Tahniah buat pelakon Ana Dahlia yang kini sudah pun selamat melahirkan bayi keduanya seorang bayi lelaki.
Menerusi instagramnya, Ana turut berkongsi sebuah video bayi comel dengan kapsyen menjurus kepada kelahiran bayi keduanya.
Menerusi hantaran yang dikongsikannya, Ana menyatakan kegembiraannya di atas kehadiran bayi lelaki itu dalam hidupnya.
Terdahulu, awal tahun lalu, Ana memaklumkan yang dia hamil anak kedua. Dan video terbaru yang dikongsikan Ana itu mengesahkan kelahiran bayinya.
“Welcome to the world!!
My best frd ever, bcoz of u , the love stronger, days shorter , nights longer, bankroll smaller, home happier, clothes shabbier, the past forgotten & the future worth living for.
“Alhamdulillah for everything.. love #baby #newborn #newbornbaby #newlife #newlifestyle #babyboy #happiness #family,” kongsinya di ruang kapsyen.
Terdahulu, sekitar Ogos tahun lalu, sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dengan ‘baby bump’ menarik perhatian ramai.
Ana tidak berdiam diri malah turut mengesahkan berita gembira kehamilan tersebut menerusi ruang komen.
“Ya saya hamil, tunggu masa sahaja lagi ni,” katanya terbuka.
Ana yang digilap bakatnya dalam program realiti Pilih Kasih itu berkahwin dengan Ashraf, iaitu anak pengarah, Datuk Jurey Latiff pada 31 Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dian Aqilah dan kini seorang lagi anak lelaki.
Artikel berkaitan: Tahniah Ana Dahlia, Diam-Diam Muat Naik Gambar Dengan Baby Bump Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Tak Lama Lagi
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @anadahlia2106 & @dian.aqilah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Bayi Cukup Susu Ibu, Elak Buat 3 Amalan Berpantang Kuno Ini!
Sebenarnya kalau nak bayi cukup susu ibu, ibu kena elak buat 3 amalan berpantang kuno ini. Sejak mengandung lagi memang dah pasang niat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu tanpa dicampur susu formula. Tapi bila dah bersalin, ibu jadi stres kenapa susu tak banyak?
Akibatnya bayi kerap merengek dan meragam asyik nak menyusu. Ibu yang dalam pantang pula terlalu letih dan tak cukup tidur. Akhirnya terpaksa mengalah juga dengan desakan orang sekeliling yang suruh ‘top up’ dengan susu formula sebab risau bayi tak cukup khasiat.
Dalam hati ibu puas memikirkan kenapa orang lain boleh banyak air susu dan mudah je susukan bayi masa dalam pantang? Sebenarnya ramai ibu berpantang yang merasakan situasi ini. Bukan susu tak ada tapi tanpa kita sedari amalan berpantang yang dilakukan menyebabkan kuantiti susu yang dihasilkan berkurangan.
Ibu-ibu berpantang, tolong jangan amal cara berpantang kuno yang menyekat ibu daripada makan dan minum makanan berkhasiat kononnya alasan tak mahu perut buncit, bahagian bawah kembang, rahim tak mengecut sebab itu semua tidak betul.
Mungkin anda pun ada buat pantang kuno seperti yang dikongsi oleh Puan Suriya Majid ini. Kalau pernah lakukan, tolong jangan ulang lagi untuk pantang anak seterusnya nanti.
Jika anda sudah memasang niat menyusukan anak, dan mahu bayi cukup susu. Anda mesti ambil tahu tiga perkara penting yang tak sepatutnya berlaku semasa berpantang.
Tiga amalan berpantang kuno ini bukan saja buat susu badan tak cukup. Anda sendiri akan keletihan melampau, dan paling teruk bila terpaksa berhadapan dengan azab sembelit.
Ini adalah tiga perkara yang anda perlu tahu:
1. Minum Air Sedikit
Ada sesetengah kepercayaan mak atau nenek kita, kalau minum air mestilah sedikit saja. Ini kerana air boleh menyebabkan ‘benda’ di bawah basah dan kembang.
Benda yang dimaksudkan disini faraj. Air tidak akan mengembangkan faraj.
Walhal air adalah amat penting untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Lagipula, kalau hanya minum 2-3 gelas sehari, mana cukup untuk penghasilan susu.
