Tahniah Anim Ezati Rizki, Selamat Lahirkan Bayi Perempuan. Nama Yara Alanna Khalsom Jadi Pilihan Untuk Puteri Sulung!

Share

Tahniah diucapkan kepada pengacara, Anim Ezati Rizki yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya iaitu seorang bayi perempuan pada 9 September yang lalu.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Anim berkongsi khabar gembira tersebut. Menurut Anim melalui hantaran tersebut, dia amat berterima kasih kepada suaminya kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang proses kelahiran anak pertama mereka.

Anim juga turut mendedahkan nama yang dipilih untuk puteri sulung mereka. Memilih nama Yara Alanna Khalsom, seindah pemilik tubuh genit puteri mereka .

“Assalamualaikum dunia

“Kenalkan anak sulung kami, Yara Alanna Khalsom Bt Mohd Fadli. Selamat melahirkan pada 9.9.2020 (4:45petang) Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan.

“To my husband @fadlisahudin , thank you sayang for taking care of me. Thank you sangat2. Tolong i semua benda. Dan awak lah org paling happy sekali dapat tengok Yara. Love you b. #9bulanmommymengandungmukasemuadaddytapauhabis,” tulisnya di Instagram

 

Dalam pada itu, bekas pengacara program 999 itu turut dilihat menitipkan doa buat anaknya yang dipanggil Yara sempena genap seminggu kelahiran.

“Seminggu Yara Alanna Khalsom lahir ke dunia. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

“Semoga anak ini diberikan kesihatan yang baik sentiasa, menjadi solehah, dengar cakap mommy daddy ya sayang.

“Okay nanti Yara share gambar Yara botak eh!” tulisnya lagi.

 

Menerusi hantaran tersebut, ramai warga maya dan rakan artis mengucapkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulung Anim.

Terdahulu, Anim dan pasangan, Mohd Fadli Sahudin mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Disember 2019.

Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada pasangan ini. Selamat melayari kehidupan sebagai ibu dan selamat berpantang untuk Anim.

Sumber: Media Hiburan & IG Anim Ezati Rizki

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Published by
SAHR