Tiada yang lebih menggembirakan untuk setiap pasangan suami isteri selain daripada berita kehamilan sang isteri. Walaupun bukan kehamilan yang pertama, keterujaan hati tetap sama tatkala dimaklumkan isteri hamil lagi.
Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang berbadan dua.
Berita tersebut dikongsi oleh pelakon Bukan Gadis Biasa ini melalui akaun Instagramnya.
Artikel menarik: Anak Sihat, Aktif, Tak Duduk Diam, Suka Bertanya. Itu Pun Rezeki Ibu Ayah!
Dalam entri tersebut, Idzham turut berkongsi rakaman video ultra sound bayi dalam kandungan isterinya yang kini sudah berusia 14 minggu.
“Assalamualaikum Adik Baby
“14 weeks dah dia. Kakak tengah tunggu adik tu. Alhamdullilah,” tulisnya di Instagram.
View this post on InstagramAssalamualaikum Adik Baby . 14weeks dah dia . Kakak tengah tunggu adik tu . Alhamdulillah
A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on
Menerusi perkongsian yang dibuat, Idzham dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.
Idzham dan Bella yang bekerja sebagai pramugari MAS diijabkabul pada Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Sofea Inara yang kini sudah berusia 3 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Idzham dan Bella dengan kehamilan anak kedua ini. Pasti kaka Sofea juga tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya kelak. Semoga semuanya dipermudahkan!
Sumber: Media Hiburan & Instagram Idzham Ismail
Artikel menarik: Berseri Bakal Ibu Berbusana Raya. 15 Foto Selebriti Malaysia Tetap Anggun Sambut Syawal Walau Sedang Hamil
https://www.youtube.com/watch?v=hwPew9-6eU0&list=PLUcB90SvZ16vSSC_NtsXjcUw5Yp_WgF69
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Kembar 4 Kongsi Momen Kehamilan. Minggu Ke-23 Dah Mula Kontraksi, Bersalin Pada Minggu Ke-35
Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu.
Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Netizen kebanyakannya kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu.
KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU
Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti.
sha.rissa Ultrasound images at 7 & 11 weeks.
I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ?”empat???” ?
Btw, thanks boss for being so understanding.
View this post on InstagramA post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
ANTARA UBAT & SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR
Puan Sha.rissa juga berkongsi suplemen yang diambil sepanjang kehamilan. Antaranya ialah habatus sauda untuk mengelakkan kontraksi awal serta vitamin pranatal.
sha.rissa Just sharing. These are what I took for the past 9 months recommended by Dr Thokha.
According to him, the baraka capsule habbatus sauda is good to reduce contraction and even good for breastfeeding.
But obviously do consult yours if you plan to take this as well?
View this post on InstagramA post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
MOMEN KEHAMILAN
Ibu ini juga berkongsi tentang momen kehamilannya dalam bentuk video, sejak dari awal tahu hamil dan tahap perkembangan kandungan kembarnya.
View this post on InstagramThrowback Part 1: Pregnancy Journey #quadruplets
A post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
DOKTOR RANGKA PEMAKANAN KHAS UNTUK IBU HAMIL KEMBAR
Doktor yang merawat merangka pemakanan khas untuk ibu ini. Antaranya ialah mengelakkan karbohidra ringkas, memakan banyak protein, mengelakkan makanan manis, mengambil banyak sayur dan buah, snek kekacang dan mengambil cecair sehingga 3 liter sehari.
sha.rissa Personalised healthy diet for my multiple pregnancy
I’ve been advised by my doctor to eat healthy so that i can carry the big belly, have a healthy baby and to prevent early labour.
– Avoid simple carb (intensive glycemic/sugar control)
– Eat more protein (fish, chicken, eggs etc.)
– Avoid sugary foods
– Eat lots of vegetables and fruits
– Snacking with nut-based food eg almonds, cashews etc.
