
Tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi kerana telah bergelar bapa dan menimang cahaya mata perempuan Sabtu lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Klang secara normal.
Hafidz yang mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada April tahun lalu sangat teruja dengan kelahiran cahaya mata pertamanya walaupun di usia yang masih muda.
Dalam instagramnya, ramai peminat memberi ucapan tahniah kepada Hafidz dan isterinya dan mendoakan agar anaknya membesar dengan sihat serta menjadi anak solehah.
Kepada Hafidz selamat menjalani kehidupan sebagai bapa dan bimbinglah amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah Ada 25 Cucu, Datuk Ini Berjaya Genggam Ijazah Di Usia Emas

Siapa sangka, pada usia 73 tahun dan bergelar warga emas, masih mampu menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Seorang pesara membuktikan bahawa ilmu tiada had usia apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam dari Open University Malaysia (OUM).
Bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada 25 cucu itu, Yusof Haron, berkata semangatnya untuk melanjutkan pelajaran tidak pernah luntur meskipun tidak berpeluang berbuat demikian semasa usia muda demi memastikan anak-anaknya berjaya ke menara gading.

“Sebenarnya, semasa muda saya tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan yang dihadapi keluarga ketika itu.
“Namun, Alhamdulillah saya berjaya menghantar semua anak saya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Selepas mereka berjaya, saya pula bersara dan mula menyambung pelajaran sejak tahun 2010.
“Saya tidak nafikan banyak cabaran yang terpaksa dilalui pada usia ini, seperti masalah penglihatan, namun saya tidak menganggapnya sebagai halangan untuk meneruskan pengajian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-29 OUM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Sabtu.
Yusof merupakan antara penerima Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam majlis berkenaan
Mengulas lanjut, anak kelahiran Manjung, Perak itu berkata beliau amat bersyukur kerana menerima sokongan penuh daripada seluruh ahli keluarga apabila menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi Ubur-Ubur Di Langkawi, Kanak-Kanak Dua Tahun Jadi Mangsa

Tragedi di Pantai Cenang minggu lalu benar-benar menggegarkan hati ramai. Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia, Vladimir Iakubanets, baru 2 tahun, maut selepas disengat ubur-ubur ketika mandi di tepi pantai.
Dia yang bersama keluarganya segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), namun doktor akhirnya mengesahkan pemergiannya pada jam 9.46 pagi hari ini.
Bapanya yang dikenali sebagai Nikita, 32, berkata, anak mengalami komplikasi serius daripada sengatan haiwan beracun itu.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian Sabtu lalu, ketika mandi di kawasan air cetek, anaknya tiba-tiba menjerit kesakitan ketika di dalam air laut.

“Dalam beberapa saat saja, dia berhenti bernafas. Saya cuba buat CPR (bantuan pernafasan kecemasan) secepat mungkin. Ada pelancong lain datang membantu dan bawa kami kepada penyelamat pantai.
“Mereka hanya cuci luka dengan cuka sebelum hantar ke klinik dan kemudian ke hospital,” katanya ketika ditemui di HSB hari ini.
Nikita yang berasal dari Khabarovsk, Rusia berkata, pasukan perubatan di Langkawi dan Alor Setar sudah berusaha menyelamatkan Vladimir.
Katanya, mereka juga tidak berniat mengambil sebarang tindakan undang-undang, namun berharap tragedi itu menjadi peringatan kepada pengunjung mengenai bahaya sengatan ubur-ubur.
Pasangan suami isteri itu percaya kejadian menimpa anaknya adalah untuk selamatkan orang lain, untuk elakkan tragedi sama berulang.

“Vladimir sangat baik dan bijak, kami keluarga yang bahagia,” katanya dalam nada sebak.
Isterinya, Olga, 32, berkata, mereka mahu pemergian kanak-kanak itu membawa makna kerana Vladimir sejak kecil dikenali sebagai anak yang suka membantu.
“Dia wira kami… malaikat kecil kami. Setiap hari kami beritahu kami sayang dia dan dia selalu balas dia sayang kami,” katanya.
Pasangan itu merancang membawa abu Vladimir pulang ke Rusia selepas proses pembakaran mayat selesai.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru Nak Lari, Terus Digigit Buaya. Ibu Syukur Anak Selamat, Hanya Kaki Cedera

Masih panjang umur! Itu yang boleh digambarkan apabila seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa buaya ketika turun ke bawah rumahnya. Kejadian itu berlaku di perkampungan Lahad Datu, Sabah.
Apa yang dibimbangkan, kejadian melibatkan buaya menyerang manusia dilihat semakin menjadi-jadi terutama kepada penduduka yang tinggal berdekatan habitat reptilia amfibia itu.
Ibu syukur anak terselamat dari disambar buaya
Terbaharu, seorang ibu meluahkan kesyukuran apabila anak lelakinya terselamat daripada disambar buaya ketika turun ke bawah rumah bagi mengambil seekor ayam.

Menurut ibu mangsa dikenali Azlina Abdul Rahman, kejadian berlaku sebelum maghrib apabila anaknya tidak sama sekali buaya berkenaan berada di situ sehinggalah sepupunya menjerit sebaik sahaja melibat kelibat reptilia tersebut.
“Untuk makluman, anak aku mangsa gigitan buaya, bukan kena gigit semasa mandi tetapi nak ambil ayam yang berada di bawah kolong dan tak tahu sama sekali kalau ada buaya di situ.

“Air masin, masa itu paras lutut anak saya. Kemudiannya, sepupunya nampak buaya dan menjerit,”ceritanya dalam hantaran di laman Facebook.
Ibu mangsa menarik nafas lega apabila anak lelaki terselamat kerana hanya kakinya sahaja digigit selain bersyukur dan diberi peluang.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Masih beri aku peluang kedua untuk perbaiki diri untuk tidak lalai dan menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua,”ujarnya.
Bercerita lanjut, Azlina memberitahu orang ramai terus bertindak memukul buaya berkenaan sehingga reptilia berkenaan melepaskan kaki anaknya. Namun, buaya tersebut sempat melibas ekor ke arah anaknya tapi tak kena.
“Alhamdulillah, anak saya terselamat, terus bergegas ke ICU untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
@dzmnrhmn Membalas kepada @Qay_Antibiotik ♬ Under Water – Fareoh
Dalam pada itu, Azlina mengatakan pembedahan anaknya itu selesai sekitar jam 1.50 petang semalam dan masih dalam tahanan di wad untuk rawatan selanjutnya.
Di kesempatan itu, dia meminta jasa baik orang ramai mendoakan anaknya kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Facebook Azlina Abdul Rahman, TikTok @dzmnrhmn & OMM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


