Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2023) tahun ini, pertandingan Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan bermula 2-20 Oktober yang lalu. Memandangkan sambutan untuk Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2023 mendapat sambutan yang menggalakkan ketika diadakan secara on-ground, maka terlahirlah inisiatif untuk menganjurkan pertadingan ini secara virtual.
Ini bagi memberi peluang kepada bayi-bayi di seluruh Malaysia dan tidak terhad kepada peserta di Lembah Klang atau Kuala Lumpur sahaja untuk menghantar penyertaan mereka. Ternyata penyertaan amat menggalakkan dan seramai 100 orang bayi telah menyertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN tahun ini.
Kreatif & Penuh Semangat!
Semangat dan kesungguhan ibu bapa merakam dan mengedit video bayi-bayi mereka merangkak seharusnya diberikan pujian. Jalan cerita, penggunaan prop serta penglibatan ahli keluarga yang lain di dalam video dapat dilihat pada setiap video yang dihantar. Sekali lagi pertandingan kali ini membawa tema Superhero.
Ibu bapa diminta untuk menghantar video yang sudah siap diedit melalui link yang diberikan oleh team Pa&Ma. Sebanyak 30 video menarik telah dipilih oleh pihak Pa&Ma untuk ke pusingan seterusnya dan pihak juri telah memilih 20 video terbaik untuk dimuatnaik ke laman Instagram Pa&Ma bagi merebut gelaran Baby Merangkak WOW!
Majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim semasa Majlis Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 & Sambutan Hari Tabungan Sedunia di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2023.
Juara Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah membawa pulang akaun simpanan Simpan SSPN RM300, sebuah car seat, medal dan hadiah sampingan.
Manakala untuk Naib Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM200 beserta medal dan hadiah sampingan.
Ads
Pemenang tempat ketiga pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal dan hadiah sampingan.
Dua orang pemenang saguhati pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM50, medal dan hadiah sampingan.
Bagi pemenang anugerah Baby merangkak WOW! pula telah membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal dan hadiah sampingan.
Kesemua 100 peserta ini juga menerima akaun Simpan SSPN beserta sijil. Pa&Ma dan Simpan SSPN sangat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang sangat bersemangat dan sporting untuk membuat video terbaik anak-anak mereka merangkak.
Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jumaat nan mulia menjadi hari paling menggembirakan buat pelakon, Elfira Loy yang telah selamat menimang cahaya mata keduanya semalam.
Lebih menggembirakan kata Elfira, puteri kesayangannya yang lahir tepat jam 6.27 petang semalam itu disambut sendiri oleh suaminya, Farish Khairol Anuar.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita dan khabar gembira kelahiran anak keduanya itu.
“Saya ada banyak foto tapi saya suka yang ini.
“Subhanallah, ayah is such a superhero, menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy tengah push you,” katanya berkongsi.
Malah katanya lagi, inilah pengalaman paling berharga buat mereka sekeluarga dan menjadi momen paling indah buatnya.
“Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga,” tulisnya.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Elfira di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri yang begitu dinantikan semua.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun. Kelahiran cahaya mata perempuan tambah melengkapkan lagi bahagia mereka bersama.
Pelakon, Fazren Rafi yang terkenal menerusi drama SPA Q selamat menimang cahaya mata ke lima beberapa hari yang lalu.
Berita gembira tersebut dikongsi olehnya melalui laman sosial Instagram. Menurutnya, dia bersyukur di atas kelahiran yang selamat dan bayi perempuan keduanya itu dilahirkan pada 12.01 malam seberat 2.8kg.
Tambahnya lagi, melihat akan pengorbanan isteri melahirkan zuriat tercinta menimbulkan keinsafan dalam dirinya dan menjadikan dia lebih menghargai isteri tercinta.
“Bila tengok perjuangan, pergelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia kat dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dgn sikap kita.. tp itulah kita nie iman senipis kulit bawang kejap je keinsafan tue dah lama sikit lupa la 😅”
“Apa-apa pun faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga, jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar (kita nie bukan kuat sgt 😜) yg paling penting faz akan senantiasa ingat n hargai segala pengorbanan mu isteriku.. tq for loving me all this while.. balik nanti sy ada surprise utk awk”
Fazren dan isteri dikurniakan 5 cahaya mata, 3 lelaki dan dua perempuan. Tahniah dicuapkan buat keluarga ini.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.