Tahniah diucapkan buat hero malaya, Remy Ishak yang kini bergelar bapa selepas isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan bayi sulung mereka hari ini.
Menerusi Insta Storynya, aktor kacak berbakat besar ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada peminatnya.
Kongsi Remy, isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pada jam 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya berkongsi.
Ads
Tambah Remy lagi, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan oleh orang ramai kepada mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.
Ads
“Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Sayangnya jika gigi anak yang masih elok dan kuat tiba-tiba tercabut keluar akibat kemalangan. Pakar bedah pergigian kata ia masih boleh diselamatkan dengan 3 langkah ini.
Pentingnya gigi untuk mengunyah makanan dan membantu pertuturan & sebutan yang tepat. Selain itu ia amat mempengaruhi struktur wajah. Kadangkala apabila si manja yang lasak terjatuh dan gigi tercabut menyebabkan kehilangan gigi walau pun ia hanya gigi susu. Ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perkembangan mereka.
Dr Jenizan Nordin Pakar Bedah Pergigian, berkongsi tentang cara untuk menyelamatkan gigi kanak-kanak yang tercabut akibat kemalangan atau terjatuh. Katanya tindakan pantas orang sekeliling kepada kanak-kanak ini boleh menyelamatkan gigi mereka.
Gigi tercabut keluar sepenuhnya sebab kemalangan?
Anak anda terjatuh semasa bermain dan gigi tercabut keluar?
Apa yang anda perlu buat dalam situasi ini?
Tindakan awal yang betul dapat menyelamatkan gigi tersebut.
BERTINDAK CEPAT KALAU IA GIGI KEKAL
Kalau gigi susu biarkan saja, tidak perlu buat apa-apa selain dari berjumpa doktor gigi dengan segera. Jika gigi kekal, berikut ialah langkah-langkah awal yang boleh anda lakukan:
#1 – Masukkan kembali ke dalam tulang soket gigi kalau ia bersih
– Gunakan kertas aluminium (pembalut makanan) untuk stabilkan, atau gigit perlahan atas saputangan atau pakaian yang bersih dan segeralah berjumpa doktor gigi.
#2 -Bilas dan masukkan ke soket
kalau kotor, bilas dengan susu (plain) atau saline (air untuk cuci kanta lekap) dan masukkan kembali kedalam tulang soket. Awas jangan sentuh atau pegang bahagian akar gigi, ini boleh mematikan sel-sel ligamen gusi.
#3- Simpan adalam larutan istonik
kalau tak boleh masuk kembali ke dalam soket, simpan dalam isotonik solution contoh, saline, susu, atau balut dengan pastik cling rap (pembalut makanan). Jangan guna air. (air akan merosakkan sel ligamen)
Kalau tiada apa larutan dan tempat untuk menyimpan, boleh simpan di dalam mulut dahulu.
Lepas itu segeralah berjumpa doktor gigi.
Gigi mungkin boleh diselamatkan kalau ikut cara yang betul dan berjumpa doktor gigi dalam tempoh kurang dari dua jam dari masa kemalangan.
Rawatan yang segera dapat menyelamatkan gigi anak anda.
Pemilihan ubat gigi penting untuk anak anda terutama yang berumur 4 tahun ke bawah. Tidak semua ubat gigi sesuai untuk anak kecil. Ikuti saranan doktor tentang ubat gigi berflorida dan bilakah sesuai digunakan oleh anak anda.
“Doktor, anak saya dah 2 tahun nak pakaikan ubat gigi yang ada fluoride ke?”
BOLEH pakai ubat gigi fluoride kalau anak dah pandai meludah. Sebab Dr Izaza pernah jumpa 2-3 orang kanak-kanak yang alergik ubat gigi
Sorang tu mulut jadi merah-merah lepas berus gigi guna ubat gigi yang ada fluoride. Sorang lagi pun jadi merah-merah dan melupas selepas pakai topical fluoride
Jadi nak guna ubat gigi bergantung pada keadaan anak tu. Memang tak ramai yang alergik, dalam 1,000 kanak-kanak, mungkin 1 orang je alergik dengan ubat gigi fluoride
So, langkah berjaga-jaga perlu diambil masa nak pilih ubat gigi. Kalau anak yang berusia 4 tahun ke bawah, biasanya belum pandai meludah, jadi boleh je guna ubat gigi tanpa flouride
Gigi nak sihat dan kuat memang kena ada direct fluorida. Tapi, fluorida ni ada je dalam air minuman, sebab Malaysia memang supply fluoridated water
So, rasanye tak perlu risau nak pilih ubat gigi yang ada fluoride atau tak ada. Kalau anak tu jenis memang suka makan ubat gigi, baik cari yang tak ada fluoride
Kalau anak okey je ludah lepas berus gigi dan ada tertelan sikit ubat gigi, boleh je guna ubat gigi fluoride, tak ada masalah
Pilihlah ubat gigi yang sesuai dengan anak-anak. Tak letak ubat gigi langsung pun boleh, janji berus gigi jangan tak berus gigi langsung, haaa ni memang Dr Izaza marah!!
Menyusukan anak bukan hanya sekadar mengenyangkan anak selain melimpah dengan khasiat dan nutrisi hebat pada anak. Bahkan penyusuan juga menjadi begitu bermanfaat untuk ibu. Apa yang anda perlu tahu, menyusukan anak bukan hanya membuatkan kalori dibakar bahkan juga menjadikan risiko kanser payudara semakin rendah.
Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon, Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.
Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.
Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.
“Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain.
Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (terutamanya ibu atau adik-beradik perempuan)
• Sejarah telah mendapat kanser pada satu payudara.
• Terdedah kepada kesan hormon estrogen yang berpanjangan seperti
– peningkatan usia
– mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
– tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
– pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita- wanita keputusan haid ( menopause)
• Obesiti atau kegemukan
Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.
Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan.
Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.
Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.
Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil
Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.
Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.
Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.
Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil.
Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.