Rezeki anak semuanya ketentuan ilahi. Sama ada kita bersedia atau tak, jika sampai masanya, terimalah dengan hati terbuka. Cuma perancangan juga penting untuk pastikan tidak timbul masalah lain di kemudian hari.
Zaman sekarang, kebanyakan pasangan lebih utamakan kualiti kerana cabarannya lebih besar. Namun andai kata takdir Allah mengatasi segalanya, percayalah itu adalah yang terbaik.
Seperti perkongsian ibu ini, Ana Haziqah melalui KIMM kehadiran anak keduanya itu tak disangka kerana waktu itu sedang berkira-kira untuk mengambil perancang.
Waktu awal tahu diri mengandung, seolah rasa tak bersedia, tetapi janji Allah anak ini juga yang memudahkan ibunya sehingga tak sempat bersalin di hospital. Walaupun bersalin di rumah, semuanya selamat dan cukup mudah sekali.
Bismillah. Assalamualaikum semua..saya la yang tak sabar nak keluar kat rumah tu.
(Terbersalin kat rumah). Alhamdullilah dah dua bulan. Kejap je masa berlalu.
Rasa down mengandung rapat-rapat
Mula-mula macam down sangat bila dapat tahu mengandung rapat. Sorok-sorok je dari orang. Masa baru nak pasang IUD, dah naik dua line.
Kepala dah kosong, sibuk cari gaduh dengan husband. Sibuk fikir tak mampu (minta dijauh kan ya rakan-rakan semua).
Saya meniaga online sepenuh masa. Suami pula berkebun. Dengan PKP lagi. Sampai satu tahap tu ada fikir bukan-bukan. Nauzubillah.
Lama-lama bila fikir balik, saya yang tak yakin dengan Allah ke? Call mak nangis-nangis sebab tak rasa ready. Mak cakap tak apa kak, awak dengan adik laki awak pun rapat. Lepas ni terus pakai perancang. Tak apa. Nanti ada kawan. Anak tak sunyi. Susah awal-awal je.
Sangat mudah mengandung kali ni
Alhamdullilah, Allah Maha Baik, Dia permudahkan semuanya. Cukup semuanya. Masa pregnant si adik ni, tak mabuk langsung. Tq sayang.
Lahir pula dekat rumah, suami yang sambut (terbersalin ya), lepas tu terus pergi hospital.
Dan Alhamdullilah semua cukup. Dan sekarang saya terus inject depo. Minta kawan-kawan doakan depo/implan ni sesuai untuk saya ya.
Bagi yang tak yakin nak rancang sendiri, just follow doctor’s recommendations. Anak-anak happy kalau ibu happy.
Ni girl tau. Alhamdullilah saya ada dua girl. By the way, anak semua sama sahaja.. Dua-dua girl ke, dua-dua boy ke, semua bawa rezeki, semua tu amanah. Jangan down kalau tak dapat sepasang lelaki perempuan. Jangan bandingkan. Syukuri apa yang ada dan InsyaAllah happiness will be with us.
Kredit: Ana Haziqah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)