Tahniah Josiah Hogan, Isteri Selamat Lahirkan Cahaya Mata Keempat. Dapat Anak Perempuan Dengan Berat 2.6Kg

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Josiah Hogan dan isteri tercinta, Nurul Hidayu Mohamed Nordin yang baru sahaja menimang cahaya mata mata keempat mereka pada hari Selasa yang lalu.

Nurul Hidayu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada jam 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

Josiah ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kelahiran itu dipermudahkan, namun sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.

Artikel menarik: Bila nak bersalin, ibu hanya harap anaknya selamat ‘keluar’. Yang lain dia tak fikir!

“Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19.

“Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya,” katanya.

Pelakon Degup Cinta itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit.

“Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini,” katanya.

Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4. Ini adalah perkahwinan kedua pelakon terbabit.

Pada perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.

Selamat berpantang diucapkan untuk Nurul Hidayu. Semoga si kecil ini membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Hmetro & Josiah Hogan

Artikel menarik: Memilih Bersalin Di rumah sebab takut Covid-19? Jangan Ambil Risiko – Dr Maiza

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah