Berita

Tahniah! Hanya Sekali Lafaz, Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman

Share

Setelah melalui fasa perpisahan yang penuh cabaran, kakak kepada penyanyi Dafi, Nina Ismail Sabri, kembali mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, dalam sebuah majlis penuh makna semalam.

Menerusi muat naik IG Story  turut hadir di majlis berkenaan turut berkongsi momen manis itu yang yang mana dilihat Hafiz sah melafazkan akad nikah hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini tampil anggun dalam busana sedondon serba putih, menonjolkan tema keindahan cinta yang tulus dan bersih. Hafiz tampak segak mengenakan baju Melayu moden, manakala Nina memukau dalam dress labuh berhias renda mewah yang direka khas.

Dalam detik yang penuh emosi itu, Nina turut menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin, simbolik kepada ikatan yang diperbaharui ini.

Majlis akad nikah mereka diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur, lokasi yang melengkapkan suasana eksklusif dan romantis pada hari bahagia tersebut. Dewan dihias dengan sentuhan klasik dan mewah, memancarkan kehangatan dan kebahagiaan pasangan mempelai yang kembali bersatu.

Terdahulu, Hafiz telah memuat naik satu video di Instagram memaparkan momen bahagia ketika dia melamar Nina.

Semoga ikatan kali ini membawa kebahagiaan berkekalan buat Nina dan Hafiz, membuktikan bahawa cinta sejati mampu mengatasi segala cabaran dan membawa kebahagiaan yang abadi.

Sekadar info, Nina pernah berkahwin dengan Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 dan bercerai pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie berusia 6 tahun.

 

Published by
Nor Yusoff