Tahniah Ardell & Nadzmi! Babyadhwardell Dah Selamat Dilahirkan Secara Normal Pada Jam 2.22.22 Pagi Tadi

Share

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Ardell Aryana dan suami, Nadzmi Adhwa yang kini sudah bergelar ibu dan ayah. Berita gembira itu dikongsikan oleh Nadzmi di laman Instagram miliknya pagi tadi.

Semalam Nadzmi ada berkongsi satu video memohon doa buat isteri dan anak yang bakal dilahirkan dipermudahkan semua. Pengacara ini juga turut meminta maaf jika ada mengguris hati sesiapa.

Artikel berkaitan: Ardell Dah Nak Bersalin, Suami Turut Jalani Ujian Saringan COvid-19 Demi Anak Yang Bakal Lahir

Nadzmi turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat isteri tercinta supaya urusan bersalin nanti berjalan lancar. Sempat juga dia berseloroh dengan isteri kesayangan dan mengucapkan selamat berjuang.

Sayu hati Masuk ward malam ni Thankyou Dr Kam Minta doakan isteri saya dan baby kami @babyadhwardell dipermudahkan ya ️ Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya.

Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua. Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya. Sayang awak @ardellaryana ️ Selamat Berjuang @ardellaryana @babyadhwardell

 

Dalam satu lagi hantaran di Instagram, Nadzmi mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih dengan keluarga yang setia menemani dan mendoakan dia dan Ardell sepanjang tempoh berada di hospital.

Menurut Nadzmi, Ardell telah selamat melahirkan bayi mereka yang dipanggil Babyadhwardell secara normal di Andorra Hospital. Apa yang lebih istimewa adalah waktu bersalin bayi mereka yang dicatatkan pada jam 2.22.22s pagi.

Ardell melahirkan bayi mereka selepas berjuang menahan sakit lebih dari 16 jam. Nadzmi menyatakan perasaannya bercampur baur ketika melihat sendiri isteri yang berjuang untuk melahirkan bayi mereka.

Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih buat doktor yang merawat isterinya iaitu Dr. Khamsiah Muda.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam. Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Selamat berpantang untuk Ardell dan semoga ibu dan bayi sentiasa sihat.

Kredit: Nadzmi Adhwa

Artikel menarik: Tiap Kali Ardell & Suami Alun Zikir Anak Dalam Kandungan Bergerak. Keduanya Tak Sabar Tunggu Kelahiran Babyadhwardell

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah