Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak yang dikandung 9 bulan dan dilahirkan secara normal 5 bulan lalu kini disahkan oleh doktor menghidap kanser mata kanak-kanak (bilateral retinoblastoma) di kedua-dua belah matanya.
Berkongsi perasaan ini, Sallinah Salamun akur dengan ujian Allah dan masih berharap ada keajaiban untuk Zara kembali pulih dengan izin-Nya.
Bismillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan yg berkuasa atas sesuatu. Sukar untuk diluahkan kpd semua akan berita yg mengejutkan ini. Tetapi kami mengambil keputusan utk berkongsi dgn semua agar kesedihan ini dirasai bersama. Puteri kami, Sayyidah Zahrah yg berusia 5 bulan baru shj disahkan menghidap kanser mata kanak2 (bilateral retinoblastoma) di kedua-dua belah matanya.
Doktor tegur mata Zara tak pandang tepat bila dipanggil
Perkara ini disedari secara tidak langsung apabila kami membawa Zara untuk dikhatankan di sebuah klinik swasta. Doktor klinik berkenaan telah menegur akan keadaan mata Zara yg tidak memandang tepat apabila menoleh ke arah orang yg memanggilnya dan meminta kami merujuk ke klinik kesihatan berhampiran.
Untuk yg bertanyakan tentang check up bulanan, Zara tidak pernah missed appointment dan menerima suntikan vaksin di klinik desa yg diberikan oleh jururawat masyarakat tanpa pemeriksaan lanjut oleh doktor kerana Zara tiada tanda-tanda bermasalah. Berat dan tinggi naik cantik walaupun hanya minum susu ibu sepenuhnya.
Peringkat awal doktor syak otot mata lemah
Ketika di bawa ke klinik kesihatan pula, doktor mengesyaki Zara menghadapi masalah horizontal nystagmus iaitu masalah mata yg bergerak berulang-ulang ke kiri ke kanan dan kes ini dirujuk ke Hospital Sg. Buloh. Ketika ini kami masih beranggapan masalah Zara tidaklah terlalu serius. Mungkin hanya otot mata lemah yg boleh dilatih dan akan semakin kuat seiring dgn peningkatan usianya.
Sahkan ada ketumbuhan dalam mata
Pemeriksaan fizikal dilakukan. Doktor juga bertanyakan mengenai sejarah keluarga. Kedua-dua belah ibu dan abah Zara memang tidak pernah mempunyai sejarah pesakit kanser. Kun fayakun. Apabila Allah berkehendak dan telah menetapkan sesuatu, maka terjadilah ia. Subhanallah.
Doktor telah mengesahkan terdapat ketumbuhan dalam mata Zara dan CT scan akan dilakukan untuk mengenal pasti saiz ketumbuhan. Gugur air mata ibu mendengar kata2 doktor bahawa sel kanser terdapat bukan hanya pada 1 biji mata tetapi kedua-duanya. Malahan, di 1 biji mata pun sudah terdapat 2-3 ketulan ketumbuhan. Ibu masih in denial dan berharap keputusan CT scan akan menunjukkan tanda2 positif. Malangnya, keputusan CT scan masih sama dan kes Zara dirujuk ke pakar mata di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
Doktor ada juga memaklumkan simptom lain penyakit ini adalah cat’s eyes reflect. Sungguh kami terkilan kerana pernah juga kami menyedari simptom ini ketika Zara berusia hampir 2 bulan tapi tak mengambil serius kerana “mata kucing” itu jarang-jarang kelihatan. Maafkan ibu abah yg jahil ni ye, Zara.
Ketumbuhan lebih 50%, sel kanser merebak cepat
Hasil pemeriksaan awal, pakar mengatakan mata kanan Zara sudah berada anggaran di peringkat ke-4 atau ke-5 kerana ketumbuhan sudah memenuhi lebih 50% bebola matanya. Manakala mata kiri pula sudah berada anggaran di peringkat ke-3. Airmata kami gugur lagi. Sel-sel kanser merebak dgn pantas, sepantas perkembangan Zara sebagai seorang bayi.
Rawatan perlu diusahakan secepat mungkin untuk menyelamatkan penglihatannya. Kami sangat mengharapkan doa dari kalian agar urusan kami dipermudahkan dan Zara akan sembuh sepenuhnya. Masih banyak lagi yg belum Zara terokai warna-warni dunia ni, sayang.
Pakar putuskan mulakan kimoterapi
Zara baru sahaja selesai proses staging. Pakar sudah mengesahkan kanser mata kanan sudah di peringkat terakhir, ke-5. Sel kanser sudah memenuhi 3/4 bebola mata. Allahuakbar. Manakala, mata kiri di peringkat ke-3. Pakar memutuskan untuk memulakan rawatan kimoterapi terlebih dahulu.
Ibu sedih tetapi masih berharap keajaiban akan berlaku. InsyaAllah Zara akan sembuh dengan kesembuhan yg total.
Cuma satu yang dipinta teruskan berdoa untuk Zara agar dia terus kuat dan sel kanser tidak terus-menerus merebak ke bahagian lain. Amin Ya Allah!
Sumber: Sallinah Salamun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI