Tahniah Dayana Amerda, Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Pada 1 Ramadan. Nenda Aida Teruja Dapat Cucu

Share

Tahniah diucapkan kepada Juara program Idola Kecil Musim kedua, Dayana Amerda yang kini sudah bergelar ibu kepada bayi perempuan pada 1 Ramadan baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya Hadi Mazlan menerusi akaun instagram miliknya. Apa yang membuatkan kelahiran ini lebih bermakna apabila isteri tercinta selamat melahirkan puteri sulung mereka pada hari yang cukup bermakna buat seluruh umat Islam iaitu pada 1 Ramadan tahun ini.

Dayana dan Hadi mulai rapat menerusi drama Elly & Epit. Pasangan ini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan disatukan secara sah pada 15 Jun 2019.

Dayana juga turut memuat naik berita gembira tentang kelahiran bayi perempuannya di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, permata kami selamat dilahirkan pada 1 Ramadhan, hari Jumaat. Takdir Allah sememangnya Maha Indah. Semoga tumbuh menjadi wanita solehah dan penuh dengan rasa haya’, aamiin.

“Terima kasih atas semua ucapan dan doa yang tak putus-putus, semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan, Aamiin,” kongsinya.

Nenda turut kongsi berita gembira

Perkhabaran gembira mengenai kelahiran sulung bayi perempuan Dayana turut dikongsi oleh ibunya, Aida Daud melalui beberapa entri di Instagram (IG) miliknya. Aida mengucapkan rasa syukur dengan kehadiran cucu yang dianggap sebagai rezeki besar untuk mereka sekeluarga sempena hari pertama Ramadan.

Artikel menarik: Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-saja Doktor Nak Bagi

Muat Naik Gambar Cucu

Dalam entri yang lain, Aida turut dilihat memuat naik gambar cucu sulungnya yang menampakkan susuk tubuh bayi perempuan Dayana.

“Belanja ni dulu.. Cucu Girl Nenda.. Lepas Raya baru kita up full ya.. Yak yak Yeyyy,” tulis Aida

Happy Dapat Tengok Cucu

Selain itu, gambar Aida memegang cucunya bersama seorang wanita yang dipercayai besannya juga turut dimuat naik untuk tatapan warga net. Menurut Aida, dia dan wanita tersebut gembira dapat melihat cucu mereka.

“Kami persatuan Nenda2 happy dapat tgk Cucunda… Yeay dapat melawat Si PiPi Merah,” tulisnya.

Warga Net Ucap Tahniah atas kelahiran bayi perempuan

Posting yang dimuat naik oleh Hadi dan Aida mendapat respon daripada warga net. Ramai yang mengucapkan tahniah buat Dayana dan Hadi.

Tak lupa juga yang mendoakan bayi perempuan ini membesar sihat dan menjadi anak yang solehah.

Artikel menarik: Jika Rasa Tak Boleh Puasa, Jangan Paksa. Bimbang Beri Mudarat Pada Diri & Bayi

Tahniah diucapkan buat Dayana dan Hadi dengan kelahiran puteri sulung mereka. semoga Ramadan dan Syawal tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran si kecil ini.

Sumber: Hadi Mazlan & Dayanaamerda & Aidacdaud

Published by
SAHR