– Drink 3 liter water per day (fresh milk, plain water and fruit juice without sugar)
In addition, take a daily prenatal vitamin to obtain some of the nutrients that are hard to get from foods alone, such as folic acid, iron and calcium.
View this post on InstagramA post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
PROSEDUR CERVICAL CERCLAGE SEMASA MINGGU KE-15
Puan Sha.rissa juga berkongsi yang dia melalui prosedur cervival cerclage untuk memastikan kandungan bertahan. Dia juga memaklumkan yang mengalami kontraksi ringan seawal usia kandungan 23 minggu.
Doktor juga mencadangkan beliau mengurangkan pergerakan dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Benarlah pengorbanan ibu itu sangat besar. Apabila melalui pelbagai rawatan dan bed rest untuk memastikan kandungan selamat sehingga dilahirkan.
sha.rissa Throwback
Part 2: Quadruplets delivery
Quadruplets pregnancy is considered a very high risk pregnancy due to the multiple complications with an average gestational age at delivery ranging between 28 and 31 weeks.
At 15 weeks, I underwent a cervical cerclarge procedure (Mcdonald stitch) to help my pregnancy last longer by limiting the opening of the cervix.
I started having mild contractions as early as 23 weeks. Since then, I need to limit my movement and using a wheelchair. I was on various medications to help ease my constant contractions and my doctor suggested me to bed rest at home until delivery.
Alhamdulillah, I have safely delivered four healthy babies at 35 weeks.
View this post on InstagramA post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
BERLAKU PENDARAHAN DAN TIBA MASA UNTUK MELAHIRKAN
Puan Sha.rissa mendedahkan yang tarikh jangkaan bersalin sebenar ialah pada bulan November. Namun pendarahan berlaku dan ada kontraksi. Selepas pemeriksaan doktor, akhirnya ia adalah masanya untuk melahirkan. Cukup manis sekali ia adalah sehari selepas ulang tahun kelahiran suaminya!
2pm- arrived at the hospital
3pm- operation
After a simple check the doctor decided that it’s time.
View this post on InstagramA post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
BAYI-BAYI SELAMAT DILAHIRKAN PADA MINGGU KE-35
Tidak seperti kebanyakan kandungan kembar yang dilahirkan lebih awal, kandungan ibu ini bertahan sehingga minggu ke-35.
Bayi kembar tersebut iaitu Firas, Noah, Farouq & Naaz dilahirkan pada 22 Oktober 2018 secara pembedahan caesarean.
View this post on InstagramA post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
Sumber: Puan Sha.rissa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Pasangan Dengan Bijak, Elak Anak Hidap Talasemia! Doktor Kongsi Tentang Tanda-Tanda Talasemia
Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen di bahagian Hemoglobin. Hemoglobin adalah salah satu jenis protein pada sel darah merah. Ianya berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrisi penting lain ke seluruh badan kita.
Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi dan berkualiti yang diperlukan oleh badan.
Talasemia boleh dibahagikan kepada tiga:
1. Talasemia minor
Dikenali sebagai pembawa. Mereka mempunyai gen talasemia tetapi tidak mempunyai tanda tanda talasemia.
2. Talasemia major
Golongan ini mempunyai keseluruhan gen talasemia dan mempunyai tanda tanda talasemia.
3. Talasemia intermedia
Golongan ini membawa gen talasemia dan tanda tanda ditunjukkan pada peringkat yang lebih lewat.
Talasemia juga boleh dikategorikan mengikut jenis protein yang terlibat. Terdapat dua jenis protein di dalam rantaian protein yang membentuk Hemoglobin iaitu Alpha dan Beta. (sumber dari doktor budak)
Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:
1. Hb Bart’s,
Jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
2. Penyakit HbH,
di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
3.Alpha Thalassaemia Trait,
di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:
1. Beta Thalassaemia Major,
di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
2. Beta Thalassaemia Intermedia,
di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
3. Beta Thalassaemia Trait,
di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!
Apakah tanda tanda talasemia?
1. Pucat
2. Sukat bernafas
3. Sentiasa lemah dan kurang bermaya
4. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limfa
5. Degupan jantung laju
6. Tumbesaran terbantut
7. Perubahan pembentukkan di kawasan muka biasanya rahang, dagu dan pipi ( tanda lewat)
Talasemia minor biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda tanda. Ianya dikesan melalui saringan darah semasa bayi dan di sekolah.
Talasemia intermedia menunjukkan tanda tanda dari usia remaja ke dewasa.
Talasemia major biasanya menunjukkan tanda tanda sejak dari bayi lagi dan tanda tanda akan semakin teruk jika rawatan sebetulnya tidak dilakukan.
Adakah talasemia boleh berjangkit?
Tidak sama sekali.
Talasemia adalah penyakit genetik.
Ianya tidak boleh merebak melalui udara, air, sentuhan mahupun pemindahan darah.
Apakah rawatan untuk talasemia?
Talasemia minor biasanya tidak memerlukan rawatan.
Talasemia intermedia biasanya memerlukan pemindahan darah jika sudah mula ada tanda tanda seperti yang disebut di atas.
Talasemia major memerlukan rawatan pemindahan darah 1-2 kali sebulan sepanjang hayatnya. Ini kerana hemoglobin mereka biasanya kurang dari 6 dan ianya boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul. Pemindahan sum sum tulang ( bukan tulang rawan) hanya boleh dilakukan jika oleh adik beradik yang sihat dan mempunyai HLA yang sama sahaja.
Selain itu ada juga pil dan suntikan untuk talasemia.
Adakah lelaki akan lebih teruk untuk mendapat talasemia?
Kebarangkaliannya adalah sama sahaja untuk lelaki dan perempuan.
Adakah talasemia boleh dieelakkan?
Insha Allah boleh. Jika anda adalah pesakit talasemia, kalau boleh elakkan dari mencari pasangan yang mempunyai pesakit talasemia juga.
Saya simpulkan kebarangkalian anak anak anda jika anda berkahwin dengan pesskit talasemia juga di dalam gambar di bawah
Perlukah supplemen tambahan untuk tambah darah?
Jika doktor anda kata perlu, doktor anda sendiri yang akan berikan kepada anda.
Tolong jangan memandai mandai beli supplemen atau vitamin tambah darah tanpa berbincang dengan doktor yang merawat anda.
Walaupun yang menjual itu adalah doktor juga, yang mudah terpedaya. Bukan dia yang merawat anda secara berdepan dan sepenuhnya.
Pengambilan supplemen dan vitamin yang salah akan membawa padah.
Fungsi hati dan buah pinggang anda akan punah dan nyawa anda yang akan dipertaruh.
Adakah talasemia boleh sembuh?
Penyakit genetik sukar untuk sembuh. Rawatan biasanya untuk membantu memulihkan simptom yang ada dan mengelakkan komplikasi.
Ingat, jika ada sebarang pertanyaan tentang kesihatan, datang ke klinik atau hospital untuk rawatan yang betul.
Pembawa dan penghidap penyakit talasemia perlu mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Antara makanan yang tinggi zat besi ialah: (sumber dari myportal health)
* Organ dalaman seperti hati
* Produk makanan yang diperkaya dengan zat besi
* Bijiran yang diperkaya dengan zat besi
* Kuning telur
* Kekacang dan legum
* Kebanyakan sayuran hijau yang berdaun
Walaubagaimanapun, pembawa talasemia boleh juga mengalami kekurangan zat besi terutamanya pada ibu hamil, dalam keadaan ini pembawa boleh mengambil vitamin zat besi atas nasihat doktor.
Kenapa perlu kurangkan makanan tinggi zat besi?
Darah adalah kaya dengan zat besi.
Pesakit talasemia major memerlukan transfusi darah sepanjang hayatnya.
Zat besi yang terkumpul dari transfusi darah pada jangka masa panjang boleh merosakkan hati dan jantung terutamanya dan juga organ lain.
Pesakit talasemia intermedia yang tidak memerlukan transfusi darah, juga boleh mendapat peningkatan besi di dalam badannya. Ini disebabkan penyerapan zat besi yang lebih pada usus pesakit. Dengan ini pesakit talasemia intermedia juga perlu mengelakkan makanan tinggi zat besi.
Sebab itu sebarang supplemen dan vitamin tambahan wajib mendapat pemantauan dari doktor yang merawat anda.
Nota kaki : Saringan untuk talasemia boleh dilakukan di klinik atau hospital berdekatan anda. Ingat, ianya adalah penyakit genetik dan ianya adalah salah satu jenis anemia.
Sumber: Facebook Dr. Erna Nadia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Migrain Teruk Tapi Tak Boleh Makan Ubat Sembarangan, Selamatkah Ambil Paracetamol Waktu Hamil?
Penghidap migrain pasti berdepan dengan masalah ketika hamil kerana tidak dapat mengambil ubat-ubatan untuk meredakan sakit mereka. Terpaksalah mereka bertahan dengan hanya tidur dan merehatkan diri. Soalnya bagaimana untuk meredakannya?
Dr Maiza Tusimin daripada Prince Court Medical Centre berkongsi mengenai pengambilan ubat paracetamol ketika waktu hamil. Selamatkah diambil?
Sejak sebelum hamil saya biasa mengambil paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Apa benar paracetamol selamat untuk diambil ketika hamil? Berapa dos yang boleh saya ambil dalam sehari?
Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol atau Uphamol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal.
Food Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan paracetamol tergolong dalam ubat kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat untuk ibu hamil yang tidak memberikan kesan buruk kepada janin dan ibu hamil itu sendiri.
Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis dan senggugut.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan. Dos maksima yang disarankan adalah 4 gram sehari iaitu dengan pengambilan 500mg -1 gram setiap 6 jam sehari.
Walaupun Paracetamol selamat digunakan oleh ibu hamil untuk tujuan pengubatan kendiri, namun ibu harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya suhu badan mencecah 38 darjah celsius. Ini adalah kerana ibu hamil terdedah kepada risiko penyakit yang lebih teruk berbanding wanita yang tidak hamil.
Sekiranya sakit kepala berlanjutan setelah mengambil paracetamol, ibu juga harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri sakita kepala disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius seperti preeklamsia.
Kesan Sampingan
Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil dalam dos yang disyorkan. Pastikan anda tidak mengambil lebih dari satu persediaan yang mengandungi paracetamol pada satu-satu masa. Periksa label ubat yang diambil bagi mengelakkan anda mengambil dos yang berlebihan.
Kebanyakan pesakit yang mengambil paracetamol tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan hati.
Ibu perlu segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, air kencing berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau. Rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan kerosakan kekal pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dengan pengambilan paracetamol. Antara gejala alahan adalah seperti seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Kesan kepada bayi
Satu kajian kohort yang di laporkan di International Journal of Epidemiology ke atas 48,631 orang kanak-kanak yang mana ibu telah mengambil paracetamol secara berterusan selama 28 hari atau lebih, mendapati bahawa kanak-kanak ini mengalami sedikit masalah perkembangan dan perangai pada usia tiga tahun.
Kesimpulannya, walaupun paracetamol selamat dikonsum ketika hamil, tetapi perlu diambil pada dos yang ditetapkan dan hanya dikonsum apabila perlu dan pada jangkamasa yang tidak terlalu lama. Ibu disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya demam atau sakit kepala berlarutan.
Artikel berkaitan: Migrain Dan Sakit Kepala Tapi Tak Boleh Makan Ubat Ketika Hamil Tip Dari Doktor Ni Pasti Membantu!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI