Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun baru 2023 yang dijangkakan lebih mencabar, jika dibandingkan pada tahun ini. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah atau pun bakal memasuki alam persekolahan, pastinya dah mula buat perancangan awal mengenai persiapan persekolahan.
Kebanyakan ibu bapa dah mula buat pengiraan bayaran yuran, senarai barang-barang keperluan sekolah, tambang van atau bas sekolah dan sebagainya. Ini kerana mengikut kalendar 2023, ia sedikit mendebarkan kerana ada dua perbelanjaan besar yang bakal bertembung iaitu perbelanjaan buka sekolah serta hari raya.
Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2023 akan bermula lewat seminggu iaitu 19/20 Mac berbanding yang tertera dalam takwim edaran sebelum ni (12/13 Mac). Perubahan ini atas faktor kelancaran pengoperasian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Oleh itu, ketetapan baharu KPM bagi permulaan hari persekolahan untuk Sesi 2023 / 2024 adalah bagi Kumpulan A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023 dan Kumpulan B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023.
Tarikh baru persekolahan ini juga hanya beza beberapa hari saja untuk awal Ramadan dan selang sebulan bagi sambutan hari raya pada bulan April. Justeru, bagi mengelakkan perbelanjaan besar dan mengejut, ibu bapa perlu melakukan persediaan awal bermula sekarang.
Seeloknya dah boleh buat persediaan yang mana penting dulu. Contoh jika anak-anak yang bersekolah seramai 3 orang, boleh beli sikit-sikit dari sekarang. Jika nak beli sekaligus keperluan persekolahan agak terasa juga tambah lagi semua barang dah mahal. Apabila selesai keperluan sekolah mungkin bulan Februari ibu bapa dah boleh fokus pula untuk persiapan raya.
Bagi memudahkan ibu bapa buat persediaan awal dalam berbelanja, panduan ini boleh membantu anda buat pilihan tepat. Mana yang tak penting boleh ketepikan dahulu.
Ads
Buat checklist
Ibu bapa yang baru pertama kali anak masuk sekolah Tahun 1 pasti agak kekok nak fikirkan apa yang patut dibeli. Tak semua barang yang terlintas di fikiran kita akan digunakan oleh anak ketika bersekolah. Jadi penting untuk menyenaraikan keperluan utama seperti ini.
Senarai Barangan Keperluan Sekolah
Ini antara contoh yang boleh disediakan. Seandainya ada penambahan boleh beli ikut keperluan anak-anak. Jika dibuat pengiraan secara kasar, setiap anak dalam anggaran RM300 atau pun lebih. Tapi apa-apa pun berbelanjalah secara berhemah dan ikut kemampuan.
Ads
Pusat Pakaian Hari-Hari janjikan kualiti terbaik, harga mampu milik
Selain itu, bagi membantu ibu bapa berbelanja pada harga berpatutan dengan kualiti barang yang terbaik, Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (PPHHSB) adalah one stop center untuk ibu bapa membeli barangan keperluan anak-anak.
Mempunyai lebih 95 rangkaian cawangan di seluruh negara dan akan buka lagi 5 hingga lapan cawangan pada 2023 semestinya ia menjanjikan pakaian dan keperluan seisi keluarga dengan kualiti setanding jenama lain. Dalam masa terdekat juga, Pusat Pakaian Hari-Hari akan buka lagi dua cawangan baru iaitu di Mersing, Johor dan Kangar Jaya.
Malah Pusat Pakaian Hari-Hari ini juga turut memperkenalkan pakaian yang harga mampu milik dengan fokusnya pada golongan berpendapatan rendah hingga sederhana.
Ads
Moto Pusat Pakaian Hari-Hari juga adalah menawarkan pakaian harian buat semua peringkat umur dari dewasa dan juga kanak-kanak dengan kualiti terbaik serta menjadikan pusat pakaian ini terus sukses dalam memberikan pilihan buat semua.
Pa&Ma juga telah memberi anugerah Pusat Membeli Belah Keluarga Pilihan Pa&Ma kepada Pusat Pakaian Hari-Hari sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari website: www.hari.com.my ; Instagram: @harihariofficial atau pembelian online di:
Kanak-kanak perempuan9 tahun berdepan detik cemas, nyaris dilarikan ketika tunggu van sekolah. Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah.
Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah
Kejadian berlaku berhampiran perumahan di Bukit Beruntung pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat ibu mangsa kira-kira jam 8.56 malam.
Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa berumur sembilan tahun berada di bawah blok sebuah flat di sini ketika sedang menunggu van sekolah.
“Siasatan mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan didapati cuba melarikan mangsa.
“Mangsa kemudiannya melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa.
“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika cuba ditahan orang ramai ketika kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.
Baru-baru ini anak pelakon jelita, Diana Dianelle dijangkiti demam. Sebagai seorang ibu, Diana sebolehnya mahu mengelak pengambilan ubat ketika anak-anaknya kurang sihat. Berkongsi tentang caranya menurunkan suhu Ahmad dan Aurora, semoga cara Diana ini dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain juga.
Diana memberitahu suhu kedua-dua anaknya mencecah 39 darjah selsius tetapi tiada batuk atau selesema. Katanya lagi, Aurora lebih tenang walaupun tidak sihat. Manakala Ahmad lebih manja dan ada mengadu sakit kepala sejak hari pertama demam. Suhu badan yang tinggi menyebabkan Ahmad sakit kepala. Tidak terus memberi ubat kepada anaknya, Diana memberitahu yang dia menggunakan skrub berasaskan garam yang dibuatnya sendiri dan ditaburkan ke dalam tab mandi.
Kemudian Diana mengarahkan kedua-dua anaknya untuk berendam di dalam air suam yang dicampurkan dengan skrub tadi seama 10-15 minit untuk kurangkan panas badan. Dia kemudiannya mengambil semula suhu anak-anaknya untuk pastikan cara itu berkesan.
Biasanya dengan cara berendam dalam air suam bercampur skrub garam tadi dapat menurunkan suhu Ahmad dan Aurora sekitar 37-38 darjah selsius.
Ubat tetap tidak diberi kerana Diana menambah vitamin ke dalam tubuh anaknya dengan sayuran. Katanya lagi, dia tidak memberi anaknya makan terlalu banyak kerana tubuh sedang melawan virus demam. Dia hanya memebri anaknya makanan mudah hadam. Setiap hari pada waktu siang dan malam, Diana akan lulurkan minyak kelapa yang dicampur dengan peppermint, frankincense dan habbatus sauda pada telapak kaki, belakang badan dan dada anak-anaknya.
Menurutnya lagi, ini caranya merawat demam biasa tanpa perlu bergantung pada ubat. Pun begitu, Diana sempat menasihatkan agar bawa anak berjumpa doktor jika demam tidak kebah selebah tiga atau empat hari.
Elok juga jika tidak terlalu bergantung kepada ubat. Pada penulis, jika demamnya tidak terlalu serius, boleh Mama cuba cara Diana ini. Lebih selamat kerana semuanya menggunakan bahan semula jadi. Selagi ia tidak memudaratkan, tak salah mencuba kan?
Masih panjang umur! Itu yang boleh digambarkan apabila seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa buaya ketika turun ke bawah rumahnya. Kejadian itu berlaku di perkampungan Lahad Datu, Sabah.
Apa yang dibimbangkan, kejadian melibatkan buaya menyerang manusia dilihat semakin menjadi-jadi terutama kepada penduduka yang tinggal berdekatan habitat reptilia amfibia itu.
Ibu syukur anak terselamat dari disambar buaya
Terbaharu, seorang ibu meluahkan kesyukuran apabila anak lelakinya terselamat daripada disambar buaya ketika turun ke bawah rumah bagi mengambil seekor ayam.
Menurut ibu mangsa dikenali Azlina Abdul Rahman, kejadian berlaku sebelum maghrib apabila anaknya tidak sama sekali buaya berkenaan berada di situ sehinggalah sepupunya menjerit sebaik sahaja melibat kelibat reptilia tersebut.
“Untuk makluman, anak aku mangsa gigitan buaya, bukan kena gigit semasa mandi tetapi nak ambil ayam yang berada di bawah kolong dan tak tahu sama sekali kalau ada buaya di situ.
“Air masin, masa itu paras lutut anak saya. Kemudiannya, sepupunya nampak buaya dan menjerit,”ceritanya dalam hantaran di laman Facebook.
Ibu mangsa menarik nafas lega apabila anak lelaki terselamat kerana hanya kakinya sahaja digigit selain bersyukur dan diberi peluang.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Masih beri aku peluang kedua untuk perbaiki diri untuk tidak lalai dan menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua,”ujarnya.
Bercerita lanjut, Azlina memberitahu orang ramai terus bertindak memukul buaya berkenaan sehingga reptilia berkenaan melepaskan kaki anaknya. Namun, buaya tersebut sempat melibas ekor ke arah anaknya tapi tak kena.
“Alhamdulillah, anak saya terselamat, terus bergegas ke ICU untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Dalam pada itu, Azlina mengatakan pembedahan anaknya itu selesai sekitar jam 1.50 petang semalam dan masih dalam tahanan di wad untuk rawatan selanjutnya.
Di kesempatan itu, dia meminta jasa baik orang ramai mendoakan anaknya kembali pulih seperti sedia kala.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...