Nazmi Faiz satu nama yang tidak asing dalam sukan bola sepak Malaysia. Dia yang kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim semalam berkongsi berita gembira apabila isteri tersayang, Nurul Yasmin selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita tersebut disampaikan oleh Nazmi menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai 193 ribu pengikut.
Dalam entri tersebut, Nazmi menzahirkan ucapan syukurnya kepada Allah SWT kerana urusan bersalin isteri tersayang berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Nazmi juga turut berkongsi nama puteri sulungnya itu dalam posting tersebut. Memilih Maria Miqayla untuk cahaya mata sulungnya itu.
“Assalamualaikum Puteri Sulungku Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.
“Thank you sayang @nurullyasmin & Terima Kasih yg mendoakan kami,” tulisnya.
Posting yang dibuat juga mendapat komen-komen mengucapkan tahniah kepada dia dan isteri tercinta daripada rakan dalam arena sukan bola sepak dan juga dari peminat.
Untuk makluman, Nazmi dan isteri, Nurul Yasmin melangsungkan perkahwinan pada November 2017.
Tahniah diucapkan kepada pasangan muda ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama ini akan melengkapkan lagi kehidupan rumahtangga yang dibina.
Sumber: IG Nazmi Faiz & Nurul Yasmin