Seeloknya anda perlu minum 8-9 gelas sehari. Bukan minum sekali gus.
Minum sedikit-sedikit. Barulah bayi cukup susu. Anda pun gembira lihat bayi kekenyangan dan tidur lena.
2. Hanya Kopi
Ada pula mak yang hanya benarkan anaknya minum kopi o panas. Tidak boleh minum minuman lain. Kopi o mengandugi kafein yang banyak. Ini juga akan mempengaruhi kuantiti susu badan.
Berpantang tidak perlu menyeksakan. Anda bebas untuk minum air yang berkhasiat dan sedap. Contohnya Horlicks panas. Ramai juga ibu-ibu mengatakan Horlicks bagus untuk meningkatkan susu ibu.
Cuma usahlah ambil secara berlebihan. Cukup satu mug sehari, ambil semasa sarapan atau minum petang. Ada banyak gula dalam minuman ini tau.
3. Makan Ikan Kering
Ibu berpantang perlukan makanan yang cukup dan berkhasiat. Anda perlukan tenaga yang cukup untuk menjaga diri dan menyusukan anak. Selain itu, makanan yang diambil turut menjadikan bayi cukup susu.
Jika hanya berlaukkan ikan kering, anda fikir cukup ke nutrisi yang diperlukan?
Pelbagaikan makanan, ikan merah, ikan tenggiri, ayam dan banyak lagi pilihan lauk untuk anda. Cuma pilih yang dimasak secara sihat ya.
Berpantang tidak menyeksa dan menyesakkan jika tahu amalan berpantang yang betul. Antara amalan yang penting:
* dapatkan khidmat mengurut dari bidan berdekatan
* gunakan bengkung untuk kecutkan rahim dan elak angin masuk ke dalam badan
* pakai stoking supaya tidak terkena bentan
* bertungkung
* amalkan set berpantang supaya badan kekal cergas, luka cepat baik dan kembali langsing cantik
* elak tambah nasi kalau tak mahu perut buncit, makan lebih sayuran
* minum air sedikit demi sedikit
Sumber: welovesusuibu.blogspot.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kerap Sangat Muntah Susu, Ada Sebabnya, 7 Perkara Ibu Wajib Periksa!
Pengalaman pertama menjadi ibu sememangnya mencemaskan. Selain masalah bayi menangis, kembung perut, bayi yang acapkali muntah juga menjadi kerisauan bagi ibu-ibu. Lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang kurang ilmu dan pengalaman.
Menurut kaunselor laktasi, Siti Asma Moin daripada Global Trade Sdn Bhd, dari segi saintifiknya, perut bayi mengalami proses tumbesaran setiap hari dan ia juga merupakan penanda aras keperluan makanan bayi untuk proses kehidupannya agar ia selaras dengan keperluan nutrisi sebenar.
Namun begitu, terdapat juga fenomena ini berlaku kepada bayi yang mana susu yang di minum akan termuntah keluar semula. Persoalan demi persoalan akan timbul di benak pemikiran seorang ibu jika situasi tersebut berlaku tanpa sedar. Tambahan pula dengan tiada persediaan langsung untuk menghadapi cabaran tersebut.
Antara situasi sebenar yang biasa berlaku ketika bayi memuntahkan susu yang diminumnya adalah seperti berikut:
1. Jeluak
Dimana keadaan susu yang di minumnya terkeluar semula dalam tempoh tertentu selepas menyusu susu ibu. Situasi tersebut boleh berlaku dengan adanya tindak balas pada otot perut. Ia tidak membahayakan bayi kerana situasi ini merupakan proses bayi menyesuaikan diri. Keadaan ini kebiasaannya akan mengambil masa sehingga bayi berusia 1 atau 2 tahun, sehingga tempoh otot perut bayi melalui proses kematangan.
Tips: Tinggikan sedikit kepala bayi agar kurang memberi tekanan kepada perut dalam kadar waktu yang singkat.
