Tahniah Julia Ziegler, Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua. Kini Ivana Dah Ada Adik Lelaki!

Share

Sekitar April lalu pelakon Julia Ziegler berkongsi tentang kehamilan keduanya dan semalam pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu telah selamat melahirkan seorang anak lelaki.

Berita tentang kelahiran keduanya itu dikongsi oleh Pelakon Jangan Tegur melalui Insta Story di akaun Instagram miliknya.

Menurut Julia, bayi lelakinya itu telah dilahirkan dengan berat 3.58kg. Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak keduanya itu.

“Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35pm on 07.07.2020,” kongsi Julia.

Sebelum berkongsi berita tersebut, Julia dilihat memuat naik sekeping gambar di Instagram yang mana dia sedang berada di dalam wad di hospital.

Menerusi perkongsian tersebut, Julia mendapat komen berupa kata-kata semangat oleh rakan-rakan artis dan juga para pengikutnya.

Julia dan suami, Johan  yang merupakan seorang jurutera mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivana Johan yang kini berusia setahun, enam bulan.

Tahniah buat Julia Ziegler dan pasangan. Semoga dengan kehadiran cahaya mata keduanya itu akan melengkapkan lagi keluarga mereka.

Sumber: Gempak

 

 

 

Published by
SAHR