Pengacara berbangsa Inggeris yang kini sudah memeluk Islam dan menetap di Malaysia, Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler berkongsi berita gembira dia dan isteri bakal menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini.
Mat Dan yang merupakan pengacara Kaki Jalan memuat naik sekeping gambar dirinya bersama isteri dan anak dengan ucapan salam Eidul Adha kepada semua pengikutnya di Instagram.
Jejaka England yang fasih dengan loghat Terengganu itu dalam masa yang sama, berkongsi berita gembira itu kepada umum.
“Salam Eidul Adha semua!!!
“Di sini jugak kite happy to share we’re expecting another new addition to our family!!!!
Ads
“Insya’Allah by the end of the year..doa yang baik-baik saje..🤲🏻
“Tahun ini plan raya dekat kampung tapi last minute tak jadi sebab @ovenchuppa terlalu banyak order!!!!,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini di samping ucapan salam Aidil Adha yang baru disambut oleh Umat Islam di seluruh Dunia.
Ads
Selebriti media sosial itu memeluk Islam pada 2013 dan nama Islamnya Karief Daniel Abdullah.
Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 2 tahun.
Sumber: Mat Dan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika seseorang wanita sedang hamil, dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan. Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan.
Selain menggangu tahap kesihatan si ibu, emosi semasa hamil boleh mempengaruhi anak dalam kandungan.
Ibu hamil perlu ada dalam persekitaran yang membahagiakan serta sentiasa disayangi untuk memastikan emosinya stabil dan sentiasa ceria. Kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung.
Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira! Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria:
1. Hormon Kortisol Tinggi
Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindak balas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
2. Ibu Rasa Stres
Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicine mendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi yang baru dilahirkan.
4. Kena Gembira, Duduk Dalam Persekitaran Positif
Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Ia boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Bagi menyokong isteri yang sedang hamil, para suami boleh menunjukkan rasa sayang kepadanya. Tunjukkan yang anda peka dengan perasaan dan keperluannya. Emosi yang terkawal akan menggalakkan pertumbuhan bayi dalam kandungan lebih sihat.
Pengambilan asid folik sememangnya cukup penting untuk ibu hamil. Ia sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelakkan kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD).
Pun begitu, selain diambil dalam bentuk pil, pemakanan dari sumber makanan yang mengandungi folik asid yang tinggi boleh anda ambil setiap hari sepanjang hamil dan sebagai persediaan untuk hamil. Apa jenis makanannya?
Berikut merupakan panduan pemakanan untuk anda.
1. Salmon
Salmon adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia ini. Ikan berlemak popular ini sarat dengan nutrien dan boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit. Selain rasanya yang sedap, ikan ini juga serba boleh dan banyak didapati, malah salmon juga merupakan ikan yang mengandungi asid folik.
Menurut sumber kesihatan, jumlah asid folik tertinggi terdapat dalam ikan salmon dan salmon chinook yang mengandungi 35 ug asid folik setiap 100g.
2. Pisang
Jadikan pisang buah wajib ada di rumah anda kerana pisang mengandungi asid folik yang tinggi dan mudah membantu memenuhi keperluan harian ibu. Pisang sederhana boleh membekalkan 23.6 mcg folat, atau 6% daripada DV. Pisang juga kaya dengan nutrien lain, termasuk kalsium dan vitamin B6. Wajib ambil!
3. Telur
Makanan dengan nutrisi lengkap seperti telur juga patut menjadi pilihan ibu hamil. Selain tinggi asid folik, telur mengandungi khasiat lain seperti protein, selenium, riboflavin dan vitamin B12.
Selain itu, ia tinggi dengan lutein dan zeaxanthin, 2 antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko gangguan penglihatan mata.
4. Ketam
Jangan ditolak kerana ketam merupakan salah satu jenis makanan laut yang mengandungi asid folik dengan menyediakan 37 mikrogram folat untuk setiap hidangan 3 auns. Keraplah makan ketam namun jangan berlebih-lebih.
5. Kubis Brussels
Kubis Brussels penuh dengan vitamin dan mineral, terutamanya asid folik. Walaupun harga sedikit mahal, hidangan setengah cawan (78 gram) kubis Brussels yang dimasak boleh membekalkan 47 mcg folat, atau 12% daripada pengambilan harian. Sayuran ini juga merupakan sumber kaempferol yang hebat, antioksidan yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.
6. Buah citrus
Selain sedap dan kaya dengan rasa, buah-buahan seperti oren, belimbing dan limau kaya dengan folat. Hanya sebiji oren besar mengandungi 55 mcg folat, atau sekitar 14% daripada pengambilan harian.
7. Avokado
Menurut laporan dari Pusat Data Makanan, separuh daripada avokado mentah mengandungi 82 mcg folat, atau sekitar 21% daripada jumlah yang anda perlukan sepanjang hari. Di samping itu, avokado kaya dengan kalsium dan vitamin K, C, dan B6. Wajib ambil!
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Shima Anuar bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas mengumumkan jantina anak ketiganya itu dalam satu majlis.
Majlis mengumumkan jantina anak ketiga beserta doa selamat berlangsung cukup meriah dengan tema serba putih.
Melalui perkongsian Shima di Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik video sejak awal kehamilannya sehinggalah majlis pengumuman jantina itu.
“From the day we found out about it, to the day majlis doa selamat and baby gender reveal,” tulisnya dikapsyen.
Melalui video yang dikongsikan, Shima pada awalnya memberikan kejutan kepada suami dan anak-anak dengan memberikan kit kehamilan ketika awal kehamilannya.
Anak-anak bersorak riang untuk menyambut kelahiran adik baru dalam keluarga mereka.
Dihujungnya, Shima turut berkongsi majlis serba putih yang dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian dilengkapkan dengan pengumuman jantina bayi.
Suasana bertukar menjadi gamat bila mana belon berwarna putih dipecahkan diiringi letupan kecil berwarna biru menandakan bayi lelaki.
Penampilan Shima yang hadir berjubah warna putih, lengkap mengenakan hijab dipuji kenalan dan peminatnya di Instagram. Jelas terpancar seri ibu mengandung.
Meninjau di ruangan komen, Instagram ibu cantik manis ini turut dihujani dengan ucapan tahniah serta doa agar dipermudahkan kelahirannya nanti.