Bukan senang nak sediakan nasi lemak. Bukan setakat masak nasi dan sambalnya sahaja bahkan menu sampingannya yang banyak adakalanya buat kita rasa stress nak sediakan di pagi hari. Malah nak masak lemak yang sedap pun kena ada caranya. Itu kisah kita mama yang bekerja, lain pula kisahnya dengan Payish, anak sulung kesayangan Dato’ Fazley Yaakob yang meminta untuk menyediakan sendiri nasi lemak dan menjualnya. Wow hebat!
Pada usia yang masih kecil, Payish berani dan yakin untuk memasak sendiri nasi lemak dan paling menarik dia juga menjualnya sendiri di restoran Didanya, Sukasucrebistro Bistro.
Rasa bangga dengan anaknya yang sudah menunjukkan minat berniaga dan paling utama yakin untuk memasak, Dato’ Fazley meluahkan rasa bangga dan terharu dengan anaknya. “So proud of you”, luahnya di instagram miliknya.
Anak sulong saya Payish @fariedzfazley masak nasi lemak pagi ni, dia kata “Dida can I start my own nasi lemak business at @sukasucrebistro ?” Saya jawab, “Of course Fariedz, but you must cook and pack it yourself ok?” So here it is, #NasiLemakPayish, tengah hari ni Payish akan ada di #sukasucrebistro berniaga nasi lemak bungkus dia ok? Tapi limited stock tau, dia baru cuba-cuba berniaga.
Paling menarik, seorang tetamu yang datang dari jauh juga turut membeli 2 paket sebagai tanda sokongan kepada niat murni Payish ini.
Alhamdulilah, penjualan #nasilemakpayish berjalan dengan lancar. Lepas dia masak pagi-pagi tadi, dia bungkus paket-paket nasi lemak siap ada style sendiri. Kemudian, saya bawa dia ke @sukasucrebistro di mana auntie @ddz1103 dah sediakan satu corner untuk dia.
Dia offer nasi lemak dari meja ke meja, juga ada yang datang khusus untuk makan nasi lemak dia. Keluarga #sukasucrebistro juga turut serta beli. Ada seorang tetamu @firdaus_suhaimi datang dari jauh juga beli 2 paket, terus makan!
Tahniah Payish. So proud of you! Next time kita boleh buat lagi. Siapa nak rasa masakan anak saya @fariedzfazley? Hee
Semoga Payish terus menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayahnya. Syabas!
Kredit Foto: @fazleyyaakob