2. Minum Terlalu Banyak
Semasa proses penyusuan berlaku, bayi menyusu dalam situasi sedikit gelojoh dan melakukan hisapan dengan laju. Secara tidak langsung susu yang masuk juga serentak dan tidak dihadam dengan betul. Situasi ini kebiasaannya akan berlaku apabila bayi terlalu lapar dan seterusnya menyusu dengan sedikit gelojoh. Tambahan pula apabila sel sel otak anak sedang berhubung dan masa untuk bermain itu tinggi.
Tip: Apabila bayi menyusu kita boleh mengawalnya dengan kadar kita melakukan kaedah scissors hold sementara.
3. Posisi Menyusu Kurang Tepat
Cara posisi penyusuan susu ibu kurang tepat juga mengundang susu yang di minum akan terkeluar semula. Anak kecil yang semakin aktif sememangnya akalnya bijak untuk melakukan sesuatu, maka dengan itu kedudukan posisi dalam menyusu tidak tepat serta susu yang masuk ke dalam perut akan dimuntahkan semula. Ada ketika semua sekali akan di muntahkan dan ada waktunya hanya sebahagian darinya.
Tips: Pastikan cara posisi ketika menyusu diperbetulkan, cara pelekapan dan perut menghadap perut. Ia mampu membantu bayi menyusu dalam situasi tenang.
4. Aliran Susu Keluar Laju
Aliran susu yang keluar sangat laju menyebabkan bayi tidak sempat untuk mengawalnya. Lantaran dengan itu secara automatik susu akan keluar dari mulut tanpa sempat untuk proses penghadaman.
Tips : Ibu disarankan untuk melakukan perahan tangan agar susu dapat dikeluarkan sebelum bayi meneruskan penyusuan tanpa gangguan.
5. Alahan Pemakanan Ibu
Pemakanan yang sihat untuk ibu yang menyusukan anak sangat penting dipilih sebaliknya. Mana mungkin makanan yang kurang bagus menjadikan sesuatu makanan sihat untuk di ambil. Dalam menyusukan bayi sangat dititikberatkan mengambil makanan yang sihat agar bayi yang menyusui susu ibu tidak mempunyai alahan daripada susu ibu. Dari sudut kajian pengambilan kafien yang berlebihan sedikit sebanyak menyumbang kepada alahan kepada bayi yang menyusu susu ibu. Apabila bayi alah dan kurang selesa, bayi akan mula menangis, ataupun dari segi bahasa bayi mengalami ketidakselesaan pada bahagian perutnya.
Tips: Ibu perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan sihat untuk menghasilkan susu yang baik. Protein, vitamin, karbohidrat yang lengkap agar nutrisi sembang.
6. Batuk Dan Berkahak
Cuaca pada hari ini tidak menentu serta persekitaran yang kurang sihat boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti batuk berkahak. Oleh itu, akan mengakibatkan paru-paru dan jantung berkerja keras dalam memainkan peranan untuk mengepam jantung. Apabila susu yang di minum masuk, disusuli dengan batuk berkahak maka susu yang di minum biasa akan termuntah bersama kahak apabila batuk menyerang tubuh bayi. Jika ia terlalu serius, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan lanjut daripada doctor.
Tips : Ibu bapa perlu mengambil berat mengenai persekitaran dan menjaga kebersihan dengan teliti untuk mencegah dari dijangkiti batuk.
7. Terlampau Aktif Selepas Menyusu
Rangsangan minda bayi laju dan aktif. Mereka mula belajar dengan setiap apa yang mereka lalui. Itulah proses kepintaran untuk hidup. Bagusnya ialah mereka akan sentiasa sihat dan cergas. Namun bergerak aktif tanpa kawalan sehingga menyebabkan perut yang penuh dengan susu akan bergoncang.
Tips : Didik bayi kita sentiasa untuk bertenang. Lakukan dengan selalu berinteraksi dengan mereka agar wujud sifat tenang. Mereka juga boleh aktif pada tempat dan waktu yang tepat.
Dengan adanya situasi tersebut ia akan membuatkan ibu bapa belajar tentang bayi mereka. Sesungguhnya setiap bayi yang di anugerahkan adalah berbeza caranya serta sifatnya.
Sebagai ibubapa kita bukan sahaja menjaga malah seluruh aspek kehidupan anak kita dalam membantu pembentukkan awal dalam hidupnya dipertanggungjawabkan oleh kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Tak Selesa Sebab Cuaca Panas, Perlukah Dimandikan Selalu?
