Tahniah Idzham Ismail & Isteri, Bakal Timang Anak Kedua. Usia Kandungan Sudah 14 Minggu

Share

Tiada yang lebih menggembirakan untuk setiap pasangan suami isteri selain daripada berita kehamilan sang isteri. Walaupun bukan kehamilan yang pertama, keterujaan hati tetap sama tatkala dimaklumkan isteri hamil lagi.

Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang berbadan dua.

Berita tersebut dikongsi oleh pelakon Bukan Gadis Biasa ini melalui akaun Instagramnya.

Artikel menarik: Anak Sihat, Aktif, Tak Duduk Diam, Suka Bertanya. Itu Pun Rezeki Ibu Ayah!

Dalam entri tersebut, Idzham turut berkongsi rakaman video ultra sound bayi dalam kandungan isterinya yang kini sudah berusia 14 minggu.

“Assalamualaikum Adik Baby

“14 weeks dah dia. Kakak tengah tunggu adik tu. Alhamdullilah,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Idzham dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.

Idzham dan Bella yang bekerja sebagai pramugari MAS diijabkabul pada Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Sofea Inara yang kini sudah berusia 3 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Idzham dan Bella dengan kehamilan anak kedua ini. Pasti kaka Sofea juga tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya kelak. Semoga semuanya dipermudahkan!

Sumber: Media Hiburan & Instagram Idzham Ismail

Artikel menarik: Berseri Bakal Ibu Berbusana Raya. 15 Foto Selebriti Malaysia Tetap Anggun Sambut Syawal Walau Sedang Hamil

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah