Sesi persekolahan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada sistem Pembelajaran negara kita. Tidak dinafikan penutupan sekolah mengurangkan kegusaran ibu bapa tentang keselamatan anak-anak.

Namun untuk memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu membiasakan diri dengan norma baharu dan memainkan langkah proaktif untuk turut sama mengajar anak-anak di rumah.

Menurut laporaran sebuah akhbar, memetik kenyataan Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.

foto: freepik.com

Perkongsian daripada Puan Wawa Shauqi tentang apa yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengurangkan masalah buta huruf dikalangan anak-anak kita pada tahun hadapan mungkin boleh diguna pakai.

“Dijangka ramai pelajar tahun 1 tahun 2021 buta huruf.”

Woh! Berdebar saya baca tajuk berita ni. Sebab saya antara ibu yang anaknya bakal masuk tahun 1 tahun depan.

Ok. Jangan panik kawan-kawan. Kita sekapal. Panik kalian mungkin adalah panik seorang ibu ayah yang ambil berat.

Kita boleh mengeluh. Kita juga boleh memilih untuk cipta peluang. Malah, peluang kita mungkin lebih baik dan lebih besar kalau kita tau macam mana nak manfaatkan.

Bila kita ambil kesempatan jadi cikgu sementara kat anak-anak kita, kita boleh kenal anak punya learning style. Yang mana, cikgu kat sekolah pun takkan dapat selidik. Sebab nak kena ajar ramai sangat.

Jadi, dalam masa sebulan ni, apa yang boleh kita buat adalah :

1)Pastikan masalah kelewatan perkembangan anak sepanjang 6 tahun pertama anak telah diselesaikan. Kalau tak selesai, bawa berjumpa pakar.

Lewat perkembangan akan mengganggu perkembangan akademik anak. Ia juga boleh menyumbang kepada punca stres kronik anak-anak.

IKLAN

Jadi, rajin-rajin rujuk carta perkembangan dari anak 0 hingga 5 tahun pertama ni.

2) Kurangkan gajet.
Dah sampai masanya untuk kurangkan gajet dan tv beransur-ansur. Anak-anak yang tegar 2 alatan ini, terdedah dengan stimulasi visual dan auditori yang berlebihan. Menjadikan mereka susah fokus bila berada dalam kelas.

Gantikan dengan aktiviti bestruktur untuk membantu mereka fokus.

3) Beberapa bulan sebelum sekolah, pastikan anak dah ada ASAS 3M.

Dah boleh duduk diam di atas kerusi, dah boleh ada daya tumpuan yang baik, dah boleh memegang pensil dengan betul, dan kenal bentuk, warna dan huruf-huruf.

Kalau tau membaca, lagi bagus. Supaya anak tak rasa ketinggalan. Ini pun boleh effect self esteem.

4) Anak dah ada asas komunikasi sosial yang baik.
Dah reti menunggu giliran, tau berkongsi, tau macam mana nak respon dengan kawan-kawan dan cikgu dan ada kawalan emosi yang baik.

Termasuklah tau perkenalkan dan beritahu cikgu kalau dia perlu ke tandas. Ramai yang terkucil sebab takut nak bagitau cikgu tau! Yang tak tau nama mak ayah pun ada.

5) Anak dah tau urus diri ke toilet.

Dari cara tanggal seluar (supaya tak tinggalkan seluar di luar tandas macam di rumah), sampai ke kebersihan tandas yang telah diguna.

6) Latih anak untuk mula tidur awal dan bangun awal.

Ia bagi memastikan anak dapat tidur yang cukup, supaya badan selesa untuk duduk lama di dalam kelas. Tak cukup tidur boleh jadi punca tantrum tau.

7) Pastikan anak tidak janggal dan takut dengan buku.

Biasakan mereka dengan sesi bercerita, bermain dan belajar dengan gembira menggunakan buku. Tidaklah terkejut jumpa buku bila di sekolah nanti.

foto: freepik.com

8) Bila anak dah mula beradaptasi, ajarkan anak adab terhadap kawan dan guru.

Sebagai contoh melayani kawan dengan baik, tidak mengejek dan membuli, menghormati cikgu, serta membantu guru dan kawan yang susah.

9) Pastikan mental anak dah cukup kuat untuk menghadapi transisi ke alam persekolahan.

Its a big thing tau untuk anak. Ia bakal menguji fizikal, mental dan emosi. So support mereka betul-betul.

Hmmm.. Atau sebenarnya, mak ayah yang tak bersedia untuk lepaskan anak ke sekolah? Kihkihkih! Saya la tu.
Insya Allah, ganti rasa risau tu dengan doa. Insya Allah, Allah jaga anak-anak kita.

foto: freepik.com

DAN…
Peluang yang paling perlu kita rebut adalah bonding.

Habis PKP, takkan dapat dah peluang bersama-sama anak macam ni. Tanpa kita sangka, bonding yang kita cipta ni, anak akan ingat sampai dia besar tau.

Jadi, manfaat betul-betul
Insya Allah saya pasti kita boleh!

p/s:
Kenal pasti juga sekiranya anak lebih pendiam bila di sekolah berbanding bila di rumah. Ia mungkin tanda-tanda keresahan yang dinamakan ‘selective mutism’ yang perlu dirawat.

Sumber: Wawa Shauqi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!