebuah karya seni, lakonannya tidak pernah mengecewakan. Bukan sekadar berlakon bahkan Fauzi juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.

Gandingan dia dan isteri, Lisdawati, sering mendapat perhatian bukan hanya kehebatan mereka memainkan sesebuah watak dalam lakonan bahkan kemesraan pasangan ini menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Pada usianya 48 tahun, siapa sangka Fauzi sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu. Pada awal tahun ini, anak perempuannya iaitu Hanna Faresha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

Hanna telah melahirkan bayinya pada 3 Januari 2023 dan berkongsi berita baik ini melalui laman Instagramnya. Anak lelakinya itu diberikan nama yang cukup indah, Tuan Hamzah bin Mohd Aqif.

Terdahulu, Fauzi telah menimang cucu pertamanya selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan bernama Yasmin. Kemudian, anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Fareez, pula bergelar seorang ayah. Isterinya, Nurwathiqah melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Farrel.

Baca Juga:

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

Cute Cailie! Pakai Gaun Putih Sambut Birthday, Muka Comel Anak Ikmal Amry Dipuji Ramai

Nak Tidur Tapi Ayah Berdengkur, Lucu Tengok Muka Baby Ni Tak Puas Hati. Comel Betul!

Bersyukur dan meraikan kehadiran dua orang cucu pada bulan yang sama, Fauzi sangat teruja menjadi seorang datuk dan keluarganya juga semakin besar.

Hanna Faresha telah bernikah dengan suaminya pada 12 Disember 2021. Sekadar pengetahuan, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan bersama bekas isterinya.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Emy H