10 Oktober yang lalu, Raja Pop, Datuk Jamal Abdullah dan isteri Datin Zai Izzati Khairuddin dikurniakan cahaya mata perempuan yang sangat comel diberi nama Nur Azura Yamani.
Nampaknya pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata lagi apabila Datuk Jamal berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan kini isterinya sedang hamil 10 minggu.
“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii,” katanya menerusi WhatsApp kepada salah sebuah akhbar tempatan.
Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.
“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanya.
Artikel berkaitan: Alahai Comelnya Nur Azura Yamani, Kalau Agah Terus Senyum Bikin Hati Cair Melihatnya. Penyeri Hati Datuk Jamal Abdillah & Isteri
Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.
Azura kini berusia tujuh bulan dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Jamal ketika itu meluahkan kesyukurannya dikurniakan anak pertama, selepas dua tahun menanti.
Artikel menarik: Malam Tak Cukup Tidur, Dikejut ‘Alarm Clock’. Sah, Kita Dah Jadi Mak Ayah
Jamal turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.
Sumber: Harian Metro