Tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi kerana telah bergelar bapa dan menimang cahaya mata perempuan Sabtu lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Klang secara normal.
Hafidz yang mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada April tahun lalu sangat teruja dengan kelahiran cahaya mata pertamanya walaupun di usia yang masih muda.
Dalam instagramnya, ramai peminat memberi ucapan tahniah kepada Hafidz dan isterinya dan mendoakan agar anaknya membesar dengan sihat serta menjadi anak solehah.
Kepada Hafidz selamat menjalani kehidupan sebagai bapa dan bimbinglah amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kutipan Dana Cukup, Reese Tan Terima Suntikan Zolgensma Bernilai Lebih RM9 Juta
Pesakit Atrofi Otot Spina (SMA) yang memerlukan suntikan Zolgensma bernilai lebih RM9 juta bagi mengubati penyakit genetik dialaminya akhirnya mendapatkan ubat berkenaan semalam.
Reese Tan Rui Xin yang kini berusia 19 bulan berjaya mendapatkan suntikan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas kutipan dana yang dilancarkan pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare akhir tahun lalu membuahkan hasil.
Pengerusi badan pertubuhan berkenaan Datuk Chua Sui Hau, berkata keadaan kanak-kanak perempuan itu kini dilaporkan stabil dan memuaskan selepas menerima suntikan berkenaan.
“Ubat genetik Zolgensma tiba di Malaysia pada minggu lalu dengan kos belian keseluruhan bernilai sekitar RM9.13 juta atas kadar pertukaran wang asing yang berbeza.
“Bagaimanapun kini semuanya sudah selesai dan kanak-kanak ini sudah pun menerima suntikan ubat genetik berkenaan dengan keadaannya stabil serta memuaskan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Baca Juga:
Hamil Trimester Ketiga, Isteri Harris Annuar Ada Tabiat Nak Cium Bau Dinding Simen Hari-Hari!
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama
Jelasnya, Reese sebelum itu dimasukkan ke wad semalam untuk menjalani pelbagai saringan kesihatan sebelum menerima prosedur suntikan ubat genetik itu.
“Keputusan ujian menunjukkan bahawa keadaan adik Reese adalah sesuai untuk menerima suntikan ubat genetik terbabit dan prosedur suntikan ubat genetik Zolgensma dijalankan dengan sempurna hari ini.
“Saya yang berpeluang menyaksikan prosedur suntikan ini mendapati proses memakan masa lebih kurang satu jam dan reaksi Reese semasa menerima suntikan adalah baik dan normal,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga menunjukkan rasa teruja apabila impian untuk melihat anak mereka kembali sihat tercapai.
“Buat masa ini, Reese masih perlu berada di wad rawatan untuk proses pemerhatian oleh pakar perubatan.
“Pihak kita ingin berterima kasih sekali lagi kepada semua penderma yang menjayakan kempen mengumpul dana yang dilancarkan akhir tahun lalu,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, suami isteri iaitu Rachel Chung, 38, dan Jason Tan, 47, buntu bagi mencari dana untuk mengubati penyakit genetik anak bongsu perempuan mereka.
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
HARAM Sebar Cerita Dalam Kain Di Socmed. Orang Buruk Sangka, Tambah Dosa!
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. Berselisih faham dalam rumah tangga itu adalah perkara normal. Setiap pasangan pasti akan melaluinya. Cara terbaik untuk menyelesaikan konflik dengan pasangan adalah dengan berbincang. Sesetengah wanita atau lelaki, cenderung untuk memberitahu tentang masalah perkahwinan di media sosial. Bukankah ia umpama membuka aib sendiri?
Artikel Menarik: [Kalau Rambut Isteri Kerap Gugur, Hiburkanlah Hatinya! Wanita Makhluk Paling Penat]
Meluahkan rasa tidak puas hati dengan pasangan secara terbuka di media sosial adalah HARAM kerana ia boleh menyebabkan salah faham serta fitnah tersebar. Bahkan keadaan juga semakin bermasalah dan menjadi keruh. Menurut pendakwah bebas, Noraini Mat Din atau lebih dikenali sebagai Ustazah Nony berkata tindakan meluahkan perasaan dengan niat memohon pendapat berkenaan rumah tangga di media sosial bukanlah jalan terbaik buat suami mahpun si isteri.
Memetik sebuah artikel di Sinar Harian, Ustazah Nony mengatakan kemudaratan yang lebih besar bakal berlaku daripada tindakan itu. Misalnya keaiban pasangan dan ahli keluarga mereka akan menjadi bualan ramai. Salah faham begitu akan mengakibatkan salah faham serta prasangka buruk yang menyebabkan orang ramai menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar.
Bimbang juga jika ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini sekali gus menjadi punca kepada keretakan yang lebih besar, termasuklah boleh menyebabkan kecaman netizen dan menjadi sebab kepada mengumpat serta mencela beramai-ramai
MENGURUS KONFLIK
Menurut Ustazah Nony lagi, kesan daripada perbuatan itu, ia bukan sahaja memberi persepsi buruk kepada pasangan bahkan ia juga mengundang kepada reaksi negatif pelbagai pihak dan boleh membarah dalam masyarakat.
Justeru katanya, tindakan berkongsi masalah di media sosial berkenaan hal rumah tangga amatlah ditegah.
“Oleh itu, carilah jalan penyelesaian dan perdamaian dengan cara bersemuka antara satu sama lain dan bukannya melalui atas talian,” katanya.
Artikel Menarik: [Sentuh Hati Anak-Anak Dengan NAsihat Dalam 3 Waktu Ini. Sangat Berkesan!]
Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pelbagai kaedah yang digariskan Islam kepada suami isteri sebagai persediaan menempuhi gerbang perkahwinan, antaranya ialah kematangan dalam kerangka berfikir pasangan berkenaan.
Menurutnya, ia merangkumi cara berfikir, membuat keputusan, perbuatan dan tindakan, komunikasi serta pergaulan.
“Suami dan isteri mestilah matang dalam berbincang, membuat keputusan, menjalankan tanggungjawab dan hak, menguruskan konflik dan menguruskan rumah tangga.
“Kematangan suami dan isteri ternilai daripada cara mereka menguruskan konflik,” katanya. Kekalkan keharmonian rumah tangga.
Menurutnya, Islam mengajar umatnya beberapa cara untuk kekal harmoni dan mengatasi masalah dalam rumah tangga.
“Pertamanya, berkomunikasilah. Suami dan isteri mesti memahami pasangan masing-masing.
“Contohnya, apabila suami tidak gemar tindakan isteri maka ajaklah berbincang dan mohon isteri membuat semakan dan tegurlah secara berhemah,” katanya.
Menurutnya, suami dan isteri juga perlu meningkatkan amal ibadat dan sentiasa saling menasihati berkenaan agama.
Artikel Menarik: [Isteri Yang Tengah Stres, Cepat-Cepat Duduk Bawah Ketiak Suami. Terus Lega!]
“Ibadah sempurna akan memandu rumah tangga sekali gus menjadikan hubungan sentiasa terjaga,” katanya.
TIP BAGI MEREKA YANG BERHADAPAN KONFLIK RUMAH TANGGA
* Suami dan isteri yang mempunyai masalah ataupun tidak, mesti saling berkomunikasi secara berhadapan.
* Komunikasi melalui atas talian tidak mempunyai nada, mimik muka dan sukar untuk dibuat penjelasan maka elakkan meregangkan kekusutan antara pasangan melalui atas talian.
* Suami dan isteri mestilah duduk berbincang terutamanya apabila berhadapan konflik rumah tangga.Melarikan diri, atau mewakilkan orang untuk berbincang dan menyelesaikan masalah sebenarnya tidak membantu meregangkan konflik bahkan boleh menyebabkan ia lebih buruk.
* Sekiranya perlukan orang tengah untuk membantu komunikasi dan perbincangan antara suami isteri maka ajaklah saudara. Sama ada daripada sebelah suami atau sebelah isteri atau kedua-duanya untuk memurnikan dan memberi pendapat, atau suami isteri boleh membawa hal ini berjumpa bahagian kaunseling rumah tangga.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jadi Cleaner, Jual Burger. Gelang Kahwin Kau Gadai Nak Bantu Aku.” Terharu Baca Ucapan Achey Untuk Isteri
Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Nur Hasanah Yahaya atau Anne, isteri kepada Achey. Happy belated birthday Anne! Walaupun orangnya lucu dan suka buat lawak, tapi bila Achey berikan ucapan khas buat isterinya, rasa sebak pula.
Artikel Menarik: [“Belum Sempat Induce Dah Bersalin.” Ibu Ini Kongsi Surah Abasa Ayat 20, Doa Mudah Bersalin]
Melalui perkongsian Achey, dia tidak segan mengakui pengorbanan yang Anne lakukan untuk dirinya untuk dia berjaya sehingga sekarang. Betapa Anne tidak kisah bekerja sebagai cleaner, berniaga burger dan sanggup juga menggadaikan gelang perkahwinan mereka. Susah macam mana pun kehidupan mereka dahulu, Anne tidak pernah bosan menjadi ‘tulang belakang’ Achey.
Ikuti perkongsian Achey ini:
Susahnya dahulu kita mula2 berkahwin.. takkan saya lupa… tapi awak tenang hadapi bersama… jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas… gadai gelang kawin… apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepass ..
Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv.. dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuhh dugaan…
Artikel Menarik: [Wow, Putih Macam Baju Baru! Tak Perlu Sental, Rendam Sabun & Masuk Mesin Aje]
Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa..
..
Soal anak? Dia senyumm.. @tiarazinnirah_official kan ada 😭
..
Kepada @anne_achey Usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini…kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini..
..
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG ❤️
Perkongsian Achey ini mendapat hampir 130,000 tanda suka dan rata-rata warga maya tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan mereka agar terus kekal bahagia.
Sumber: ACHEY KINTANG KINTUNG
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI