Lakonannya dalam Crazy Rich Asians cukup hebat dan sejak itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia terus mencipta nama dipersada seni antarabangsa. Apa yang lebih mengujakan Henry Golding berkongsi khabar gembira tentang kehamilan isterinya, Liv Lo.
Tiada yang lebih buatkan setiap pasangan teruja selain mendapat zuriat sendiri. Tambahan pula usia perkahwinan sudah memasuki 4 tahun.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Henry menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
Dalam hantaran tersebut, Henry yang pernah mengacarakan program televisyen berbentuk travelog turut berkongsi gambar bersama isteri kesayangan yang sudah jelas kelihatan ‘baby bump’
Ads
“2021 sudah kelihatan lebih cerah,” tulisnya ringks sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Henry tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas perkabaran tersebut.
Antara yang turut meninggalkan komen adalah Yuna, Azura dan juga selebriti-selebriti antarabangsa.
Ads
Terdahulu, Henry telah mendirikan rumah tangga bersama Liv Lo yang juga seorang pengacara di stesen televisyen Taiwan pada tahun 2016 di negeri kelahirannya, Sarawak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak ibu-ibu dengar mengenai urutan perineum? Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal
Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
9 langkah mudah urutan perineum
Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.
Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung. Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.
Sapukan jari dengan minyak pilihan anda
Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung
Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.
Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.
Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak-anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Plasenta praevia adalah satu keadaan dimana uri berada dalam kedudukkan yang rendah didalam rahim . Ia terdiri daripada beberapa tahap-tahap tertentu. Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi, menjelaskan lebih lanjut mengenai komplikasi ini.
Plasenta atau uri adalah organ sementara yang berfungsi menyalurkan keperluan bayi daripada ibu dan menyalur keluar bahan kumuhan daripada bayi yang dikeluarkan menerusi ibu melalui tali pusat. Antara bahan yang disalurkan kepada bayi dan ibu melalui uri ialah;
Nutrien
Oksigen dari ibu kepada bayi
Karbon dioksida dari bayi kepada ibu
Menurut Dr Siti Esah, terdapat beberapa keadaan yang membabitkan plasenta. Antaranya ialah plasenta praevia. Plasenta praevia ialah keadaan di mana kedudukan uri berada rendah di dalam rahim sama ada ia menutupi pembukaan pangkal rahim sepenuhnya (complete placenta praevia), sebahagian pangkal rahim (partial placenta praevia) atau marginal dimana uri berada ditepi pangkal rahim. Plasenta praevia meletakkan kehamilan dalam kategori kehamilan berisiko.
1 dalam 200 kehamilan
“Plasenta praevia berlaku satu dalam 200 ( 0.5% ) kehamilan cukup bulan . 6% dari kandungan pada trimester kedua mengalami uri yg rendah. Namun 90% kes plasenta praevia akan kembali kekedudukan yang normal pada trimester terakhir, kata Dr Siti Esah.
Kedudukan uri pada awal kehamilan tidak perlu dibimbangkan tetapi perlu dipantau. Ini kerana 90 % uri rendah akan naik seiring dengan tumbesaran rahim semasa pertambahan usia kandungan.
9 punca plasenta praevia
Plasenta praevia lebih berisiko terjadi jika terdapat faktor berikut iaitu;
a)Masalah pada rahim di mana ibu pernah melalui pembedahan pada bahagian rahim seperti;
Pembedahan membuang fibroid.
Prosedur dilation and curettage (D&C) atau sejarah keguguran
Pembedahan caesarean
Apa-apa pembedahan yang menyebabkan dinding rahim berparut.
b) Masalah pada uri di mana terdapat masalah;
Uri bersaiz terlalu besar (kehamilan kembar )
Ibu yang merokok
Ibu yang telah mempunyai anak ramai
Ibu yang pernah mengalami plasenta preavia sebelum ini.
Ibu yang berumur 35 tahun ke atas.
Diagnosis
Menurut Dr Siti Esah kes plasenta praevia boleh dikesan oleh doktor melalui ujian imbasan atau scan.
“Selain daripada dikesan melalui ujian imbasan, tanda klasik berlakunya plasenta praevia ialah apabila berlakunya pendarahan tanpa rasa sakit dalam kuantiti banyak atau sedikit.
“Kedudukan bayi yang tidak normal juga menjadi petanda berlakunya keabnormalan pada kedudukan uri. Bayi yang songsang, senget atau melintang boleh menjadi petanda plasenta praevia berlaku.Hanya 21.7% ibu placenta praevia yang tidak mengalami pendarahan.
