Tahniah diucapkan buat pelakon Indonesia, Randy Pangalila yang selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Rabu lalu.
Isteri kepada Randy, Chelsey Frank telah melahirkan melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik, persis ibunya.
Menerusi Instagramnya, Randy turut berkongsi detik kelahiran anak sulungnya yang diberi nama, Blair Willow Pangalila ketika berada di dewan bersalin. Satu perkongsian penuh kegembiraan bagi pasangan ini.
” Kelmarin adalah hari yang paling bermakna untuk saya dan isteri saya. 24 Mac 2021, pukul 9.54 pagi.
“Wanita kuat ini @cfrank3030, telah melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik, Blair Willow Pangalila anak kami,” kongsinya terharu.
Ads
Kata Randy, detik bahagia ini merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu olehnya dan isteri.
Malah turut berterimah kasih kepada semua yang membantu proses kelahiran bayi sulungnya itu.
“Sebuah moment bahagia yang sudah ditunggu-tunggu kami berdua, terima kasih kepada para doktor dan suster yang sudah membantu kelancaran persalinan isteri saya.
Ads
“Terima kasih untuk becanda-candaan kecil yang membuat isteri saya lebih rilex dan tidak stress pada saat melahirkan.
“Saya sangat bersyukur untuk semuanya,” kongsinya lagi.
Memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di dalam dewan, saat kelahiran Blair sudah cukup membayangkan betapa bahagianya Randy dan isteri.
Randy dan Chelsey mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia. Dan selepas dua tahun bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata comel yang menjadi penyeri kehidupan mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @randpunk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu, Jihan Muse mengakui kehidupan berubah setelah dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Ungku Arsalan Haq sejak 4 bulan lalu.
Melalui perkongsian di Mstar dia menyatakan masih dalam proses memantapkan lagi ilmu sebagai ibu dan meletakkan keutamaan kepada anaknya itu dalam apa perkara yang dilakukan.
“Sekarang ni fokus saya lebih kepada anak, apa-apa pun kena fikir dia dahulu. Mujurlah suami banyak membantu dan kami masih belajar apa yang terbaik.
“Kalau dulu, saya bekerja pagi sampai malam, sekarang pagi bekerja, malam masa untuk anak. Orang kata kena 50-50 la. Tak boleh nak fikir diri sendirilah.
“Semenjak jadi ibu ni, memang masa terasa sangat singkat setiap hari sampai nak berjalan pun tak larat,” katanya.
Walaupun Jihan macam tak serius, tapi bab penjagaan anak memang akan diutamakan kerana tanggungjawab sebagai ibu sangat besar. Jihan juga mahukan yang terbaik buat Ungku Arsalan agar membesar dengan penuh limpahan kasih sayang.
Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.
Sumber: Mstar & instagram Jihan Muse
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi ibu yang menyusukan anak, pengendalian EBM yang betul semasa ingin membuat perjalanan jauh penting supaya stok susu tak rosak. Kadang kala ada perjalanan yang terpaksa mengambil masa sehingga 8 jam atau lebih.
Disebabkan kekangan ini, ibu akan rasa ia sesuatu yang menyusahkan. Jangan risau kerana ada tip mudah untuk pastikan stok susu elok hingga sampai ke destinasi.
Berikut tip yang dikongsi oleh Kaunselor Laktasi, Nad Masrom
TIP BAWA FROZEN EBM TRAVEL
Hopefully nota ringkas ni dapat membantu mommies yang bertanya.
Peralatan yang diperlukan:
Bekas polistrin yang besar (kalau ada bekas coleman lebih baik)
2. Air batu
3. Garam
4. Surat khabar
5. Cellotape
Cara-cara:
Untuk mommies yang gunakan polistrin, alas bahagian bawah dengan surat khabar (untuk serap air batu yang cair).
Letak air batu dan taburkan garam juga (supaya air batu lambat cair).
Letak frozen EBM
Letak lagi air batu dan garam.
Langkah 2-4 diulang semula dengan lapiskan setiap frozen EBM dengan air batu dan garam (macam kek lapis tu).
Lepas dah letak semua frozen EBM berlapis-lapis dengan air batu dan garam, sebelum tutup bekas polistrin/coleman, letak lagi air batu di bahagian atas dan taburkan garam.
Tutup bekas polistrin dengan rapat dan seal kan dengan cellotape (rujuk gambar).
Dan letak di bahagian penumpang (JANGAN LETAK DI BONET sebab bonet lebih panas dan air batu akan cepat cair).
In shaa Allah, frozen EBM akan kekal beku bagi perjalanan 8-12 jam. Tip yang sama boleh digunakan juga untuk mommies yang travel dengan flight. Cuma perlu seal dengan plastik di airport untuk lebih selamat.
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan.
Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula. Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER). Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013)
Apakah Gasteroesophageal reflux ini?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut (lihat gambarajah). Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.
Sekiranya bayi anda mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal.
Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya.
Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa.
Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Inimenandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah.
Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”.
Sekiranya bayi mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka anda tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
Susukan bayi anda dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik.
Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic)
Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat.
Elakkan meletakkan bayi dalam keadaan membongkok ke depan (posisi duduk) selepas menyusukan kerana ini akan memberi tekanan kepada perutnya sehingga muntah.
Jika bayi tersedak susu, segera tiarapkan baby di tangan ibu / penjaga, tepuk lembut belakangnya untuk memastikan bayi tidak menjadi kebiruan (cyanosis) kerana kurang oksigen akibat saluran nafas tersumbat. Sedut hidungnya jika terdapat susu keluar melalui hidung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.