Tahniah diucapkan kepada Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim selamat menyambut kelahiran bayi perempuan pada 29 Disember.
Bayi seberat 2.78kg dilahirkan pada jam 4.01 petang semalam di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur. Isteri Fizo, Mawar Karim yang juga pengasas tudung Fareeda melahirkan si comel yang dinanti-nantikan itu secara pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, Syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan kami pada pukul 4.01 petang tadi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” ujarnya.
RAWATAN KESUBURAN
Fizo berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013. Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari tahun lalu selepas berkahwin lebih daripada dua tahun.
Rawatan kesuburan dilakukan dengan bantuan kepakaran pakar perbidanan dan sakit puan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Mawar juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016.
Rawatan kesuburan dilakukan dengan bantuan kepakaran pakar perbidanan dan sakit puan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Mawar juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016.
PRECIOUS BABY
Kehadiran precious baby kurniaan Allah ini menyaksikan bermacam rawatan susulan dan pembedahan yang perlu dilalui Mawar. Pengumuman kehamilan Mawar diumumkan oleh Dr. Hamid menerusi Facebook page beliau.
Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada Fizo dan Mawar atas kehadiran cahaya mata sulung ini.
Sumber: Instagram Fizo Omar, Mawar Karim & Facebook Dato’ Dr Hamid Arshat