7 tip ibu plasenta praevia
Ibu hamil yang disahkan mengalami plasenta praevia perlu mematuhi pesanan dan saranan daripada doktor. Dr Siti Esah menyarankan agar ibu yang mengalami plasenta praevia melakukan perkara berikut;
Mengurangkan aktiviti lasak.
Mengelakkan hubungan intim suami isteri.
Tidak sekali-kali mengurut rahim untuk menaikkan uri!
Terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan walaupun sedikit. Ia mungkin warning bleed.
Jika kandungan berusia 34 minggu ke atas, anda mungkin disarankan untuk berehat atau bedrest dan terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan.
Terus ke hospital apabila mula merasakan kontraksi walau pun tidak kuat.
Ibu perlu memastikan tahap haemoglobin (Hb) pada paras yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 11.5 g/dl. Kebanyakan ibu hamil yang mengalami plasenta praevia akan dibekalkan pil zat besi untuk memastikan paras Hb stabil & terkawal.
Komplikasi akibat plasenta praevia
Sekiranya anda disahkan mengalami plasenta praevia, mustahak bagi anda untuk mengetahui risiko dan komplikasi yang boleh berlaku. Dr Siti Esah berkata tiga keadaan ini boleh berlaku iaitu;
Pendarahan yang mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Ini mungkin memerlukkan transfusi darah.
Bayi dalam kandungan berisiko mengalami terencat pertumbuhan.
Kelahiran bayi pramatang.
Perkaitan plasenta praevia dengan plasenta accreta
Selain plasenta praevia, terdapat juga keadaan dinamakan plasenta acreta di mana uri melekat /menembusi myometrium. Keadaan ini boleh mengakibatkan uri sukar dikeluarkan dan boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak yang memerlukkan rahim di keluarkan ( histerektomi)
“Kira-kira 0.2 % ibu hamil mengalami plasenta accreta. Ibu yang mengalami plasenta praevia yang pernah melalui pembedahan sebelum ini berisiko tinggi untuk mengalami plasenta acreta. Para doktor selalunya akan menerangkan pesakit tentang risiko ini , ini supaya mereka sentiasa berwaspada dan bersedia jika ianya berlaku ,” kata Dr Siti Esah.
Pengurusan kehamilan plasenta praevia
Bagi ibu yang mengalami plasenta praevia, amat mustahak untuk mengetahui info-info ini ketika mendapatkan rawatan sekiranya berlaku pendarahan.
Jenis rawatan plasenta praevia bergantung pada,
usia janin
keadaan janin
berapa banyak pendarahan
pendarahan berlakui secara berterusan atau telah berhenti
kedudukan janin dalam kandungan ibu.
Pendarahan bila-bila masa antara minggu ke-34 hingga 36
Menurut doktor, pendarahan boleh berlaku bila bila masa terutama pada minggu ke-34 hingga ke-36 dan kebanyakan ibu yang mengalami plasenta praevia akan dijadualkan untuk dibedah apabila usia kandungan mencecah 37 hingga 38 minggu.
“Sekiranya berlaku pendarahan fokus utama adalah kestabilan ibu dan keadaan janin.Jika bayi pramatang,rawatan secara konservatif dijalankan jika pendarahan berhenti dan kedua dua bayi dan ibu stabil.Walaubagaimanapun jika pendarahan berterusan dan banyak, pembedahan akan dijalankan untuk mengeluarkan bayi walau pada usia terlalu pramatang sekalipun.
Oleh itu, ibu-ibu perlu peka dan prihatin dengan keadaan diri sendiri apabila disahkan plasenta praevia. Pendarahan sedikit atau banyak, bersama kontraksi atau tidak perlu dirujuk ke hospital secepat mungkin untuk meyelamatkan nyawa bayi dan ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang kini hamil lima bulan. Menerusi instagramnya semalam, Tasha mengumumkan khabar gembira itu kepada seluruh peminat dan juga pengikutnya.
Menerusi entri itu juga, Tasha turut berkongsi beberapa keping gambarnya dengan memperlihatkan baby bump yang jelas. Tasha kelihatan cukup cantik dan berseri-seri.
“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta.
“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.
” Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya In shaa Allah,” tulisnya.
Kata Tasha lagi, sokongan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya cukup membuatkan dia gembira.
“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.
“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin,” kongsinya.
Dalam pada itu, perkongsian Tasha itu turut mendapat perhatian daripada pengikutnya malah rakan-rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Jangan cemas bila berlakunya pendarahan ketika awal hamil. Ia boleh berlaku terutama di awal trimester kehamilan. Pun begitu, anda perlu tahu apa sebab dan puncanya berlaku pendarahan secara tiba-tiba.