Semasa cuaca panas bayi akan merasa kurang selesa dan sering berpeluh. Jika selalu sangat berpeluh, ia akan merengsakan kulit bayi dan bintik ruam akan mula ‘naik’. Ketika inilah anak akan sentiasa meragam kerana ketidak selesaan serta rasa gatal akibat ruam yang naik pada tubuhnya. Sebenarnya tiada masalah untuk memandikan anak dengan lebih kerap ketika cuaca panas. Gunakan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas supaya memberi kelegaan kepada si manja.
Sekiranya anda perlu memandikan anak dengan kerap, gunakan sabun yang tidak berbuih. Sabun yang kurang buih menandakan ia sabun organik yang diformulasi khas untuk kulit bayi. Sabun yang kurang buih biasanya baunya lebih mild dan tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan iritasi pada kulit bayi.
Selain itu, pilihlah sabun tanpa pewangi sekiranya ia digunakan pada si manja. Bayi sudah mempunyai baunya yang tersendiri, tidak perlulah sabun dengan pewangi yang hanya akan menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Penggunaan sabun yang terlalu banyak dicampurkan dengan pewangi akan menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi anda.
Sesetengah bayi mungkin mempunyai kulit yang bermasalah, jadi ibu ayah mungkin tidak berani untuk memandikan anak dengan kerap kerana khuatir memberi kesan kepada kulit anak mereka. Bayi yang mempunyai kulit sensitif boleh dimandikan, asalkan produk mandian yang digunakan berkualiti serta hypoallergenic. Produk begini sangat baik untuk bayi dan selamat digunakan secara kerap.
Produk Mandian Terbaik
Ketika seorang ibu atau ayah memandikan anak, pemilihan produk mandian terbaik sangat penting. Ia bagi memastikan si manja sentiasa bersih dan merasa selesa tanpa menyebabkan iritasi pada kulitnya. Selain bebas pewangi, produk mandian yang baik untuk bayi adalah yang bebas paraben.
Ketika mencari produk mandian untuk si manja, sangat penting untuk ibu ayah membaca label produk. Carilah yang organik dan sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk menjamin keselesaan bayi, cari sabun yang diformulasi khas dan sesuai untuk kulit sensitif kerana kandungannya lebih selamat dan tidak merengsakan kulit bayi. Jangan malas untuk membuat carian produk mandian yang terbaik buat si manja, kerana mereka layak dibelai sebaiknya!
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash
Cetaphil Moisturising Bath & Wash ini adalah campuran 1/3 pelembap dengan lidah buaya dan rumusan hypoallergenic yang disyorkan oleh pakar pediatrik. Baby Moisturizing Bath & Wash ini menjadi pilihan utama kebanyakan ibu ayah ketika memandikan anak mereka.
10 daripada 10 ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash membasuh secara lembut dan melembapkan kulit halus bayi mereka tanpa menyebabkan kekeringan.
Antara kelebihan lain yang terdapat dalam Cetaphil Moisturising Bath & Wash;
• Disyorkan oleh pakar pediatrik
• Bebas paraben
• Bebas sabun
• Tidak memedihkan mata bayi
• Mengandungi 1/3 pelembap dengan aloe vera yang menenangkan dan minyak badam
• Hypoallergenic
• pH seimbang
• Menjadikan kulit lembut dan bersih
Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo
Produk ini diformulasikan untuk melembut serta melicinkan kulit dan rambut si manja. Kebaikan Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo yang lain adalah untuk membersihkan rambut dan kulit kepala bayi secara lembut dan diuji secara klinikal untuk memastikan ia tidak menyebabkan iritasi pada kulit bayi. Selain itu, produk ini juga:
- Diformulasikan dengan bahan-bahan yang tidak memedihkan mata bayi, sesuai untuk kegunaan harian
- Hypoallergenic dan pH seimbang
- Diuji oleh pakar kulit dan pakar mata
- Dicadangkan oleh pakar kanak-kanak
Antara produk lain di dalam set rangkaian bayi Cetaphil adalah Cetaphil Baby Daily Lotion dan Cetaphil Baby Shampoo.
Untuk info lanjut mengenai produk rangkaian Cetaphil layari laman web www.cetaphil.com.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI